UBAT WAJIB YANG PERLU ADA DI RUMAH ATAU DI DALAM SIMPANAN



Assalammualaikun dan Salah Sejahtera.

Kali ini Mr.Suffie mahu kongsikan beberapa jenis ubat-ubatan yang perlu atau wajib kita simpan di rumah mahupun di dalam simpanan kita di masa sahaja.

Ini kerana, uabat-ubatan ini adalah rawatan permulaan bagi kita di mana sahaja kita berada dan merupakan pencegahan awal untuk sakit kita tika berpanjangan. Jika sakit kita berpanjangan seharusnya kita mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital yang berdekatan.

Ramai juga di antara kita yang malas dan tidak mahu mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital, kerana tidak mahu terikat dengan rawatan ataupun tidak mahu ditahan di kecemasan mahupun wad.

Dan kita semua telah sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan yang sentiasa ramai dengan pesakit dan harus menunggu dengan jangka sama yang agak lama sehinggakan ada yang sampai berjam lamanya.

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.Antaranya seperti:

-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
-dan pelbagai lagi.

Jadi kali ini Mr.Suffie mahu kongsikan serba sedikit mengenai ubat-ubatan yang perlu ada di dalam simpan kita untuk mendapatkan rawatan permulaan bagi penyakit ringan yang kadang kala kita tidak perlu pun mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital.

Ini adalah antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang Mr.Suffie nyatakan di atas.

1. PARACETAMOL 500mg (PANADOL)


-Digunakan untuk merawat demam ataupun sebagai ubat tahan sakit ringan seperti sakit kepala.
-Disyorkan: 2 biji, 3 kali sehari.


2. LORATADINE 10mg



-Digunakan untuk mengurangkan alahan, gatal-gatal, mata berair.
-Disyorkan: 1 biji sekali sehari.



3. CHLORPENIRAMINE 4mg (PIRITON)


-Digunakan untuk mengurangkan alahan atau gatal-gatal.
-Boleh menyebabkan mengantuk.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari



4. DICLOFENAC SODIUM 50mg (VOLTAREN)


-Digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan
-Elakkan pengambilan ketika perut kosong
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari bagi kesakitan berterusan, atau 1 biji apabila perlu



5. METOCLOPRAMIDE HCI 10mg (MAXOLON)


-Digunakan bagi merawat loya atau muntah dan untuk migrain.
-Disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.



6. BUSCOPAN 10mg


-Mengurangkan sakit perut yang memulas-mulas atau kekejangan perut.
-Disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji apabila perlu.



7. RANITIDINE 150mg (ZANTAC)


-Mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD
-Disyorkan: 1 biji, dua kali sehari


8. DIPHENOXYLATE + ATROPINE SULPHATE (LOMOTIL)


-Merawat cirit-birit.
-Disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu



9. ACTIVATED CHARCOAL250mg


-Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
-Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari



10. ORAL REHYDRATION SALT (ORS)


- Merawat cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas
-DisyorkanL 1 paket apabila perlu



11. MIST MAGNESIUM TRISILICATE (MMT)


-Mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman
-Ambil sebelum makan.
-Disyorkan: 15ml, 3 kali sehari



12. UBAT BATUK


-Mengurangkan sakit tekak dan batuk di awal rawatan.
-Perlu ambil mengikut sukatan yang telah ditentukan di label kotak atau botol.



13. AMMELTZ YOKO YOKO


- untuk mengurangkan ketegangan otot.


14. CLORAMPHENICOL EYE DROP (UBAT SAKIT MATA)


- Digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.



15.TERMOMETER (PENGUKUR SUHU BADAN)


-Untuk pemeriksaan suhu badan di peringkat awal dan jika suhu terlalu tinggi perlu mendapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.



Ini adalah diantara ubat-ubatan yang kita wajib ada untuk rawatan permulaan bagi penyakit yang Mr.Suffie nyatakan seperti diatas. Jika sakit yang dialami berpanjangan atau semakin teruk, jangan tunggu lama atau masih bergantung pada ubat-ubat yang kita dapatkan daripada farmasi, terus dapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat kepada kita semua dan berkongsi untuk pengetahuan bersama.

Jangan kata Mr.Suffie cakap hanya bergantung pada ubat-ubatan dari farmasi sahaja, ini hanya rawatan permulaan sahaja bagi sakit ringan yang kita selalu alami.


#Tubuh badan kita ini tidak selalunya sihat untuk terus melakukan aktiviti harian kita. Tubuh badan kita juga perlu dijaga sebaik-baiknya untuk terus digunakan sehingga akhir hayat kita. Jaga permakanan harian kita dengan diet yang berkesan, senaman juga perlu untuk tubuh kita sentiasa sihat dan aktif. Ingat pesanan orang tua-tua yang terdahulu " Kita nak pakai badan kita ni, bukan sehari dua sahaja, jangan sampai dah berumur macam-macam penyakit hinggap di badan kita".

No comments: