Terlebih dahulu Suffie nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmad daripada Allah SWT.. Semoga kita semua memperoleh keberkatan daripada-Nya..
#Buah Kurma Atau Buah Tamar.
Hari nie Suffie nak kongsikan sikit mengenai kepelbagain kurma atau buah tamar yang ada di dalam pasaran..
Diantaranya adalah :-
1.Kurma Nabi/ Ajwa
Kurma ini berasal dari tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis
2. Kurma Sekki
Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.
3. Kurma Barhi
Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.
4. Kurma Kholas
Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.
5. Kurma Khidri
Kurma Khidri berwarna merah merun gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.
6. Kurma Mactoumi
Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.
7. Kurma Sokari
Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.
8. Kurma Siraj
Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.
9. Kurma Majol
Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.
10. Kurma Monief
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
Sunnah Nabi Muhammad saw semasa berbuka semasa di bulan ramadhan..
Berkatnya berbuka puasa dengan didahulukan dengan sekurang-kurangnya 3 biji buah tamar.. Jika tidak mempunyai buah tamar, sebaik-baiknya berbuka dengan segelas air kosong..
Kerana buah tamar adalah buah yang memberikan tenaga yang cepat kepada tubuh badan setelah seharian berpuasa..
Nabi Muhammad SAW juga berpesan bahawa berbuka puasa dahulu sebelum menunaikan solat magrib..
Hikmah berpuasa adalah mengurangkan makan, minum dan melebihkan ibadat di bulan ramadhan..
Peringatan: Seeloknya dikopek biji untuk memastikan tiada bubuk/bendasing di bahagian dalam buah, dibasuh luar dalam, sebelum memakan.
#Walau apa yang kita lakukan, biarlah kita lakukan dengan mendapat keredhaan daripada Yang Maha Esa. Selagi kita ingat akan Yang Maha Mencipta, selqgi itulah Allah SWT akan terus ingat dan memberi Rahmat-Nya kepada kita. Ambiklah peluang di dalam bulan Ramadhan ini untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang kita sendiri tak terjangka.
No comments:
Post a Comment