Suffie nak kongsikan sedikit pengamalan Suffie semasa mencari REMIS @ Qemis dalam bahasa utara. Sebenarnya bukan senang nak mencari qemis ini, kerana memerlukan sedikit kepakaran dan usaha yang gigih di dalam mencari qemis ini.
Mungkin ada dikalangan kita masih tidak tahu bagaimana rupanya qemis yang Suffie maksudkan. Di sini Suffie sertakan gambar bagaimana rupanya qemis ini.
#Remis Yang Baru Di Cari Di Pantai Bersih Bangan Ajam.
#Remis Yang Lebih Dikenali Sebagai Qermis Di Kalangan Orang Utara.
Ini adalah rupa qemis yang Suffie cari di bersama keluarga dan sahabat Suffie di Pantai Bersih, Bagan Ajam betul-betul di belakang Sekolah Menengah Dato" Onn Butterworth.
Bukan senang nak cari qemis ini. Qemis ini lebih banyak dan mudah dicari semasa air masih pasang dan susah dicari apabila air laut surut.
Cara untuk mencari qemis ini perlulah mempunyai penapis atau raga yang berlubang agak kecil supaya mudah ditapis untuk asingkan pasir dan qemis.
Untuk mendapatkan qemis haruslah kaut atau cedok (dalam bahasa utara) pasir didalam air (semasa air pasang) dan di tapis sehingga kelihatan qemis. Perkara itu dilakukan berulang kali untuk mendapat qemis yang banyak.
Jika air sudah surut caranya juga berbeza kerana harus korek pasir di gigi air laut untuk mendapatkan qemis. Korek mengikut kedalaman yang sederhana untuk mendapatkan qemis. Harus ingat remis tidak duduk setempat, jika mahukan qemis yang banyak dan agak besar perlulah rajin korek di tempat-tempat yang berbeza. Yang paling penting qemis ini rupanya sama dengan siput lala dan lebih kecil dari siput lala.
Di sini Suffie ingin kongsikan sedikit gambar-gambar Suffie semasa mencari qemis sesama musin cuti sekolah baru-baru ini.
#Cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti mencari qemis
#Keluarga Suffie sibuk mencari qemis
#Si kecil sedang belajar cara mencari qemis
#Suffie dan keluarga sedang mencari qemis
#Sahabat dan bapa saudara Suffie sedang khusyuk mencari qemis.
#Bertapa fokusnya adik ini mencari qemis.
Apabila penat mencari qemis mestilah ada hasilnya yang sedap di rebus atau pun digoreng bersama sos tiram dan serai, jika mahukan pedas bolehlah tambah cabai melaka atau cili padi. Rasa lebih sedap apabila makan ramai-ramai dengan hasih keringat sendiri.
#Qemis yang sudah siap dimasak bersama sos tiram dan serai ditambah pulak dengan cabai melaka.
Akan tetepi kita jangan lupa, setiap perbuatan kita mestilah di dahulukan dengan doa yang baik untuk mendapat perbuatan yang baik dan diredhai olah Yang Maha Esa. Suffie kongsikan juga doa agar diberikan rezeki ;-
Mencari rezeki yang halal adalah amalan mulia Umat Islam. Setiap Langkah di dalam mencari rezeki halal sudah semestinya ada doa yang mengiringi setiap perbuatan kita. Di sini Suffie ingin kngsikan bacaan doa di dalam memudahkan pencarian rezeki kita di muka bumi ini.
Doa Agar Diberikan Rezeki
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ رَزَقَنِىْ هذَا مِنْ خَيْرِ حَوْلٍ مِنِّى وَلاَقُوَّةٍ، اَللهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ
AL-HAMDU LILLAAHIL LADZII ROZAQONII HAADZA MIN GHAIRI HAULIN MINNII WA LAA QUWWATIN, ALLOOHUMMA BAARIK FIIHI
Ertinya :
Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepadaku dengan tidak ada daya dan kekuatan bagiku, Ya Allah semoga Engkau berkhati pada rezekiku.
2 comments:
Assalamualaikum wbt. Thn bila ni post ni sebab x dapat cari tarikh. Banyak ke remis kat situ? Saya selalu pergi area Teluk Bayu, Pg. Tak tau pulak yg area ni ada remis. Nnt blh pi
Jika saudari nak remis yg saiz besar-besar dan banyak saudari cari time bulan penuh dan masa air tengah pasang atau pasang penuh baru nak surut.. selalu saya cari di R&R Bagan, banyak dekat situ..
Post a Comment