TIPS MEMANCING UDANG GALAH ATAU SANG SEPIT BIRU.

Assalammualaikum...

#Udang Galah Yang Suffie Berjaya Naikkan.

Siapa ada pernah memancing udang galah atau lebih popular di panggil sang sepit biru tak kira di sungai ataupun kolam berbayar?

Bagi Suffie memang memancing udang galah ini adalah salah satu hobi masa lapang Suffie.

Memancing udang galah ini adalah lebih mencabar kesabaran daripada memancing ikan di laut ataupun di sungai.

Memancing udang galah ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan cara yang amat teliti, jika tidak kena caranya, alamatnya balik dengan tangan yang kosong la.

Baik mancing udang galah di sungai mahupun di kolam berbayar, caranya tetap sama.

Walaupun mata kail pancing sudah di pagut atau dimakan si udang galah, itu belum tentu hampa dapat daratkan di sepit biru. Kerana permulaan pertama si sepit biru hanya menyepit mata kail yang mempunyai umpan dan tidak memakan umpan tersebut lagi.

Jom Suffie kongsikan sedikit cara untuk menjinakkan udang di kolam pancing udang berbayar.

Langkah pertama :-
~Pilih pancing yang baik dan mempunyai mata kail yang bengkok ke sisi dan bukanya bengkok lurus mata kail. Pilih umpan yang terbaik seperti umpun-umpun atau hati/pedal ayam.

Langkah kedua :-
~Ukur paras kedalaman air di dalam kolam samada menggunakan pancing atau kayu yang disediakan.
~Pastikan mata kail dan pelampung mengikut ke dalaman air dan tidak melebihi ke dalaman air. Ini adalah untuk memudahkan hampa tahu bila udang sudah makan umpan.

Langkah ketiga :- 
~Letak umpan secukupnya di mata kail agar udang dapat bau hanyir umpan yang hampa pakai.
~Mula memancing dan pastikan hampa letak mata kail hampa di tempat yang oksigen naik atau di tempat yng hampa rasa ada udang.

Langkah keempat :-
~Jika pelampung hampa sudah tenggelam, jangan panik atau rentap pancing hampa macam mancing ikan.
~Caranya, bagi cekang/tegang tali pancing hampa dan perlahan-lahan tarik pancing hampa dengan hati-hati.

Langkah lima :-
~Semasa proses menarik tali pancing hampa dan terasa rentapan pertama oleh udang, biarkan dan terus tarik pelanhan-lahan.
~Jika terasa rentapan kali kedua dan terus di rentap-rentap oleh udang galah, itu tandanya udang galah sudah terkena mata kail dan hampa boleh terus angkat udang galah tersebut kedarat.

*Tips ini juga diguna pakai sesama memancing udang di sungai. Cuma bezanya hampa tak boleh ukur kedalaman air la. Hampa perlu gunakan batu ladung dan tak boleh guna pelampung macam hampa guna untuk pancing udang galah di kolam.

Suffie kongsikan sedikit gambar-gambar hasil sang sepit biru yang Suffie berjaya daratkan :-





Udang galah atau sang sepit biru ini sedap dimasak dengan pelbagai cara. Antaranya masak tomyam, masak pedas, goreng kunyit, bakar dan macam-macam lagi masakkan. Bagi Suffie, Suffie suka masak si sepit biru ini dengan meggi, memang terangkat. 

Tapi sekarang Suffie dah tak boleh nak makan udang. Kalau Suffie makan jugak udang, padah akan menimpa Suffie. Kulit Suffie akan naik gatal-gatal dan alegik yang amat teruk. Jadi Suffie terpaksa lupakan makan udang galah mahupun udang laut.

#Meggi Udang Galah.

#Udang Galah Masak Pedas.

#Tomyam Udang Galah.

#Suffie nak ingatkan kepada hampa semua. Dalam apa jua yang kita lakukan, satu saja Suffie nak pesan kat hampa. Jangan lupa akan tanggungjawab hampa semua dekat Yang Maha Esa. InsyaAllah rezeki hampa akan bertambah-tambah.

13 comments:

Titanickaram said...

Teringin utk memancing udang galah kali pertama. Dkt kolam tokey hanya sediakan joran berpelampung tanpa mesin. Tentang Langkah keempat :-
~Caranya, bagi cekang/tegang tali pancing hampa dan perlahan-lahan tarik pancing hampa dengan hati-hati.

Tarik tali perlahan-lahan ke kiri/kanan. Atau tarik ketas ya? Terima kasih

Mr Suffie said...

Apabila pelampung mula tengelam, itu bermakna umpan sedang dibawa lari oleh sang udang dan belum dimakan lg hanya disepit shj..
Tarik tali perlahan2 sehingga tali tegang@cekang ke atas.
Biarkan seketika sehingga mendpt sentapan pertama dari sang udang..
Apabila mendpt sentapan yg kedua dr sang udang bermana anda boleh terus angkat sang udang keluar dr air @kolam..

Tips: Sentiasa pastikan tali tegang @cekang apabila pelampung mula tenggelam.. pastikan bahawa mata kail yg digunakan adalah bengkok sedikit ke sisi kiri @kanan untuk mudah mendapat udang..

Selamat mencuba..

amycozzo said...

Btol tu..kalu x kne caranya mmg byk yg trlepas..ada byk lg trik sy dpt spanjang prmerhatian & pnglaman mmncing udang.kalu ada masa akn sy kgsikan di blog sy..

Mr.suffie said...

Terima kasih sahabat amy cozzo..

Unknown said...

terimakasih infonya

https://tokoaquatic.com

Jiwa Kamikaze said...

Kemah sufie

Unknown said...

Tq for info sipo,terbaik..kite baru nak berjinak2 pancing udang kolam ni...nak tanya sikit,udang ni ada masa die ke galak nk makan,maksudnya pagi,petang @ malam,dari pukul brapa ke brapa??

Mat said...

Salam..mata kail Dan pelampong saiz apa sesuai

Mr Suffie said...

Terima kasih

Mr Suffie said...

Alhamdulillah

Mr Suffie said...

Wasalam.. Mata kail jika boleh yg paling kecil dan penting bukan mata kail yg lurus, cari mata kail yg warna gelap dan bengkok ke sisi sedikit..
Ikatan mata kail pula biarlah tidak terlalu besar di mata kail.. Biar kecil ikatannya..

Mr Suffie said...

Terima kasih.. Untuk memancing udang kita perlu juga lihat pada faktor cuaca dan keadaan kolam..
Udang paling galak pada waktu cuaca yg panas, maksudnya air di dalam kolam tidak terlalu sejuk kerana pada waktu air sejuk udang kurang bergerak aktif dan susah untuk dapatkan udang..
Jika air sejuk atau cuaca hujan dan malam, perlu rajin untuk ubah-ubah kedudukkan tempat memancing, jangan duduk satu tempat sahaja dan perlu ubah2 tempat..
Ukuran mata kail dan pelempung jangan terlalu labuh, jika bolwh biarlah sama tinggi dengan air..

Mr Suffie said...

Saiz pelampung saya akan gunakan saiz yg sederhana 6 atau 7..pelampung yg ada batang, bulqn pelampung yg bulat..