KENAPA PERLUNYA KEM JATI DIRI???

Assalammualaikum...
#Antara peserta kem bersama fasilitator.

Tentu semua pernah dengar mengenai kem jati diri atau kem-kem motivasi yang sering kali di lakukan kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun pekerja di sektor awam dan swasta. Apa kelebihan kem-kem ini yang merupakan acara wajib bagi setiap tahun untuk pelajar-pelajar sekolah.???

Sebelum itu Suffie merupakan salah seorang yang melakukan kem-kem motivasi di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Suffie bernaung di bawah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Suffie merupakan EXCO GPMS Negeri Pulau Pinang, Bendahari GPMS Daerah SPU dan YDP Cawangan Sungai Dua, Butterworth.

Pentingnya kem-kem motivasi ini adalah kerana di dalam kem ini kita dapat membentuk pelajar-pelajar ini dari kenal siapa diri meraka, mempunyai keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah mahupun berdepan dengan orang ramai, membuka fikiran meraka untuk berfikir di luar kotak dan yang paling penting membentuk salsiah pelajar itu untuk menghormati ibu bapa mereka, guru mereka dan orang0orang yang di sekeliling mereka.

Modul di dalam kem motivasi yang di lakukan adalah berdasarkan peringkat umur mereka, kenakalan mereka, ataupun dari kalangan manakah pelajar ini di sekolah. Contohnya, pelajar yang bermasalah, pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri, pelajar yang mahu menduduki peperiksaan dan lain-lain lagi.

Modul pula tidak ditumpukan kepada satu modul sahaja, malah akan ada modul altenatif mengikut keaadan tempat, cuaca dan fizikal pelajar.

Suffie nak kongsikan sedikit mengenai satu kem yang Suffie di beri tanggungjawab untuk menyelaras kem motivasi untuk salah sebuah sekolah di SPU. Sekolah tersebut adalah Sekolah Sri Muda, Penaga yang agak terkenal dengan kenakalan pelajarnya yang me;ibatkan jenayah berat seperti dadah, pukul dan mencuri. Kebetulan pula pelajar-pelajar yang di hantar untuk mengikuti kem ini adalah pelajar yang mempunyai masalah yang berat atau dalam bahasa lembutnya pelajar paling nakal di sekolah tersebut.

Kem motivasi ini dilakukan di sebuah kem yang berada dalam kawasan hutan yang terletak di Yan, Kedah. Kem tersebut dikenali sebagai Kem Nur Hijrah yang mempunyai kawasan yang luas dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan termasuk aktiviti di darat dan di dalam air. Seramai 50 orang pelajar lelaki yang terlibat di dalam kem motivasi tersebut yang di beri tajuk sebagai SAHABAT (Skuad Hasil Bimbingan Dan Tarbiah Peringkat Seberang Perai Utara, Pulau Pinang). Dengan kekuatan fasilitator seramai 15 orang yang terdiri daripada ahli GPMS Seberang Perai Utara.

Modul yang dirangcang juga berubah daripada modul asal kerana pelajar-pelajar yang mengikuti kem ini amat nakal dari luar jangkaan semua fasiitator yang terlibat. Dari modul yang tidak keras terpaksa ditukar kepada modul yang keras untuk meletihkan pelajar tersebut.

Modul ceramah jati diri dan kesearan tetap diteruskan seperti biasa di sebelah pagi dan malam, akan tetapi modul berbentuk aktiviti keyakinan diri di tambah menjadi lebih panjang dan memenatkan.

Bayangkan nakalnya pelajar ini, sebelum berangkat ke lokasi kem. Guru-guru pengiring sudahpun melakukan pemeriksaan kepada pelajar tersebut dan didapati sebungkus beg plastik besar di penuhi dengan rokok dan pemetik api. Setibanya di kem para fasilitator melakukan pemeriksaan sekali lagi dan mendapati masih ada rokok dan pemetik api yang berjaya di sembunyikan dari pemeriksaan guru mereka.

Bermacam-macam aktiviti likaukan kepada mereka sehinggalah sampai ke denda kerana tidak tidur pada waktu yang ditetapkan dengan membuat bising dan ingkar arahan. Mereka di denda dengan di masukkan ke dalam sungai dengan pakaian tidur mereka tanpa di tukar sehingga mereka betul-betul mengaku kalah tidak mahu lakukan kesalahan lagi.

Antara kejayaan dalam kem motivasi ini adalah ramai dikalangan pelajar ini dari biadap kepada guru mereka sudah tidak bersikap biadap lagi dan ada pelajar yang bakal dibuang sekolah di masukkan kembali ke sekolah kerana pelajar tersebut merayu memohon dari pihak GPMS SPU untuk memujuk pihak sekolah dari tidak membuang pelajar terus kerana pelajar tersebut mahu menduduki peperiksaan SPM. Dari memantauan dari semasa ke semasa GPMS SPU terhadap pelajar-pelajar yag mengikuti kem tersebut kebanyakkan mereka sudah berubah 80 % untuk terus belajar dan menghormati guru-guru meraka.

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar kenangan Suffie bersama sahabat GPMS SPU dalam menjayakan Kem Motivasi terhadap pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga.

1. Gambar semasa pelajar sedag berkumpul di SMK Sri Muda, Penaga untuk menaiki bas ke tapak Ken Nur Hijrah Yan, Kedah.











2. Sebahagian daripada fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli GPMS SPU. Mereka sanggup tinggalkan family demi panggilan untuk membentuk anak bangsa mereka.


















3. Spot-chek kali ke-2 selepas sampai di tapak kem. Merampas telefon bimbit dan rokok yang di sembunyikan oleh pelajar.










4. Motivasi kesedaran diri mengenai jati diri dan pentingnya agama Islam Oleh Ustaz Azhar daripada PERDA. Selama 2 hari berturut-turut Ustaz Azhar bersama-sama menyampaikan motivasi yang berguna kepada pelajar.






3. Motivasi kesedaran bahayanya dadah oleh wakil daripada Agensi Anti Dadah Malaysia Dan Wakil Biro Tatanegara menyampaikan motivasi kesedaran diri terhadap masa depan yang bakal dicorak oleh pelajar masa kini.






4. Ice-Breaking yang di kendalikan oleh para fasilitator.







5. Sesi senaman setiap pagi oleh fasilitator.







6. Sesi aktiviti lasak berjalan kaki dari kem ke tempat mandi di air terjun Yan Kecik.













7. Aktiviti lasak tutup mata pada waktu siang dengan berjalan mengikut arahan fasilitator di darat dan juga merentasi aliran air sungai dengan rintangan yang di sediakan.








































8. Aktiviti seram di sebelah malam yang libatkan kawasan hutan yang gelap dan seram. Peserta di lepaskan seorang demi seorang ke dalam hutan dengan hanya berpandukan tali yang menuju ke dalam hutan dengan panjang tali hampir sampai ke 1km. Mata peserta juga ditutup dengan menggunakan kain dan untuk keselamatan para peserta, ada fasilitator yang menungunggu di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkan peserta terlepas dari tali dan sesat di dalam hutan yang gelap.




















Walau bagaimanapun, kem motivasi ini hanyalah perkara asas yang dilakukan untuk membentuk seseorang individu itu. Dalam pembentukan individu itu datangnya dari diri sendiri, jika diri sendiri tidak mahu tolong diri sendiri, maka tidak guna jika masuk ke kem motivasi seribu kali pun. Kesedaran diri sendiri itu penting.

#Kesimpulannya setiap manusia perlu ada motivasi untuk diri sendiri untuk terus berjaya. Orang lain hanya dapat memberi semangat, yang selebihnya datang dari diri sendiri.

2 comments:

abg long jerlun said...

Boleh bg no phone utk kem bulan 12 2018 ini tak

Mr Suffie said...

Kem boleh lihat di google, banyak kem yg ada di Yan Kedah