KEMATIAN

Assalamualaikum kepada semua sahabat Suffie yang dah lama jari-jemari ini tidak menaip di ruangan blog Suffie ini. Yang penting Suffie doakan semua di dalam keadaan yang sihat-sihat di hari-hari yang mendatang.



Firman Allah سبحانه وتعالى:

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Rasulullah  diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah سبحانه وتعالى.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah سبحانه وتعالى.

KEMATIAN
Pada kali ini Suffie terpanggil untuk menulis dan berkongsi sedikit sebanyak mengenai hari kematian kita kelak, kerana sejak akhir-akhir ini banyak Suffie dengar tazkirah mengenai KEMATIAN.

Setiap manusia pasti dan pasti akan menghembuskan nafas yang terakhir pada hari dan masa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta. Semua itu akan menjadi tanda tanya bagi setiap manusia yang takut akan hari KEMATIAN mereka, tetapi tanda tanya itu tidak akan menjadi kerisauan bagi manusia yang hanya mengejar kenikmatan dunia sahaja.

Sedarlah bahawa kita ini hanya makhluk yang hanya diciptakan untuk menjalankan tanggungjawab dan perintah Maha Pencipta kita di muka bumi ini. Janganlah kita lalai dengan nikmat yang diberikan di atas muka bumi ini, kerana apa yang kita ada di atas muka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Pernahkah kita terfikir bagaimana dan di mana kita akan MATI nanti..??

Adakah keadaan kematian kita itu dalam keadaan yang baik atau di sebaliknya.

Bagi Suffie biarlah kita mati dalam keadaan yang baik dan dalam kalimah Lailahailallah dan segala amalan kita semasa hayat kita di muka bumi ini akan diterima. Dalam doa Suffie biarlah Suffie menghadap Maha Pencipta di dalam keadaan Suffie sedang sujud di dalam solat.

Suffie bukan nak cakap yang Suffie ini baik dan cukup amal ibadah solat lima waktu sehari semalam, akan tetapi Suffie hanya mahu menimbulkan kesedaran buat diri Suffie dan sahabat semua.

Yang penting biarlah kita sama-sama beringt tentang hari kematian kita kelak. Ini adalah salah satu dakwah untuk kita ingat-mengingati sesama kita tentang hari kematian kita.

Suffie kongsikan saat-saat kematian kita bermula dari hari Ke-100 sebelum kematian sehinggalah di hari KEMATIAN.

TANDA-TANDA KEMATIAN


Menurut pandangan ulama’ berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:
.
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah سبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda matimaka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
.
.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.
Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..

.
Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.
.
.
Tanda 5 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.
.
.
Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.
.
.
Tanda 2 hari sebelum hari mati.
Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi.
Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan..
.
Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar  hari berikutnya.
Rasulullah  ketika menghadapi sakaratul-maut, Baginda mencelupkan jari ke dalam gelas berisi air berhampiran Baginda lalu diusapkan ke wajah sambil berdoa:
doa nazak.
.
 Tanda akhir.
Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Rasulullah bersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)


Kesimpulan Tanda Mati

.
Bertaqwa dan berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diberi kesedaran dan kepekaan terhadap tanda-tanda mati ini. Supaya kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى mahupun dari sesama manusia dari segala dosa dan urusan hutang piutang.
.
Rasulullah bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)
.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah سبحانه وتعالى semata-mata. Oleh itu hendaklah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga diberi hidayah dan petunjuk oleh Allahسبحانه وتعالى, kelapangan masa, kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah 
سبحانه وتعالى dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

#Kita ini hanya makhluk ciptaan Allah swt yang di tugaskan atau hanya menjalankan tanggungjawap dan beribadat kepada Allah swt dengan berpandukan Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Biarlah sehebat mana pun kita di atas muka bumi ini kita tetap akan kembali menghadap Maha Pencipta dan di kebumikan hanya dengan kain kafan putih dan berkerandakan kayu. Tinggallah kekayaan, kemewahan, pangkat dan darjat, anak isteri dan keluarga, kenalan dan semua yang kita ada di muka bumi ini. INGAT MATI ITU PASTI...!!!

TANAM POKOK BUNGA, TENANGKAN JIWA DAN FIKIRAN.

Assalammualaikum sahabat semua.

Hari-hari cuti macam nie hampa semua buat apa..?

Mesti ada yang masih bekerja setengah hari atau sedang beristirehat di rumah bersama insan-insan yang tercinta setelah penat bekerja dari awal isnin sehinggalah hari ini.

Bagi Suffie pulak, hari-hari cuti macam nie kalau tak ada job photographer Suffie suka berrehat di rumah sambil tenangkan jiwa dan fikiran Suffie dengan ditemani pokok-pokok bunga Suffie.

#Laman hadapan rumah Suffie.

Suffie tanam pokok bunga tak la banyak sangat, adalah dalam 3 4 jenis pokok yang Suffie tanam di halaman rumah Suffie.

Atara pokok Suffie tanam adalah pokok kemboja cina, pokok ros jepun atau lebih dikenai sebagai kembang pagi, pokok orkid, pokok ros dan lain-lain.

Suffie akan susun pokok bunga Suffie agar nampak kemas dan cantik di pandang. Malah Suffie akan jaga pokok Suffie agar tidak layu akibat kekurangan air atau di makan oleh serangga perosak.

#Sebahagian pokok-pokok hiasan Suffie.

Tanam pokok ini pun ada petua orang-orang lama, jika pokok itu ditanam tumbuh dengan subur, maka tangan si penanam adalah tangan sejuk. Jika pokok ditanam susah hidup atau mati, maka tangan si penanam adalah panas.

Nak jaga pokok nie bukan la susah sangat, cuma kena rajin sikit saja. Pokok nie macam manausia juga, jika dijaga dengan baik, maka eloklah pokok itu akan tumbuh.

Bagi Suffie, Suffie suka jaga pokok tue biarlah sehingga berbunga dengan baik dan nampak cantik bila dipandang.

#Dari pandangan sudut hadapan.

Pokok perlu disiram 2 kali sehari jika mahukan kelembapan yang berpanjangan pada cuaca yang panas terik. Jika cuaca hujan tidak perlulah kerap disiram, cukup hanya sekadar sekali sehari sahaja. Elakkan daripada siram terus ke daunnya pada waktu panas terik kerana ini akan menyebabkan daun pokok akan layu dan boleh rosak atau mati. Kerana pada waktu ini pokok bunga sedang menjalani proses fotosintisis iaitu proses membuat pemakanan untuk pokok tersebut.

Jika mahukan kesuburan yang berpanjangan pokok itu seharusnya di baja atau digemburkan tanahnya agar tanah tersebut akan sentiasa baik untuk akar pokok itu bergerak dalam proses fotosintisis.

#Dibahagia hadapan rumah Suffie.

Yang paling penting jangan biarkan di sekeliling pokok tersebut semak dengan tumbuhan liar yang lain kerana ini akan membuatkan pokok asal terbantut dengan persaingan membuat proses fotosintisis.

Dahan-dahan atau daun yang mati seharusnya di buang atau dikerat dengan rapi dalam menjaga keindahan pokok tersebut.

Jaga pokok ini tidaklah susah, malah dengan menanam pokok hiasan ini hampa semua akan menjalani satu proses senaman yang tanpa sengaja dan anda akan berpeluh seperti mana hampa semua bersenam.

Kepuasan yang hampa akan dapat apabila pokok anda berbunga dengan banyak dan kelihatan sangat cantik. Hampa semua akan lebih puas jika pokok hampa itu dipuji oleh orang lain dan ada yang mahu membeli pokok hiasan anda.

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak jenis-jenis pokok yang Suffie tanam :-

1.) Pokok Bunga Ros Merah,



2.) Pokok Bunga Kemboja Cina.



3.) Pokok Bunga Orkid.



4.) Pokok Bunga Ros Jepun @ Kembang Pagi.

#Oren.

#Pink + Putih.

#Merah Hati.

#Pink.

#Kuning.

#Purple Terang.

#Pink Purple.

#Putih.








5.) Kemmbang Pagi @ Ros Jepun Jenis Selapis.




#Tanam pokok ini adalah ujian bagi kita dalam menjadi manusia yang sabar dan menjadi manusia yang berpegan dengan apa yang di lakukan itu sehingga berjaya. Bukan lakukan sesuatu itu sekerat jalan sahaja, tapi lakukan dengan bersungguh-sungguh. Macam tanam pokok bunga hiasan, semua orang boleh tanam, akan tetapi nak menjaga pokok bunga itu tak semua orang mampu lakukan.

PERISTIWA IBADAH QURBAN

Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog Suffie...

#Sekadar gambar hiasan.

Di hari Jumaat yang indah ini dan merupakan penghulu segala hari. Suffie hendak kongsikan sedikit apa yang Suffie dengar dan faham mengenai Khutbah Jumaat pada hari ini yang menceritakan mengenai peristiwa qurban.

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

#Sekadar Gambar Hiasan.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya:

"Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk
disembelih.

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga
ada yang mengatakan: 

"Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila
hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya.
Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: 

"Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik
untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah
tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama
Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah
SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada
Allah SWT.

Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah
demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar
kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.

Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. 

Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang
terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam
kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan: 

"Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

#Sekadar Gambar Hiasan. 

#Suffie harap kita semua mendapat pengajaran yang dengan peristiwa qurban yang kita baca. Jadikanlah pengajaran yang baik buat diri kita dan ceritakanlah apa yang kita faham kepada sesiapa sahaja. InsyaAllah semoga kita mendapat keinsafan dengan apa yang kita baca.

SUNSET

Assalamualaikum semua.

Kali nie Suffie malas nak taip banyak-banyak juz nak kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar permandangan SUNSET di tepi pantai.

Permandangan Sunset nie SUffie ambik di Bagan Belat atau lebih dikenali sebagai Pantai Bersih, Bagan Di Butterworth.

Sunset nie Suffie ambik dah lama, tapi tak pernah nak kongsikan. Bukan tak mau nak kongsikan, tapi Suffie terlupa nak kongsikan.

Permandangan Sunset nie Suffie ambik dengan mengunakan DSLR Canon kepunyai Suffie sendiri dalam lingkungan pukul 7 petang dekat-dekat nak masuk waktu solat Magrib dah.

Kalau-kalau hampa semua nampak benda-benda yang bukan jangan terkejut pulak tau, sebab Suffie sendiri pun tak nampak apa-apa yang pelik. Mana nak tau hampa nampak ada entiti dalam gambar-gambar Suffie nie.

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak gambar sunset yang Suffie ambik suatu ketika dahulu, bunyi macam dah la, padahal Suffie ambik awai tahu hari tue.































#Apabila sesuatu yang kita lihat itu adalah kekuasaan Allah SWT, maka kita wajib menyukuri dan mengagungkan kebesaran Yang Maha Esa. Keindahan yang kita kecapi ini adalah keindah sementara dan pinjaman daripada Allah SWT sahaja. Keindahan yang kekal adalah keindahan di dalam SYURGA ALLAH kelak. InsyaAllah kita pasti menjadi penghuni syurga-Nya nanti. Jika kita tidak lupa akan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Ameen.


KEMERDEKAAN

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan Suffie yang beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada semua kawan-kawan Suffie yang bukan beragama Islam.

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

KEMERDEKAAN...!!!

Apa yang hampa semua tahu tentang KEMERDEKAAN...???

Bagi orang-orang lama Suffie tak risau sangat kefahaman mereka mengenai erti kemerdekaan sebab mereka adalah sebahagian daripada perjuang-perjuang kemerdekaan yang sanggup tumpah darah demi kemerdekaan tanah air Malaysia.

Bagi anak-anak muda zaman sekarang ini, adalah mereka faham kepada erti kemerdekaan.?
Adakah mereka tahu apa itu kemerdekaan.?

Suffie rasa jika di sekolah tidak diajar matapelajaran Sejarah, meraka langsung tidak tahu dan tidak mahu ambik tahu apa itu kemerdekaan. Silap-silap makna di jalur gemilang pun mereka tidak tahu.

Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka

Kita sebagai rakyat Malaysia WAJIB ambil tahu mengenai kemerdekaan yang kita rasai selama ini dan kita WAJIB ambil tahu apa yang berlaku sebelum KEMERDEKAAN.

KEMERDEKAAN ini bermaksud tanah air kita bebas daripada campur tangan kuasa-kuasa asing dan ditadbir oleh rakyat Malaysia sendiri. Bebas daripada sebarang jajahan tentera luar dan kuasa asing. Bebas daripada fikiran yang dijajah oleh perkara-perkara yang buruk yang boleh menjatuhkan tanah air kita.

Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.

Suffie rasa setiap ahli keluarga kita terdahulu pernah berjuang di dalam mendapatkan kemerdekaan di zaman sebelum Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan British dan Komunis.

Bagi Suffie pula, Suffie mempunyai seorang tokwan yang masih bernyawa sehingga ke hari ini dan merupakan Polis Simpanan di zaman penjajahan British dahulu.
Walaupun Tokwa Suffie bukan polis atau askar yang berada di barisan hadapan menentang komunis, namun peranan Polis Simpanan British juga besar di dalam menjaga kemanan di dalam kampung sewaktu itu. Mereka akan berkawal dengan di bekalkan senjata api di sekitar kampung mereka dan jika terpaksa dikerahkan masuk ke dalam hutan mereka juga akan masuk kedalam hutan untuk menentang komunis pada waktu itu. Suffie amat bangga kerana mempunyai keturunan yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air Malaysia.

#Ini adalah tokwan Suffie yang pernah berjasa pada suatu ketika dulu di dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Air kita dahulu. Ismail Bin Hashim atau Lebih mesra dikenali sebagai Pak Harun.

Kita kena sedar bahawa zaman komunis dahula amat-amat kejam dengan penduduk kampung, malah ada yang akan dipancung kepala mereka kerana tidak mahu mengikut arahan mereka atau menentang komunis pada waktu itu. Dipendekkan cerita siapa yang hidup pada zaman komunis amatklah tersiksa seperti hamba abadi yang didera dan disiksa.

Orang terdahulu berjuang demi kemerdekaan, kerana mereka memikirkan kesenangan untuk anak-anak, cucu-cicit mereka pada masa hadapan.

Cuba kita lihat anak muda zaman sekarang ini, sudah hilang erti kemerdekaan mereka dengan termakan hasutan-hasutan dari luar yang mahu menjatuhkan Negara Malaysia. Cuba kita lihat anak muda sekarang ini terutamanya anak melayu, merusuh sana-sini, berpiket, berhimpun untuk mengulingkan pemimpin, melawan sistem keselamatan negara, malah ada yang sanggup menderhaka kepada Raja dan Sultan demi kesenangan pihak lain dan bukan untuk diri sendiri.

Kenapa kita perlu berhimpun dan merusuh seperti negara-negara luar sedangkan negara kita aman damai dengan bilangan kaum dan etnik yang ramai yang boleh hidup bersama di bawah satu bendera Malaysia. Janganlah kita gadaikan kemerdekaan yang sudah lama kita kecapi ini. Janganlah kita hanya pentikan diri sendiri dan terlalu terikut-ikut dengan budaya luar dan sanggup menjual negara kepada kuasa luar demi kepentingan individu.

Semangat nasionalisme dan semangat Patriotik seharusnya tertanam di dalam setiap jiwa anak muda dan rakyat Malaysia, kerana meraka pasti akan memberontak bukan untuk jatuhkan Tanah Air ini, akan tetapi memberontak untuk terus mempertahankan keamanan, kedamaian dan kemerdekaan tanah air tercinta ini.

Mahukah kita menjadi negara yang dijajah kembali...???

Mahukah kita merasai apa yang sedang dirasai oleh saudara kita di Palestin dan Syiria...???

Mahukah kita hidup susah kembali dengan dijajah kembali...???

Mahukah kita lihat anak-anak kecil dan wanita menderita...???

Mahukah kita terpaksa angkat senjata kembali demi mendapatkan kembali KEMERDEKAAN...???

Jangan berfikiran terlalu singkat dalam apa jua tindakkan kita. Jangan kita gadaikan kembali KEMERDEKAAN kita selama ini kepada kepentingan individu dan kuasa besar dunia yang hanya mahu melihat Malaysia "HANCUR" dan hilang di dalam peta dunia seperti hilangnya tanah palesti di dalam peta dunia.

Dijajah bukan sahaja bermaksud dijajah oleh kuasa-kuasa asingdi tanah air kita, tapi dijajah pemikiran juga bermaksud dijajah.

Berita Harian 1957.


Jagalah pemikiran kita agar tidak dijajah dengan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjatuhkan Malaysia. Jangan kita terikut-ikut dengan budaya luar dengan rusuhan dijalanan yang boleh memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia yang kini Malaysia merupakan negara yang paling selamat untuk dilawati dengan keindahan alam semula jadi dan kedamaian penduduknya yang berbilang kaum.

Sebagai anak Malaysia kita seharusnya menjadi individu yang bertanggungjawab di dalam keamanan Malaysia dan kita perlu pastikan bahawa keamanan, kedamaian dan yang paling penting KEMERDEKAAN TANAH AIR MALAYSIA ini akan kekal sampai bila-bila demi keselesaan anak-anak cucu cicit kita nanti pada masa hadapan.

Semperna bulan KEMERDEKAAN ini marilah kita hayati dengan penuh makna erti KEMERDEKAAN hasil daripada perjuang-perjuang tanah air kita yang terdahulu. Biarlah negara kita pernah dijajah dahulu itu sebagai satu kenangan buat kita semua dan jangan kita biarkan negara kita dijajah kembali.

Bagi mereka yang mahukan penerangan yang lebih lanjut mengenai kemerdekaan Tanah Air Malaysia ini, bolehlah terus membaca di link di bawah. Di dalam atikel tersebut menceirtakan lebih mendalam mengenai bagaimana Malaysia mendapat Kemerdekaan daripada usaha Tunku Abdul Rahman dan sabahat perjuangan beliau dan tidak lupa kepada penduduk Tanah Melayu yang berjasa di dalam perjalanan Tungku di dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu.
BACA SETERUSNYA DI SINI.

#Nasihat Suffie agar semua rakyat Malaysia bebaskan jiwa dan memikiran dari kuasa luar, jadikanlah diri hampa semua sebagai seoranag yang sayangkan tanah air bukan menjual tanah air dengan bersengkongkol dengan kuasa luar yang mahu melihat Malaysia jatuh. Merdekaanlah jiwa dan fikiran demi menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab di dalam kelangsungan KEMERDEKAAN TANAH AIR TERCINTA. Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-59.