Assalammualaikum semua sahabat Suffie.
Agaknya dah lama Suffie tidak menulis di ruangan Blog Suffie ini. Kerana agak sibuk dengan urusan peribadi dan pekerjaan Suffie.
Hari nie Suffie nak menulis sikit tentang satu Program yang dikendalikan oleh Suffie sendiri dan dibantu oleh sahabat-sahabat GPMS SPU yang sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar yang terbaik buat Suffie menjadi seorang pemimpin di dalam sesebuah organisasi.
Baru-baru ini Suffie diberi satu tugas untuk mengendalikan satu Program Perkaderan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Seberang Perai Utara ( GPMS SPU ) yag melibatkan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama.
Pada mulanya agak sukar untuk Suffie kendalikan program tersebut akibat kekanggan bajet yang amat sikit untuk melaksanakan satu program yang mahu memberi impak yang besar buat ahli-ahli baru yang mengikuti program tersebut.
Di dalam mesyuarat bersama sahabat GPMS SPU yang dilaksanakan sebelum tarikh di tetapkan, banyak jugak tempat yang dicadangkan untuk dilaksanakan Program Perkaderan tersebut. Akan tetapi seperti Suffie maklumkan daripada awal lagi, banyak kekanggan yang berlaku terutamanya dari segi bajet.
Dengan usaha yang dilakukn oleh Suffie dan sahabat GPMS SPU, setelah dipersetujui oleh sidang mesyuarat kecik satu tarikh telah ditetapkan untuk dilaksanakan program tersebut. Pemilihan tempat di Langkawi adalah pemilihan yang terakhir berdasarkan bajet yang GPMS SPU miliki dan kosnya yang amat murah.
Pada 5, 6 & 7 Mei 2017 berlangsungnya Program Perkaderan GPMS SPU di Langkawi. 5 Mei 2017 Jam 7.00 pagi kesemua peserta Program Perkaderan GPMS SPU bertolak dari Sungai Dua, Butterworth ke jeti Kuala Perlis dengan menaiki bas. Lebih kurang jam 10.00 pagi kesemua peserta program tiba di jeti Kuala Perlis dan terus menunggu untuk menaiki feri pada jam 11.00 pagi.
Setibanya di Langkawi pada jam 12.00 tengah hari kesemua peserta program terus bergerak ke tempat penginapan di Charlie Motel Jalan Pantai Tengah, Pantai Chenang. Peserta lelaki terus menunaikan solat Jumaat di masjid yang berdekatan dan peserta perempuan terus masuk ke bilik untuk berehat buat seketika.
Pada Jam 4.30 Petang bermulah Sesi Pertama Program Perkaderan tersebut, dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Suffie sendiri untuk mengeratkan lagi ikatan ukwah sesama ahli baru dan ahli lama.
Suffie sendiri yang kendalikan sesi ice breaking dengan 3 game yang agak menarik yang lebih menimbulkan sifat bekerjasama dan kepercayaan terhadap setiap ahli GPMS SPU.
Game yang pertama adalah game "Rungkaian Lilitan Berantai Dalam Keadaan Buta". Yang dimainkan di dalam kumpuan yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan.
Caranya adalah dengan mengikat tangan kanan pada setiap peserta dan di tengah-tengah akan di lilitkan tali tersebut dengan lilitan yang mampu dibuka dan bukannya ikatan. Mata setiap peserta akan ditutup. Setiap kumpulan akan merungkai lilitan tersebut dalam keadaan yang buta tanpa membuka ikatan di tangan kanan tersebut.
Game ini adalah untuk menunjukkan bagaimana setiap pasangan itu akan bersama tampat terlilit dengan pasangan yang lain. Kerjasama yang kuat diperlukan dan setiap pasangan tersebut tidak tahu siapakah pasangan meraka sehingga mereka selesai merungkaikan kesemua lilitan tersebut.
Game yang kedua adalah game "Pisahkan Silangan Tali". Game ini dimainkan olah 2 orang peserta yang dimainkan dalam keadaan berpasangan.
Game ini lebih kurang sama seperti game yang pertama, cuma bezanya dimainkan dalam keadaan berpasangan dan perlu pisahkan silangan tali dalam keadaan tidak membuka kedua-dua ikatan di pergelagan tangan dan tanpa memutuskan tali.
Game ini memerlukan pemikiran dan skill yang tinggi untuk memisahkan tali tersebut tanpa memutuskan dan membukan kedua-dua ikatan tali,
Agak melucukan juga game ini kerana masing-masing berusaha untuk melepaskan silangan tali sampaikan ada yang berpusing-pusing badan antara satu sama lain untuk melepaskan silangan tali tersebut. Sampai ada yang letih dan berputus asa disebabkan tidak mampu untuk pisahkan silangan tali tersebut.
Game yang ketiga adalah "Memperkenalkan Diri". Ini adalah game yang biasa dilakukan bagi setiap program. Setiap ahli lama dan baru diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing supaya setiap ahli baru dan lama lebih rapat dan mengenali di antara satu sama lain.
Selesai Sesi Ice Breaking kesemua peserta di beri ruang untuk melakukan aktiviti santai di tepi pantai dengan menaiki banana bot dan mandi laut.
Pada Jam 8.30 malam satu mesyuarat "Seketeriat Pusat Kecemerlangan Tasek Gelugor" dilaksanakan untuk membincangkan hala tuju dan bagaimana perlaksanaan Pusat Kecemerlangan Tasek Gelugor itu bakal dilaksanakan.
3 Kadun akan berjalan secara serentak untuk program pusat kecemerlanga tersebut dan tertumpu kepada pelajar-pelajar yang bakal memduduki peperiksaan PT3 dan SPM.
Ini merupakan program yang baik buat GPMS SPU di dalam membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalam di dalam pelajaran. walaupun agak terlambat bagi tahun ini, akan tetapi GPMS SPU tetap akan melaksankan dengan sesi-sesi ulangkaji dan memberi motivasi dalam menaikkan lagi semangat para pelajar agar terus semangat di dalam menempuh alam peperiksaan.
6 Mei 2017 - Aktiviti peserta GPMS SPU diteruskan dengan aktiviti "Kepercayaan Antara Peserta". Aktiviti ini dijalankan dengan memberikan nilai wang kepada peserta lelaki dan peserta perempuan dengan nilai yang berbeza. Setiap peserta perlu mencari peserta yang lain untuk mencukupi nilai wang yang diberikan. Peserta akhir yang tidak mendapat melengkapkan nilai yang diberi akan di beri denda termasuklag Suffie sendiri dikenakan denda untuk menyanyikan lagu GPMS.
Selepas selesai aktiviti tersebut kesemua peserta begerak ke aktiviti Island Hopping ke tiga pulau dengan menaiki 2 buah bot. Aktiviti ini adalah untuk menghilangkan rasa takut dengan air dan merupakan aktiviti santai yang diberikan oleh pihak pengurusan Program Perkaderan GPMS SPU buat para peserta perkaderan dalam merapatkan lagi hubungan sesama ahli-ahli GPMS.
Jam 9.00 malam kesemua peserta berkumpul untuk mendengar sedikit ucapan daripada Saudara Mahazan Md Isa, Timbalan Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang merangkap Penyelaras Daerah GPMS SPU tentang "Peranan Belia dan Masa Depan Belia".
Setelah selesai kesemua peserta diberi peluang untuk shopping di jualan gerai di sepanjang Jalan Pantai Chenang.
7 Mei 2017 - Ucapan penutup Program Perkaderan GPMS SPU oleh Saudara Mahazan Md Isa dan Suffie sendiri sebelum kesemua peserta bertolak balik ke Pulau Pinang.
Alhamdulillah selesai Satu tanggungjawab yang besar yang diberikan kepada Suffie untuk kendalikan Program Perkaderan GPMS SPU. Semoga semuanya dapat menerima ilmu yang berguna dan terus menjadi belia yang berwawasan.
Antara Gambar-gambar aktiviti santai para peserta sepanjang di Langkawi.
#Suffie bersyukur kerana tak semua orang mampu diberi peluang untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. Setiap kepercayaan yang kita dapat haruslah digenggan dengan baik agar kepercayaan itu akan terus kekal selamanya.