ALAM KUBUR ( KEMATIAN )




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat pembaca blog Mr. Suffie.

Mr. Suffie kali ini ingin berkongsi sedikit mengenai dunia di alam kubur atau alam barzah.

Baru-baru ini Mr. Suffie mendapat pengelaman baru di dalam dunia seorang pengali kubur kerana mendapat pengalam pertama menjadi seorang pengali kubur. Kebetulan baru-baru ini ada kematian dari saudara mara Mr. Suffie yang mahu di kebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Haji Abdul Rashid Sungai Dua iaitu di Qaryah Mr. Suffie bermastautin.

Hendak di jadikan cerita, tukang pengali kubur perlukan bantuan untuk mengali kubur dengan kadar segera kerana jenazah mahu dikebumikan dengan kadar segera, di dalam Islam pun menyebut, jika ada kematian bagi Orang Islam jenazahnya perlu diuruskan dengan kadar segera. Jadi Mr. Suffir berkesempatan untuk mengali kubur sehingga ke liang lahat.

Pada mulanya agak menyeramkan kerana mengali di waktu malam selepas solat magrib. Akan tetapi, dengan kekuatan dan niat yang baik untuk membantu menyempurnakan jenazah segala rasa takut diketepikan, iyalah ini adalah pengalaman pertama mengali kubur dan pada waktu gelap pula hanya bercahaya lampu yang di pasang untuk memudahkan proses pengalian kubur. Alhamdulillah semuanya selamat dan jenazah disempurnakan dengan baik.

Mr. Suffie bukannya mahu mencerikan pengalaman Mr. Suffie menjadi pengali kubur, tapi Mr. Suffie mahu menceritkan mengenai dunia di semasa di dalam alam kubur.

Ulama mengatakan mati itu adalah satu perpindahan.

Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.”

Ibn Qayyim dalam kitabnya, Ar-Ruh menyatakan, roh yang hidup di alam barzakh ada dua jenis.

Pertama, mun’amah iaitu roh yang hidup mendapat nikmat.

Ada roh yang hidup di alam barzakh mendapat nikmat lebih hebat daripada hidupnya ketika di dunia.

Sebabnya, dia dapat menjawab soalan Munkar dan Nakir dengan lancar kerana banyak melakukan amal ibadat termasuk pahala solat, sedekah jariah dan derma.

Malah, dalam satu hadis panjang yang boleh juga dirujuk menerusi kitab Ar-Ruh ada menyatakan, bagi orang yang boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir dan di akhir sekali malaikat itu akan berkata, “Tidurlah kamu sepertimana tidurnya pengantin.”

Tidur pengantin itu adalah simbolik kepada roh yang diberi nikmat dan dia tidak akan diganggu.

Golongan yang kedua adalah roh mu’azzabah iaitu roh yang akan mendapat seksaan kubur. Golongan itu akan dipukul dan dipalu dengan pukulan yang amat dahsyat.

Sehinggakan dalam satu riwayat menyatakan, apabila sekali malaikat Munkar dan Nakir memukul, maka akan terbenam ke dalam tanah.

Maka, ulama membuat kesimpulan di alam barzakh ada roh yang selamat dan tidak selamat.

Jika di alam barzakh sudah tidak selamat, maka di alam berikutnya sudah pasti roh itu lebih sengsara.

Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kita perlu sentiasa merancang untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun sudah meninggal dunia.

Pahala berpanjangan itu boleh diraih dengan mudah antaranya dengan cara mengajak orang lain melakukan kebaikan.

Contoh, jika kita ada rakan yang tidak solat, maka kita cuba berusaha mengajaknya melaksanakan kewajipan itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya

yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)

Sama juga halnya apabila diri kita menjadi penyebab orang lain melakukan dosa, maka dosa itu akan kita tanggung bersamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7)

Tugas mengajak sama manusia lain melakukan kebaikan itu menandakan terbitnya iman di dalam hati seseorang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sepatutnya ada di antara umat yang dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya daripada perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit saja iaitu orang-orang yang Kami selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu menitikberatkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” (Surah Hud, ayat 116)


#Yang hidup tidak akan hidup selamnya. Bergitu juga yang muda tidak semestinya mati semasa tua. Mati ini hanya Allah yang tahu di mana dan bila kita akan mati. Jadi kita sebgai umat manusia, seharusnya sentiasa ingat akan kematian, supaya kita sentisa beringat untuk bertaubat dan melakukan amalan yang baik-baik dan menjalankan perintah sebagai Umat Islam dimuka bumi yang di pinjamkan kepada kita semua. Semoga kita semua mendapat manfaat dan seinsafan daripada apa yang kita telah baca. Doa yang baik-baik untuk kehidupan kita dan sentiasa bersedia untuk bekalan amal yang bakal kita bawa semasa akhir hayat kita nanti.

UBAT WAJIB YANG PERLU ADA DI RUMAH ATAU DI DALAM SIMPANAN



Assalammualaikun dan Salah Sejahtera.

Kali ini Mr.Suffie mahu kongsikan beberapa jenis ubat-ubatan yang perlu atau wajib kita simpan di rumah mahupun di dalam simpanan kita di masa sahaja.

Ini kerana, uabat-ubatan ini adalah rawatan permulaan bagi kita di mana sahaja kita berada dan merupakan pencegahan awal untuk sakit kita tika berpanjangan. Jika sakit kita berpanjangan seharusnya kita mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital yang berdekatan.

Ramai juga di antara kita yang malas dan tidak mahu mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital, kerana tidak mahu terikat dengan rawatan ataupun tidak mahu ditahan di kecemasan mahupun wad.

Dan kita semua telah sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan yang sentiasa ramai dengan pesakit dan harus menunggu dengan jangka sama yang agak lama sehinggakan ada yang sampai berjam lamanya.

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.Antaranya seperti:

-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
-dan pelbagai lagi.

Jadi kali ini Mr.Suffie mahu kongsikan serba sedikit mengenai ubat-ubatan yang perlu ada di dalam simpan kita untuk mendapatkan rawatan permulaan bagi penyakit ringan yang kadang kala kita tidak perlu pun mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.

Ini adalah antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang Mr.Suffie nyatakan di atas.

1. PARACETAMOL 500mg (PANADOL)


-Digunakan untuk merawat demam ataupun sebagai ubat tahan sakit ringan seperti sakit kepala.
-Disyorkan: 2 biji, 3 kali sehari.


2. LORATADINE 10mg



-Digunakan untuk mengurangkan alahan, gatal-gatal, mata berair.
-Disyorkan: 1 biji sekali sehari.



3. CHLORPENIRAMINE 4mg (PIRITON)


-Digunakan untuk mengurangkan alahan atau gatal-gatal.
-Boleh menyebabkan mengantuk.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari



4. DICLOFENAC SODIUM 50mg (VOLTAREN)


-Digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan
-Elakkan pengambilan ketika perut kosong
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari bagi kesakitan berterusan, atau 1 biji apabila perlu



5. METOCLOPRAMIDE HCI 10mg (MAXOLON)


-Digunakan bagi merawat loya atau muntah dan untuk migrain.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.



6. BUSCOPAN 10mg


-Mengurangkan sakit perut yang memulas-mulas atau kekejangan perut.
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.



7. RANITIDINE 150mg (ZANTAC)


-Mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD
-Disyorkan: 1 biji, dua kali sehari


8. DIPHENOXYLATE + ATROPINE SULPHATE (LOMOTIL)


-Merawat cirit-birit.
-Disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu



9. ACTIVATED CHARCOAL250mg


-Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
-Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari



10. ORAL REHYDRATION SALT (ORS)


- Merawat cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas
-DisyorkanL 1 paket apabila perlu



11. MIST MAGNESIUM TRISILICATE (MMT)


-Mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman
-Ambil sebelum makan.
-Disyorkan: 15ml, 3 kali sehari



12. UBAT BATUK


-Mengurangkan sakit tekak dan batuk di awal rawatan.
-Perlu ambil mengikut sukatan yang telah ditentukan di label kotak atau botol.



13. AMMELTZ YOKO YOKO


- untuk mengurangkan ketegangan otot.


14. CLORAMPHENICOL EYE DROP (UBAT SAKIT MATA)


- Digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.



15.TERMOMETER (PENGUKUR SUHU BADAN)


-Untuk pemeriksaan suhu badan di peringkat awal dan jika suhu terlalu tinggi perlu mendapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.



Ini adalah diantara ubat-ubatan yang kita wajib ada untuk rawatan permulaan bagi penyakit yang Mr.Suffie nyatakan seperti diatas. Jika sakit yang dialami berpanjangan atau semakin teruk, jangan tunggu lama atau masih bergantung pada ubat-ubat yang kita dapatkan daripada farmasi, terus dapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat kepada kita semua dan berkongsi untuk pengetahuan bersama.

Jangan kata Mr.Suffie cakap hanya bergantung pada ubat-ubatan dari farmasi sahaja, ini hanya rawatan permulaan sahaja bagi sakit ringan yang kita selalu alami.


#Tubuh badan kita ini tidak selalunya sihat untuk terus melakukan aktiviti harian kita. Tubuh badan kita juga perlu dijaga sebaik-baiknya untuk terus digunakan sehingga akhir hayat kita. Jaga permakanan harian kita dengan diet yang berkesan, senaman juga perlu untuk tubuh kita sentiasa sihat dan aktif. Ingat pesanan orang tua-tua yang terdahulu " Kita nak pakai badan kita ni, bukan sehari dua sahaja, jangan sampai dah berumur macam-macam penyakit hinggap di badan kita".

TENGGIRI TUAS YAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Mr.Suffie.

Sang Tenggiri 10 kg. 

Kali ini Mr. Suffie mahu berkongsikan mengenai kaedah dan pengalaman Mr. Suffie bersama geng memancing Mr. Suffie.

Cuba tengok gigi sang tenggiri, kalau kena gigit memang tiada maaf bagimu. Gigi sang tenggiri yang sangat tanjam seperti pisau. 

Kalau sebelum ini Mr. Suffie ada menulis mengeni kaedah memancing Sang Sepit Biru atau Udang Galah, pada penulisan kali ini Mr. Suffie mahu berkongsikan mengenai bagaimana mahu memancing Sang Tenggiri yang merupakan pemangsa yang ganas di lautan.


Tekong Pak Chop Trubo. 
Tekong Darat. Master Izz. Adik Mr. Suffie
Sifu Ja'afar. Bapak sedara Mr. Suffie.

Pada 30 Januari 2019 Mr. Suffie bersama-sana geng memancing telah turun ke Tuas Yan, Kedah untuk memburu Sang Tenggiri yang terkenal dengan larian derasnya apabila menyambar umpan.

Arai, sepupu Mr. Suffie.
Che Umaq, Sepupu Mr. Suffie. 
Mat Amin, Kawan Mr. Suffie. 

Tepat Jam 5.00 pagi kami semua telah bersedia untuk bergerak ke Jetty Sungai Udang, Yan, Kedah. Kami seramai 6 orang bertolah dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. 2 biji kereta bertolak, sebiji kereta singgah di Tikam Batu, Kedah untuk mengambil umpan ikan termenung segar yang akan dijadikan umpan atau menu diet Sang Tenggiri.
Set Pancing Mr. Suffie  



Setibanya kami di Yan, Kedah pada jam 6.00 pagi, kami singgah di gerai untuk sarapan pagi dahulu. Ini bukan apa, pesanan orang lama semasa nak pergi memancing di lautan, perut jangan dibiarkan kosong. Kerana mudah untuk terkena mabuk laut.

Bot Tekong Pak Chop Trubo yang sangat selesa. 

Jam 6.30 pagi kami semua tiba di Jetty Sungai Udang, Yan, Kedah. Kami ke surau bersebelahan jetty untuk menunaikan solat Subuh dahulu.

Selepas selesai solat subuh kami bersiap sedia untuk turun ke laut, kerana sebelum pukul 8.00 pagi bot perlu keluar dari jetty sebelum air laut surut. Jika surut kami akan lewat untuk ke destinasi kami.

Segala barangan seperti alatan memancing dan makanan perlu di masukkan ke dalam bot dengan kadar segera. Supaya bot boleh terus bergerak ke destinasi yang kami akan tujui.

Jam 7.30 pagi bot mula membelah muara laut untuk ke pintu muka lautan luas. Semasa bot mula begerak, inilah masanya untuk Mr. Suffie dan geng yang lain menyediakan senjata untuk berperang iaitu alatan memancing Sang Tenggiri.

Mesin dipasang pada joran dan mata kail perlu dibuat dengan rapi agar mudah untuk umpan ikan segar dipasang pada mata kail.

Mr. Suffie cerita sedikit alatan yang diperlukan untuk memburu Sang Tenggiri ini. Benda pertama yang perlu ada adalah alatan memancing yang bersesuaian dengan apa yang kita mahu pancing. Seperti Mr. Suffie kali ini mahu memancing Sang Tenggiri  maka alatan memancing Sang Tenggiri perlulah bersesuaian. Umpan untuk Sang Tenggiri boleh menggunakan ikan termenung segar, Umpan Bulu Ayam atau Sesudu Besi ( Spon). Ada juga orang kata, Sang Tenggiri ini sangat marah bila melihat kilauan atau benda yang berkilat di dalam air, Sang Tenggiri ini akan terus menyambar.

Mesin perlulah yang mempunyai kekuatan kayuhan yang tinggi atau ringgan untuk memudahkan kayuhan laju dilakukan. Ini adalah bersesuaian untuk menggunakan umpan BULU AYAM. Umpan bulu ayam ini perlu dikayuh dengan kadar yang amat laju untuk memujuk Sang Tenggiri menyambar umpan tersebut.

Umpan Bulu. Gambar hiasan. 

Bagi Mr. Suffie lebih suka menggunakan umpan termenung segar yang mengguakan 3 mata kail yang bersaiz 8. Mata kail perlulah dipasang dengan kemas dan teratur. Contoh boleh dilihat dalam gambar. Ini kerana umpa ikan termenung segar perlu berenang seperti mana ikan yang masih hidup, untuk memujuk sang tenggiri memakan umapan.
Contoh mata kail 3 mata untuk umpan termenung segar atau hidup. 

Cara pasang mata kail 3 mata di umpan. 

Kedudukan mata kail 3 mata di umpan termenung segar atau umpan hidup. 

Ada juga pemburu sang tenggiri ini suka gunakan umpan tiruan seperti Spoon yang sifat fizikalnya seperti sesudu dan sangat bersinar untuk menarik minat sang tenggiri memakan umpan. Caranya sama jugak seperti casting bulu ayam, mesin perlu ringann dan rod juga sesuai untuk casting.
Contoh spoon yang menjadi kegemaran si pemburu sang tenggiri. 

Contoh spoon yang dipasangkan mata kailkembar 3.

Lebih kurang 45 minit perjalan untuk ke tuas atas, kami singgah sebentar di tuas berhampiran untuk mencari umpan hidup, seperti anak-anak ikan temenung dan borek untuk dijadikan umpan ambok. Carian anak-anak ikan ini hanya dengan menggunakan set pancing ringan dan menggunakan umpan apolo 6 hingga 9 mata kail, yang berwarna hijau sahaja paling efektif untuk mencari umpan anak ikan dan cencaru.

Tepat pukul 8.30 pagi kami sampai di tuas atas atau tuas utara milik tekong Pak Chop Trubo. Segala set pancing untuk casting ikan, bulu dan spoon di persiapkan dengan umpan termasukkan set pncing ambok yang menggunakan belon dipersiapkan untuk memburu sang tenggiri.

Set untuk memcari umpan hidup ( anak ikan dan ikan cencaru) dan set pancing dasar jugak dipasang mencari penghuni di bawah dasar laut.

Bagi Mr. Suffie, memang akan ke sisi bot atau kebalakang bot untuk Suffie casting umpan ikan temenung segar yang menggunakan 3 mata kail yang bersaiz 8.

Pesanan Mr. Suffie jangan lupa untuk memakai pakaian yqng menutup kulit dan muka, kerana takut balik nanti hitam dan kulit melupas terus. Maklumlah duduk di tengah laut memamg terasa bahangnya yang teramat sangat. Macam Mr. Suffie memang yang jenis kulit cepat terbakar teruk kalau kena panas, tambahan kalau kena panas di lautan pulak, lg cepat terbakar.

Nak turun ke laut kena la pakai tutup macam ini, kalau tak terbakar kulit la jawapnya. 


Tidak sampai sejam, drag set pancing ambok yang di pasang oleh adik Mr. Suffie berbunnyi tanda Sang Tenggiri pertama telah menyambar umpan anak ikan hidup. Ini pertanda bahawa sang tenggiri telah mula masuk tuas. Ikan pertama berjaya didaratkan. Boleh lihat video penuh diakhir penulisan Mr. Suffie nanti.

Selang beberapa minit, pemancing yang baru pertama kali ikuti trip memburu Sang Tenggiri mendqpatkan habuannya, dengan menggunakan set casting ikan termenung segar.

Ikan cencaru saiz besar-besar banyak didaratkan, Mr. Suffie juga tidak ketinggalan untuk mencari ikan cencaru untuk di bawak balik. Cencaru yang bersaiz 30cm banyak didaratkan. Dalam asyik melayan ikan cencaru, sekali laki set ambok adik Suffie dihenjut sekali lagi oleh sang tenggiri dan agak bersaiz besar jugak didaratkan diatas bot.

Sebelum menjelang tengah hari, set casting sepupu Mr. Suffie iaitu Che Umaq disambar Sang Tenggiri yang bersaiz kecil atau nama yang selalu kami gelarkan ialah cap nenen berjaya didaratkan dengan menggunakan set casting umpan spoon.

Jam menunjukan hampir pukul 12 tengah hari, tekong Pak Chop Trubo pula kelihatan sibuk mengemaskan set memasaknya untuk kami semua makan tengah hari. Buat pengetahuan semua, Tekong Pak Chop Trubo ini terkenal dengan gelaran gulai kari kaw yang memang padu kari tenggiri dia. Ikan tenggiri cap nenen dijadikan santapan kami pada tengah hari.

Gulai tenggiri padu dari tekong Pak Chop Trubo. 

Setelah selesai menjamu selera, kami semua berehat sebentar sebelum menyambung untuk terus memburu sang tenggiri sementara menantikan arus air laut bergerak kembali. Waktu tengah hari, air laut akan kelihatan tenang seperti cermin dan pada waktu ini tidak sesuai untuk memburu sang tenggiri, disebabkan sang tenggiri kurang aktif pada waktu ini.

Jam menunjukkan 2.00 petang, Tekong Pak Chop Trubo mengambil keputusan untuk berpindah tuas darat kerana kualiti air dan pergerakkan air agak kurang memuaskan. Kerana pada waktu ini, hanya sia-sia sahaja tenaga yang dikeluarkan untuk memburu sang tenggiri.

Setibanya kami di tuas darat, bot diikat di tuas. Set appolo dilabuhkan untuk menambahkan lagi koleksi cencaru. Suffie pula sibuk dengan set casting berumpankan ikan segar temenung kerana Mr. Suffie masih tidak dapat hasil Sang Tenggiri.

Di dalam ketabahan dan kesabaran Mr. Suffie memburu sang tenggiri akhirnya umpan ikan temenung segar Suffie disambar oleh sang tenggiri, drag Mr. Suffie diketatkan sedikit supaya sang tenggiri tidak terus melarikan tali dari spon set casting Mr. Suffie, hampir 10 ke 15 minit baru Suffie berjaya daratkan Sang Tenggiri yang bersaiz 9 ke 10kg.



Selepas itu set casting Pak Uda Mr. Suffie pula disambar sang tenggiri dengan menggunakan umpan tiruan spoon, tetapi alangkah malangnya sang tenggiri lebih laju dan masuk ke dalam tuas buluh. Ikan terlepas sekali kena cukai spoon yang berharga RM 12 itu tidak termasuk kili, tali, dan mata kail lagi. Inilah dugaan yang dihadapi setiap kaki pancing. Itu lumrah biasa si kaki pancing, ada hari untung, ada hari rugi.

Keindahan waktu senja di tengah lautan.

Jam 5.30 petang, barang-barang pacing dikemas untuk persiapan pulang ke perlabuhan Sungai Udang. Ikan dimasukkan ke dalam tong ais, barang di letak rapi. Pak Chop Trubo terus melepaskan ikatan tali dan memecut laju pulang ke perlabuhan.

Mr. Suffie sediakan video yang telah Mr. Suffie upload di dalam youtube milik Mr. Suffie sendiri.

Antara hasil buruan sang tenggiri pada trip kali ini. 

Jika ada sesiapa yang mahukan perkhidmatan Pak Chop Trubo sebagai tekong anda di Tuas Yan Kedah, naik di Sungai Udang, Yan, Kedah boleh komen di bawah dan Mr. Suffie akan berikan bagaimana untuk berhubung dengan Tekong terbaik ini.



#Minat atau hobi itu satu perkara yang baik untuk diisi semasa waktu lapang, selagi minat dan hobi itu tidak mendatangkan keburukkan atau melanggar hukum Allah, selagi itulah kita diharuskan melakukannya. Jangan kerana hobi atau minat kita ini melalaikan diri kita dan menyusahkan orang di sekeliling kita.