TENGGIRI TUAS YAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Mr.Suffie.

Sang Tenggiri 10 kg. 

Kali ini Mr. Suffie mahu berkongsikan mengenai kaedah dan pengalaman Mr. Suffie bersama geng memancing Mr. Suffie.

Cuba tengok gigi sang tenggiri, kalau kena gigit memang tiada maaf bagimu. Gigi sang tenggiri yang sangat tanjam seperti pisau. 

Kalau sebelum ini Mr. Suffie ada menulis mengeni kaedah memancing Sang Sepit Biru atau Udang Galah, pada penulisan kali ini Mr. Suffie mahu berkongsikan mengenai bagaimana mahu memancing Sang Tenggiri yang merupakan pemangsa yang ganas di lautan.


Tekong Pak Chop Trubo. 
Tekong Darat. Master Izz. Adik Mr. Suffie
Sifu Ja'afar. Bapak sedara Mr. Suffie.

Pada 30 Januari 2019 Mr. Suffie bersama-sana geng memancing telah turun ke Tuas Yan, Kedah untuk memburu Sang Tenggiri yang terkenal dengan larian derasnya apabila menyambar umpan.

Arai, sepupu Mr. Suffie.
Che Umaq, Sepupu Mr. Suffie. 
Mat Amin, Kawan Mr. Suffie. 

Tepat Jam 5.00 pagi kami semua telah bersedia untuk bergerak ke Jetty Sungai Udang, Yan, Kedah. Kami seramai 6 orang bertolah dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. 2 biji kereta bertolak, sebiji kereta singgah di Tikam Batu, Kedah untuk mengambil umpan ikan termenung segar yang akan dijadikan umpan atau menu diet Sang Tenggiri.
Set Pancing Mr. Suffie  



Setibanya kami di Yan, Kedah pada jam 6.00 pagi, kami singgah di gerai untuk sarapan pagi dahulu. Ini bukan apa, pesanan orang lama semasa nak pergi memancing di lautan, perut jangan dibiarkan kosong. Kerana mudah untuk terkena mabuk laut.

Bot Tekong Pak Chop Trubo yang sangat selesa. 

Jam 6.30 pagi kami semua tiba di Jetty Sungai Udang, Yan, Kedah. Kami ke surau bersebelahan jetty untuk menunaikan solat Subuh dahulu.

Selepas selesai solat subuh kami bersiap sedia untuk turun ke laut, kerana sebelum pukul 8.00 pagi bot perlu keluar dari jetty sebelum air laut surut. Jika surut kami akan lewat untuk ke destinasi kami.

Segala barangan seperti alatan memancing dan makanan perlu di masukkan ke dalam bot dengan kadar segera. Supaya bot boleh terus bergerak ke destinasi yang kami akan tujui.

Jam 7.30 pagi bot mula membelah muara laut untuk ke pintu muka lautan luas. Semasa bot mula begerak, inilah masanya untuk Mr. Suffie dan geng yang lain menyediakan senjata untuk berperang iaitu alatan memancing Sang Tenggiri.

Mesin dipasang pada joran dan mata kail perlu dibuat dengan rapi agar mudah untuk umpan ikan segar dipasang pada mata kail.

Mr. Suffie cerita sedikit alatan yang diperlukan untuk memburu Sang Tenggiri ini. Benda pertama yang perlu ada adalah alatan memancing yang bersesuaian dengan apa yang kita mahu pancing. Seperti Mr. Suffie kali ini mahu memancing Sang Tenggiri  maka alatan memancing Sang Tenggiri perlulah bersesuaian. Umpan untuk Sang Tenggiri boleh menggunakan ikan termenung segar, Umpan Bulu Ayam atau Sesudu Besi ( Spon). Ada juga orang kata, Sang Tenggiri ini sangat marah bila melihat kilauan atau benda yang berkilat di dalam air, Sang Tenggiri ini akan terus menyambar.

Mesin perlulah yang mempunyai kekuatan kayuhan yang tinggi atau ringgan untuk memudahkan kayuhan laju dilakukan. Ini adalah bersesuaian untuk menggunakan umpan BULU AYAM. Umpan bulu ayam ini perlu dikayuh dengan kadar yang amat laju untuk memujuk Sang Tenggiri menyambar umpan tersebut.

Umpan Bulu. Gambar hiasan. 

Bagi Mr. Suffie lebih suka menggunakan umpan termenung segar yang mengguakan 3 mata kail yang bersaiz 8. Mata kail perlulah dipasang dengan kemas dan teratur. Contoh boleh dilihat dalam gambar. Ini kerana umpa ikan termenung segar perlu berenang seperti mana ikan yang masih hidup, untuk memujuk sang tenggiri memakan umapan.
Contoh mata kail 3 mata untuk umpan termenung segar atau hidup. 

Cara pasang mata kail 3 mata di umpan. 

Kedudukan mata kail 3 mata di umpan termenung segar atau umpan hidup. 

Ada juga pemburu sang tenggiri ini suka gunakan umpan tiruan seperti Spoon yang sifat fizikalnya seperti sesudu dan sangat bersinar untuk menarik minat sang tenggiri memakan umpan. Caranya sama jugak seperti casting bulu ayam, mesin perlu ringann dan rod juga sesuai untuk casting.
Contoh spoon yang menjadi kegemaran si pemburu sang tenggiri. 

Contoh spoon yang dipasangkan mata kailkembar 3.

Lebih kurang 45 minit perjalan untuk ke tuas atas, kami singgah sebentar di tuas berhampiran untuk mencari umpan hidup, seperti anak-anak ikan temenung dan borek untuk dijadikan umpan ambok. Carian anak-anak ikan ini hanya dengan menggunakan set pancing ringan dan menggunakan umpan apolo 6 hingga 9 mata kail, yang berwarna hijau sahaja paling efektif untuk mencari umpan anak ikan dan cencaru.

Tepat pukul 8.30 pagi kami sampai di tuas atas atau tuas utara milik tekong Pak Chop Trubo. Segala set pancing untuk casting ikan, bulu dan spoon di persiapkan dengan umpan termasukkan set pncing ambok yang menggunakan belon dipersiapkan untuk memburu sang tenggiri.

Set untuk memcari umpan hidup ( anak ikan dan ikan cencaru) dan set pancing dasar jugak dipasang mencari penghuni di bawah dasar laut.

Bagi Mr. Suffie, memang akan ke sisi bot atau kebalakang bot untuk Suffie casting umpan ikan temenung segar yang menggunakan 3 mata kail yang bersaiz 8.

Pesanan Mr. Suffie jangan lupa untuk memakai pakaian yqng menutup kulit dan muka, kerana takut balik nanti hitam dan kulit melupas terus. Maklumlah duduk di tengah laut memamg terasa bahangnya yang teramat sangat. Macam Mr. Suffie memang yang jenis kulit cepat terbakar teruk kalau kena panas, tambahan kalau kena panas di lautan pulak, lg cepat terbakar.

Nak turun ke laut kena la pakai tutup macam ini, kalau tak terbakar kulit la jawapnya. 


Tidak sampai sejam, drag set pancing ambok yang di pasang oleh adik Mr. Suffie berbunnyi tanda Sang Tenggiri pertama telah menyambar umpan anak ikan hidup. Ini pertanda bahawa sang tenggiri telah mula masuk tuas. Ikan pertama berjaya didaratkan. Boleh lihat video penuh diakhir penulisan Mr. Suffie nanti.

Selang beberapa minit, pemancing yang baru pertama kali ikuti trip memburu Sang Tenggiri mendqpatkan habuannya, dengan menggunakan set casting ikan termenung segar.

Ikan cencaru saiz besar-besar banyak didaratkan, Mr. Suffie juga tidak ketinggalan untuk mencari ikan cencaru untuk di bawak balik. Cencaru yang bersaiz 30cm banyak didaratkan. Dalam asyik melayan ikan cencaru, sekali laki set ambok adik Suffie dihenjut sekali lagi oleh sang tenggiri dan agak bersaiz besar jugak didaratkan diatas bot.

Sebelum menjelang tengah hari, set casting sepupu Mr. Suffie iaitu Che Umaq disambar Sang Tenggiri yang bersaiz kecil atau nama yang selalu kami gelarkan ialah cap nenen berjaya didaratkan dengan menggunakan set casting umpan spoon.

Jam menunjukan hampir pukul 12 tengah hari, tekong Pak Chop Trubo pula kelihatan sibuk mengemaskan set memasaknya untuk kami semua makan tengah hari. Buat pengetahuan semua, Tekong Pak Chop Trubo ini terkenal dengan gelaran gulai kari kaw yang memang padu kari tenggiri dia. Ikan tenggiri cap nenen dijadikan santapan kami pada tengah hari.

Gulai tenggiri padu dari tekong Pak Chop Trubo. 

Setelah selesai menjamu selera, kami semua berehat sebentar sebelum menyambung untuk terus memburu sang tenggiri sementara menantikan arus air laut bergerak kembali. Waktu tengah hari, air laut akan kelihatan tenang seperti cermin dan pada waktu ini tidak sesuai untuk memburu sang tenggiri, disebabkan sang tenggiri kurang aktif pada waktu ini.

Jam menunjukkan 2.00 petang, Tekong Pak Chop Trubo mengambil keputusan untuk berpindah tuas darat kerana kualiti air dan pergerakkan air agak kurang memuaskan. Kerana pada waktu ini, hanya sia-sia sahaja tenaga yang dikeluarkan untuk memburu sang tenggiri.

Setibanya kami di tuas darat, bot diikat di tuas. Set appolo dilabuhkan untuk menambahkan lagi koleksi cencaru. Suffie pula sibuk dengan set casting berumpankan ikan segar temenung kerana Mr. Suffie masih tidak dapat hasil Sang Tenggiri.

Di dalam ketabahan dan kesabaran Mr. Suffie memburu sang tenggiri akhirnya umpan ikan temenung segar Suffie disambar oleh sang tenggiri, drag Mr. Suffie diketatkan sedikit supaya sang tenggiri tidak terus melarikan tali dari spon set casting Mr. Suffie, hampir 10 ke 15 minit baru Suffie berjaya daratkan Sang Tenggiri yang bersaiz 9 ke 10kg.



Selepas itu set casting Pak Uda Mr. Suffie pula disambar sang tenggiri dengan menggunakan umpan tiruan spoon, tetapi alangkah malangnya sang tenggiri lebih laju dan masuk ke dalam tuas buluh. Ikan terlepas sekali kena cukai spoon yang berharga RM 12 itu tidak termasuk kili, tali, dan mata kail lagi. Inilah dugaan yang dihadapi setiap kaki pancing. Itu lumrah biasa si kaki pancing, ada hari untung, ada hari rugi.

Keindahan waktu senja di tengah lautan.

Jam 5.30 petang, barang-barang pacing dikemas untuk persiapan pulang ke perlabuhan Sungai Udang. Ikan dimasukkan ke dalam tong ais, barang di letak rapi. Pak Chop Trubo terus melepaskan ikatan tali dan memecut laju pulang ke perlabuhan.

Mr. Suffie sediakan video yang telah Mr. Suffie upload di dalam youtube milik Mr. Suffie sendiri.

Antara hasil buruan sang tenggiri pada trip kali ini. 

Jika ada sesiapa yang mahukan perkhidmatan Pak Chop Trubo sebagai tekong anda di Tuas Yan Kedah, naik di Sungai Udang, Yan, Kedah boleh komen di bawah dan Mr. Suffie akan berikan bagaimana untuk berhubung dengan Tekong terbaik ini.



#Minat atau hobi itu satu perkara yang baik untuk diisi semasa waktu lapang, selagi minat dan hobi itu tidak mendatangkan keburukkan atau melanggar hukum Allah, selagi itulah kita diharuskan melakukannya. Jangan kerana hobi atau minat kita ini melalaikan diri kita dan menyusahkan orang di sekeliling kita.