23 KHASIAT BETIK

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ruangan blog MrSuffie Studio.. Agak lama jugak kita tak bersua diruangan ini.. Suffie agak sibuk sejak akhir ini dengan kerja-kerja Suffie..

#Buah Betik Masak.

Hari ini Suffie nak kongsikan sedikit kebaikkan buah tempatan kita iaitu buah betik.. Ramai yang tidak tahu bahawa betik mempunyai banyak khasiat yang selama ini Suffie sendiri pun tidak tahu..

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak kebaikkan buah betik..

Di bawah ini disenaraikan 23  khasiat dan kelebihan buah betik.

#Pokok Betik.

1. Mengubati sembelit dan buasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

2. Mencegah batu karang

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

3. Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

4. Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6. Mengubati tumit pecah-pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7. Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.

8. Merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9. Kaya dengan vitamin C

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10. Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

11. Melembutkan daging

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

13. Kurangkan berat badan

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

14. Merawat denggi

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

15. Menyingkirkan cacing kerawit

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

16. Legakan sakit gigi

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

17. Menghentikan pendarahan

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

18. Mencegah penyakit kandung hempedu

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.

19. Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.

20. Membantu peredaran haid yang teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

21. Merawat sirosis hati

Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

22. Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

23. Penawar masalah limpa

Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.

#Disini bukan saja kita perlu tahu mengenai khasiat sesuatu yang menjadi rutin atau makanan kegemaran kita.. Tapi kita perlulah menjaga kesihatan kita sebaik-baiknya agar kita sentiasa sihat dan tidak salah menjaga permakanan kita.. Zaman sekarang terlalu banyak benda-benda beracun yang kita sendiri tidak sedar yang kita amalkan hari-hari.. Nasihat Suffie pilihlah cara hidup yanh sihat agar kita semua sentiasa cergas dan bertenaga..

KURMA

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu Suffie nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmad daripada Allah SWT.. Semoga kita semua memperoleh keberkatan daripada-Nya..

#Buah Kurma Atau Buah Tamar.


Hari nie Suffie nak kongsikan sikit mengenai kepelbagain kurma atau buah tamar yang ada di dalam pasaran..

Diantaranya adalah :-

1.Kurma Nabi/ Ajwa
Kurma ini berasal dari tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis

2. Kurma Sekki
Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi
Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas
Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri
Kurma Khidri berwarna merah merun gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi
Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari
Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. Kurma Siraj
Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol
Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

Sunnah Nabi Muhammad saw semasa berbuka semasa di bulan ramadhan..
Berkatnya berbuka puasa dengan didahulukan dengan sekurang-kurangnya 3 biji buah tamar.. Jika tidak mempunyai buah tamar, sebaik-baiknya berbuka dengan segelas air kosong..
Kerana buah tamar adalah buah yang memberikan tenaga yang cepat kepada tubuh badan setelah seharian berpuasa..

Nabi Muhammad SAW juga berpesan bahawa berbuka puasa dahulu sebelum menunaikan solat magrib..

Hikmah berpuasa adalah mengurangkan makan, minum dan melebihkan ibadat di bulan ramadhan..

Peringatan: Seeloknya dikopek biji untuk memastikan tiada bubuk/bendasing di bahagian dalam buah, dibasuh luar dalam, sebelum memakan.

#Walau apa yang kita lakukan, biarlah kita lakukan dengan mendapat keredhaan daripada Yang Maha Esa. Selagi kita ingat akan Yang Maha Mencipta, selqgi itulah Allah SWT akan terus ingat dan memberi Rahmat-Nya kepada kita. Ambiklah peluang di dalam bulan Ramadhan ini untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang kita sendiri tak terjangka.

BIGO MEMBAWA KEBAIKKAN ATAU KEBURUKKAN !!!

Assalammuaaikum kepada semua sahabat Suffie..

#Application BIGO.


Hari ini Suffie tertarik untuk menulis sedikit sebanyak tentang satu application media sosial "BIGO"..
Bigo ini adalah satu application yang digunakan untuk berinteraksi sesama rakan di alam maya seperti membuat panggilan berimej ( video call ).


#Akaun Bigo Suffie. 

Berbezanya bigo dengan application yang lain, bigo membolehkan sesiapa yang tengah "live" boleh berborak secara video atau "chatting". Sesiapa yang live juga akan boleh "invite" dua rakan yang lain untuk bersama-sama live.

Bukan itu yang Suffie mahu kongsikan, akan tetapi Suffie mahu kongsian mengenai kebaikkan dan keburukkan yangbada di dalam "BIGO".

Suffie sendiri mempunya satu akaun Bigo dan Suffie boleh menilai dimana baik dan buruknya bigo bila seseorang itu live di dalam application Bigo.

#Contoh Bigo.

Antara keburukkan Bigo adalah :-

1. Bigo tidak mempunyai privacy. Sesiapa sahaja boleh melihat live di bigo tanpa ada halangan kecuali akaun itu di block atau di mute.

2. Sikap manusia itu sendiri. Apabila live, si pemilik  bigo yang tidak menapis apa sahaja sampaikan sanggup melakukan aksi lucah sehingga "berbogel" untuk menarik ramai viewers masuk ke dalam "room" sesiapa sahaja yang live.

3. Pergaulan bebas yang tidak terbatas di dalam live bigo, sesiapa sahaja boleh berinteraksi tanpa batasan walaupun tidak kenal sesama sendiri dan teruk membawa kepada pertemuan yang mungkin akan kadi pertemuan hitam.

4. Sanggup jual maruah diri disebabkan mahukan nilai viewers dan ranking yang tinggi di dalam bigo. Malah ada juga yg sanggup gadaikan diri untuk mendapatkan nilai beans yang mampu dijual atau ditukar dengan nilai wang.

5. Setiap pemegang akaun bigo boleh mengenalpasti di mana sahaja sesiapa yang live sehinggakan boleh tahu berapa jarak kedudukkan sesiapa yang live. Ini amat membahaya kepada sesiapa yang live, terutamnya orang yang bersikap jahat seperti penculik dan perogol.

6. Apabila seseorang itu live di kawasan rumah atau di dalam rumah akan mendatangkan bahaya yang membolehkan semua yang tahu semua keadaan rumah seseorang itu. Ini membolehkan si perompak tahu selok belok mengenai rumah itu, ini memudahkan si perompak untuk melakukan rompakkan.

Antara Kebaikkan BIGO adalah :-

1. Boleh mengeratkan hubungan sesama manusia jika digunakan dengan baik dan berhemah. Dengan mendapat ramai kenalan baru di alam maya dan terus ke kenalan dunia nyata sehinggakan boleh bertemu jodoh.

2. Pihak application Bigo juga menyediakan pihak pemantau untuk terus memantau room live setiap pemegang bigo untuk memantau di dalam room live. Sesiapa sahaja yang live dengan keadaan lucah dan akan terus di banded serta merta walaupun seseorang itu merokok semasa live.

3. Bigo juga adalah platform untuk seseorang menunjukkan bakat yang terpendam seperti menyayi, bermain alat muzik, bersajak, bersyair dan lain-lain. Ini adalah perkara yang baik untuk menunjukkan bakat yang terpendam.

4. Menjadi penasihat atau menjadikan bigo sebagai alat membina keyakinan diri di dalam berkata-kata sebelum berdepan dengan orang ramai.

#Contoh Bigo.

Mungkin ada banyak lagi kebaikkan dan keburukkan yang ada di dalam application BIGO. Ini hanya dari pemerhatian Suffie sendiri tentang Bigo kerana Suffie sendiri pelayar Bigo.

Bukan sahaja Application Bigo malah ada banyak lagi application yang banyak di dalam alam serba maju ini. Cuma bezanya cara kita untuk menjadikan sesuatu itu baik ataupun tidak..

#Walaupun apa yang kita lakukan kita mempunyai akal fikiran untuk tentukan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri kita. Jangan kita gadaikan maruah diri kita dan keselamatan diri kita hanya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang hanya tidak kekal di dunia dan hanya sementara.

PERKADERAN GPMS SPU 2017..

Assalammualaikum semua sahabat Suffie.



Agaknya dah lama Suffie tidak menulis di ruangan Blog Suffie ini. Kerana agak sibuk dengan urusan peribadi dan pekerjaan Suffie.


Hari nie Suffie nak menulis sikit tentang satu Program yang dikendalikan oleh Suffie sendiri dan dibantu oleh sahabat-sahabat GPMS SPU yang sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar yang terbaik buat Suffie menjadi seorang pemimpin di dalam sesebuah organisasi.

Baru-baru ini Suffie diberi satu tugas untuk mengendalikan satu Program Perkaderan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Seberang Perai Utara ( GPMS SPU ) yag melibatkan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama.

Pada mulanya agak sukar untuk Suffie kendalikan program tersebut akibat kekanggan bajet yang amat sikit untuk melaksanakan satu program yang mahu memberi impak yang besar buat ahli-ahli baru yang mengikuti program tersebut.

Di dalam mesyuarat bersama sahabat GPMS SPU yang dilaksanakan sebelum tarikh di tetapkan, banyak jugak tempat yang dicadangkan untuk dilaksanakan Program Perkaderan tersebut. Akan tetapi seperti Suffie maklumkan daripada awal lagi, banyak kekanggan yang berlaku terutamanya dari segi bajet.

Dengan usaha yang dilakukn oleh Suffie dan sahabat GPMS SPU, setelah dipersetujui oleh sidang mesyuarat kecik satu tarikh telah ditetapkan untuk dilaksanakan program tersebut. Pemilihan tempat di Langkawi adalah pemilihan yang terakhir berdasarkan bajet yang GPMS SPU miliki dan kosnya yang amat murah.

Pada 5, 6 & 7 Mei 2017 berlangsungnya Program Perkaderan GPMS SPU di Langkawi. 5 Mei 2017 Jam 7.00 pagi kesemua peserta Program Perkaderan GPMS SPU bertolak dari Sungai Dua, Butterworth ke jeti Kuala Perlis dengan menaiki bas. Lebih kurang jam 10.00 pagi kesemua peserta program tiba di jeti Kuala Perlis dan terus menunggu untuk menaiki feri pada jam 11.00 pagi.

Setibanya di Langkawi pada jam 12.00 tengah hari kesemua peserta program terus bergerak ke tempat penginapan di Charlie Motel Jalan Pantai Tengah, Pantai Chenang. Peserta lelaki terus menunaikan solat Jumaat di masjid yang berdekatan dan peserta perempuan terus masuk ke bilik untuk berehat buat seketika.

Pada Jam 4.30 Petang bermulah Sesi Pertama Program Perkaderan tersebut, dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Suffie sendiri untuk mengeratkan lagi ikatan ukwah sesama ahli baru dan ahli lama.

Suffie sendiri yang kendalikan sesi ice breaking dengan 3 game yang agak menarik yang lebih menimbulkan sifat bekerjasama dan kepercayaan terhadap setiap ahli GPMS SPU.

Game yang pertama adalah game "Rungkaian Lilitan Berantai Dalam Keadaan Buta". Yang dimainkan di dalam kumpuan yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan.

Caranya adalah dengan mengikat tangan kanan pada setiap peserta dan di tengah-tengah akan di lilitkan tali tersebut dengan lilitan yang mampu dibuka dan bukannya ikatan. Mata setiap peserta akan ditutup. Setiap kumpulan akan merungkai lilitan tersebut dalam keadaan yang buta tanpa membuka ikatan di tangan kanan tersebut.

Game ini adalah untuk menunjukkan bagaimana setiap pasangan itu akan bersama tampat terlilit dengan pasangan yang lain. Kerjasama yang kuat diperlukan dan setiap pasangan tersebut tidak tahu siapakah pasangan meraka sehingga mereka selesai merungkaikan kesemua lilitan tersebut.









































Game yang kedua adalah game "Pisahkan Silangan Tali". Game ini dimainkan olah 2 orang peserta yang dimainkan dalam keadaan berpasangan.

Game ini lebih kurang sama seperti game yang pertama, cuma bezanya dimainkan dalam keadaan berpasangan dan perlu pisahkan silangan tali dalam keadaan tidak membuka kedua-dua ikatan di pergelagan tangan dan tanpa memutuskan tali.

Game ini memerlukan pemikiran dan skill yang tinggi untuk memisahkan tali tersebut tanpa memutuskan dan membukan kedua-dua ikatan tali,

Agak melucukan juga game ini kerana masing-masing berusaha untuk melepaskan silangan tali sampaikan ada yang berpusing-pusing badan antara satu sama lain untuk melepaskan silangan tali tersebut. Sampai ada yang letih dan berputus asa disebabkan tidak mampu untuk pisahkan silangan tali tersebut.

























Game yang ketiga adalah "Memperkenalkan Diri". Ini adalah game yang biasa dilakukan bagi setiap program. Setiap ahli lama dan baru diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing supaya setiap ahli baru dan lama lebih rapat dan mengenali di antara satu sama lain.



































Selesai Sesi Ice Breaking kesemua peserta di beri ruang untuk melakukan aktiviti santai di tepi pantai dengan menaiki banana bot dan mandi laut.

Pada Jam 8.30 malam satu mesyuarat "Seketeriat Pusat Kecemerlangan Tasek Gelugor" dilaksanakan untuk membincangkan hala tuju dan bagaimana perlaksanaan Pusat Kecemerlangan Tasek Gelugor itu bakal dilaksanakan.

3 Kadun akan berjalan secara serentak untuk program pusat kecemerlanga tersebut dan tertumpu kepada pelajar-pelajar yang bakal memduduki peperiksaan PT3 dan SPM.

Ini merupakan program yang baik buat GPMS SPU di dalam membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalam di dalam pelajaran. walaupun agak terlambat bagi tahun ini, akan tetapi GPMS SPU tetap akan melaksankan dengan sesi-sesi ulangkaji dan memberi motivasi dalam menaikkan lagi semangat para pelajar agar terus semangat di dalam menempuh alam peperiksaan.















6 Mei 2017 - Aktiviti peserta GPMS SPU diteruskan dengan aktiviti "Kepercayaan Antara Peserta". Aktiviti ini dijalankan dengan memberikan nilai wang kepada peserta lelaki dan peserta perempuan dengan nilai yang berbeza. Setiap peserta perlu mencari peserta yang lain untuk mencukupi nilai wang yang diberikan. Peserta akhir yang tidak mendapat melengkapkan nilai yang diberi akan di beri denda termasuklag Suffie sendiri dikenakan denda untuk menyanyikan lagu GPMS.





















































































Selepas selesai aktiviti tersebut kesemua peserta begerak ke aktiviti Island Hopping ke tiga pulau dengan menaiki 2 buah bot. Aktiviti ini adalah untuk menghilangkan rasa takut dengan air dan merupakan aktiviti santai yang diberikan oleh pihak pengurusan Program Perkaderan GPMS SPU buat para peserta perkaderan dalam merapatkan lagi hubungan sesama ahli-ahli GPMS.































Jam 9.00 malam kesemua peserta berkumpul untuk mendengar sedikit ucapan daripada Saudara Mahazan Md Isa, Timbalan Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang merangkap Penyelaras Daerah GPMS SPU tentang "Peranan Belia dan Masa Depan Belia".

Setelah selesai kesemua peserta diberi peluang untuk shopping di jualan gerai di sepanjang Jalan Pantai Chenang.

7 Mei 2017 - Ucapan penutup Program Perkaderan GPMS SPU oleh Saudara Mahazan Md Isa dan Suffie sendiri sebelum kesemua peserta bertolak balik ke Pulau Pinang.




Alhamdulillah selesai Satu tanggungjawab yang besar yang diberikan kepada Suffie untuk kendalikan Program Perkaderan GPMS SPU. Semoga semuanya dapat menerima ilmu yang berguna dan terus menjadi belia yang berwawasan.

Antara Gambar-gambar aktiviti santai para peserta sepanjang di Langkawi.




































#Suffie bersyukur kerana tak semua orang mampu diberi peluang untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. Setiap kepercayaan yang kita dapat haruslah digenggan dengan baik agar kepercayaan itu akan terus kekal selamanya.