KHILAF KETIKA SOLAT..

Assalammualaikum..

Mesti ramai yang selalu melakukan khilaf atau kesalahan ketika solat. Terutamanya terkurang atau terlebih rakaat.

Suffie kongsikan sedikit sebanyak mengenai khilaf ketika solat.


Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw berpaling(berhenti) sesudah 2 rakaat solat(bagi solat 4 rakaat), maka bertanyalah Dzu al-Yadain, “Adakah tuan mengqasarkan solat, ataupun tuan terlupa, wahai Rasulullah?” Maka Rasulullah saw pun bertanya para sahabat, “Benarkah kata2 Dzu Al-Yadain?” Maka orang ramai pun menjawab, “Ya!” Maka Rasulullah saw lalu bangun, maka beliau memberi salam, kemudian beliau bertakbir kemudian beliau sujud(sahwi) sebagai sujudnya dalam solat atau lebih panjang lagi; kemudian beliau bertakbir, maka beliau bangkit, kemudian beliau sujud sebagai sujudnya atau lebih panjang lagi.” [Hadis sahih riwayat Imam at-Turmudzi]

Berdasarkan hadis di atas, Imam Nawawi mengatakan tidaklah batal solat seseorang jika merasakan dirinya sebagai bukan dalam solat dan dia bercakap dalam kadar yg sedikit secara terlupa. Inilah pegangan Ibn Abbas, Abdullah ibn Zubair, Urwah bin Zubair, Ataa, al-Hasan, asy-Sya’bi, Qatadah, al-Auza’iy, Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad dan Jmhur ulama’.

Manakala mengenai pergerakan yang banyak pula, pendapat yg masyhur menyebutkan solat itu batal bila banyak perbuatan dan langkah sekalipun terlupa. Namun begitu, Imam Nawawi mengatakan tidak batal bersandarkan kpd hadis di atas dan hadis riwayat Muslim di mana Nabi pergi ke batang kayu dan berdasarkan riwayat lain di mana Nabi pulang ke bilik isterinya, dan kemudian menyambung rakaat yg tertinggal.

Manakala mengenai niat pula, salah faham masyarakat kita ialah mengecilkan skop kaedah/pengertian niat itu. Sebenarnya apabila kita tersedar akan kekurangan rakaat dan ingin menyambung(melengkapkan) solat, itu sudah memadai kerana itulah niat sebenarnya. Jadi janganlah kita menyusahkan diri kita semata2 beranggapan niat itu membawa maksud menyusun perkataan sepertimana kita pelajari.

#Dalam apa yang kita lakukan, mesti ada perasaan yakin dalam diri kita. InsyaAllah dengan keyakinan dalam diri itulah akan menjadi kita percaya pada diri sendiri.

Suara Agung Kerinduan...

Assalammualaikum..

Suffie mahu konksikan sedikit mengenai seorang bilal yang sering melaungkan azan di zaman Rasulullah, sehinggakan setiap kali bilal melaungkan azan bilal akan merasai kehafiran Rasulullah di belakang bilal.


Bilal bin Rabbah, sahabat Rasulullah SAW berkulit hitam namun berhati putih mempunyai banyak kenangan tersendiri pada lelaki mulia yang menjadi nabinya. Kenangan itu berkerak dan melekat dalam diri Bilal ra. sampai jauh setelah Rasulullah SAW wafat. Agar tak terkoyak moyak hatinya, Bilal ra. memutuskan untuk tak lagi adzan sepeninggal Rasulullah SAW. Sampai suatu ketika, rindu Bilal ra. tak tertahankan. Ia pun mengumandangkan azan
Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"
Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah.
 Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
-sapa Amirul mukminin.

"Tidak wahai amirul mukminin,"
-tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.
"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.
Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!"
-apakah Rasulullah di bangkitkan semula-

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..
Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"

"Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah.

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.