BELANGKAS BAKAR...

Assalammualaikum...


#Belangkas Yang Sedang Dibakar.

Siapa pernah makan belangkas bakar...?

Petang nie mak sedara Suffie bawak balik belangkas hidup-hidup dua ekor.

Belangkas nie kalau orang tak reti dia akan ambik belangkas yang jantan. Padahal belangkas betina yang ada telur dah sedap dimakan.

Macam mana nak kenal pasti belangkas betina dan belangkas jantan ?

Belangkas akan bergerak sepasang. Belangkas di depan adalah betina dan yang belakang adalah jantan. Ambil belangkas yang betina sahaja dan buang kembali dalam laut belangkas jantan.

Belangkas nie sedap jika dibakar dengan arang seperti BBQ.



#Telur Belangkas Yang Berwarna Hijau Dan Bulat-Bulat Sedap Dimakan.

Belangkas juga sekarang popular dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Antaranya belangkas masak pedas, rebus sup dan pelbagai lagi.

Bagi yang tidak tahan dengan isi belangkas, jangan makan isi putih-putih yang ada bersama telur belangkas. Sebab ada orang sakit perut dan pening sebab tak tahan dengan isi belangkas. Jadi makan telur belangkas sahaja.

#Suffie nak pesan sikit. Nak makan apa pun boleh, tapi jangan sampai terlebih makan atau makan sehingga membazir kembali. Kerana membazir itu amalan syaitan.

No comments: