SAKIT KEPALA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca di ruangan blog Mr. Suffie.. 

Hari ini Mr. Suffie mahu kongsikan sedikit mengenai sakit kepala yang sering kita hadapi mahupun sakit kepala biasa ataupun sakit kepala yang serius.. 

#Sekadar gambar hiasan. 

Banyak orang mengalami sakit kepala dalam keadaan yang kerap. Tidak sedikit pun antara kita tahu dan kenapa terjadinya sakit kepala. 
Padahal, ada banyak jenis sakit kepala dan penyebabnya. Penyebab sakit kepala yang kita alami ternyata berbeza-beza antara satu sama lain mengikut keadaan kesihatan masing-masing. 
Dokter Luke Powles, Kepala Dokter di Klinik Kesihatan Bupa, di London Inggris, cuba menjelaskannya, seperti dikutip dari laman Cosmopolitan.co.uk. 

1. Sakit kepala tegang (tension headache)
Tension headache adalah jenis sakit kepala yang paling sering dialami. Mereka yang mengalaminya akan merasakan sakit kepala di kedua bagian kepala, belakang mata atau terkadang leher.
"Banyak pula yang merasa kepalanya seperti diikat," kata Powles.
Tipe sakit kepala ini bisa terjadi kerana beberapa hal, seperti stres, kurang tidur, atau lapar.
Untuk menghilangkannya, banyak orang akan menggunakan ubat tahan sakit (painkiller).
Namun sebenarnya ada hal lainnya yang boleh dilakukan.
Powles menjelaskan, kita boleh berbaring di sebuah tempat yang gelap dan sepi atau meletakkan kain hangat di dahi atau leher.
"Jika masih merasakan gejala sakit yang berpanjangan terus berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut dengan pemeriksaan rapi. 

2. Sakit kepala di belakang mata
Bergantung dari tingkat sakitnya, sakit kepala di belakang mata juga sangat umun terjadi.
Sakit kepala seperti ini akan menjadi gejala sakit kepala lain termasuk sakit kepala tegang, sakit kepala cluster, migrain, atau masalah pada mata.
"Perubatan sakit kepala ini bergantung pada penyebab sakit kepala tersebut."
"Jika tidak yakin dengan sakit kepala apa yang dialami tersebut, coba terus berjumpa doktor" kata dia.

3. Sakit kepala belakang leher atau kepala
"Postur tubuh yang salah akan membuatkan leher tegang dan cedera tulang belakang bagian atas. Ini akan menyebabkan sakit kepala disertai sakit leher," kata Powles.
Untuk mengubatinya, membuat urutkan yang betul yang telah di ajar oleh pakar fisioterapi atau lebih baik pergi berjumpa doktor. 

4. Sakit kepala hidrasi
Kurang minum air masak atau air kosong juga akan menyebabkan sakit kepala. Dalam keadaan tersebut, otak akan lemah atau hilang daya memikir sementara, kerana kekurangan cairan dan menyebabkan sakit kepala.
Ubat penghilang rasa sakit akan membantu, namun hidrasi harus menjadi pilihan pertama.
Tidak perlu minum terlalu banyak dalam sekali teguk. Mulailah dengan meminum beberapa teguk dan hadkan air dalam jumlah cukup seperti 6 liter air sehari. 
"Dalam beberapa jam rasa sakit kepala akan hilang."
"Tapi jika tidak, mungkin ada penyebab lainnya. Seperti terlalu banyak minum kafein atau stres," kata Powles.

5. Migrain
Menurut The Migraine Trust, hampir sekitar 15 peratus manusia di dunia menderita migrain.
Migrain adalah penyakit yang ketiga terbesar di dunia. Jika kita pernah merasakannya, tentunya akan memahami rasa sakit yang amat perit yang dialami penderita migrain.
Mereka yang menderita migrain mengalami sakit kepala sebelah yang bisa semakin parah kerana gerakan.
Di samping sakit kepala, penderitanya juga mengalami mual dan sensitif terhadap cahaya dan suara.
"Beberapa orang mengalami sakit ini seperti pengelihatan yang kabur atau sakit kepala seperti ditusuk-tusuk."
"Namun, intensitas migrain akan berkurang seiring bertambahnya umur," ujar Powles.
Sayangnya, tidak ada ubat untuk mengatasi migrain, namun ada hal yang bisa dilakukan untuk menghindarinya.
Powles menjelaskan, hal yang akan dilakukan adalah istirahat di tempat yang gelap dan sepi, tuam kepala dengan air suam atau panas. 
Bebera jenis ubat juga ada khas untuk hilangkan sakit kepala ini tetapi kebanyakkan ianya hanya ubat tahan sakit.
"Migrain akan berlaku dan terjadi dalam banyak perkara seperti alkohol, stres, kelelahan dan makanan tertentu. Jadi cuba identifikasi penyebab migrainmu jika boleh, " kata Powles.
Untuk mengurangi risiko migrain, minumlah banyak air, tidur cukup, amalkan diet sihat, dan hindari makan pada waktu yang lewat. Makan ikut masa yang telah ditentukan. 
Jika masih belum baik, berjumpalah dengan pakar agar dapat diberikan nasihat dan ubat yang baik. 

6. Sakit kepala cluster
Sakit kepala cluster terasa sangat menyakitkan, intens, dan biasa terjadi selama enam hingga 12 minggu.
Mereka yang mengalaminya biasa merasakan sakit kepala di salah satu bagian kepala. Biasanya di sekeliling mata atau tepi dahi.
Mengalami mata berair bahkan terkadang memerah, hingga kelopak mata membengkak dan hidung berair bersamaan.
Rasa sakit tersebut dirasakan di sisi yang sama dengan sakit kepala yang dirasakan.
Meskipun banyak doktor yang belum memahami alasan timbulnya sakit kepala ini, sakit kepala cluster dipercaya terkait dengan cedera kepala yang pernah terjadi.
Sama seperti perokok tegar atau kaki mabuk. 
Powles menyarankan bagi mereka yang mengalami sakit kepala cluster untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Berterus terang dengan keadaan sakit kepala yang dialami, agar mudah untuk doktor tentukan sakit yang dialami.
"Sayangnya, ubat penghilang rasa sakit kadang tidak membantu mengatasi sakit kepala ini."
"Namun, para doktor biasanya mengusulkan rawatan spesifik. Mulai dari terapi oksigen dan tindakan ubatan yang lainnya," ujar Powles.

#Antara Jenis Sakit Kepala. 

Ini adalah sedikit sebanyak mengenai sakit kepala yang kebanyakan daripada kita semua pernah alami mahupun sedikit ataupun sakit kepala yang teruk sehinggakan boleh membawa maut. 

#Kesimpulannya di sini Mr. Suffie mahu ingatkan pada diri Mr. Suffie sendiri  keluarga dan semua sahabat pembaca ruangan blog Mr. Suffie agar sentiasa berhati-hati dengan penyakit sakit kepala ini, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku jika sakit kepala ini terus melarat. Nasihat Mr. Suffie agar kita semua menjaga kesihatan kita agar lebih sihat dan baik. Jga permakan adalah perkara asas yang perlu kita berikan penekanan. Semoga semuanya sihat dan baik-bail sahaja. 

23 KHASIAT BETIK

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ruangan blog MrSuffie Studio.. Agak lama jugak kita tak bersua diruangan ini.. Suffie agak sibuk sejak akhir ini dengan kerja-kerja Suffie..

#Buah Betik Masak.

Hari ini Suffie nak kongsikan sedikit kebaikkan buah tempatan kita iaitu buah betik.. Ramai yang tidak tahu bahawa betik mempunyai banyak khasiat yang selama ini Suffie sendiri pun tidak tahu..

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak kebaikkan buah betik..

Di bawah ini disenaraikan 23  khasiat dan kelebihan buah betik.

#Pokok Betik.

1. Mengubati sembelit dan buasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

2. Mencegah batu karang

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

3. Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

4. Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5. Merawat masalah kulit

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6. Mengubati tumit pecah-pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7. Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.

8. Merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9. Kaya dengan vitamin C

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10. Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

11. Melembutkan daging

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

13. Kurangkan berat badan

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

14. Merawat denggi

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

15. Menyingkirkan cacing kerawit

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

16. Legakan sakit gigi

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

17. Menghentikan pendarahan

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

18. Mencegah penyakit kandung hempedu

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.

19. Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.

20. Membantu peredaran haid yang teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

21. Merawat sirosis hati

Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

22. Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

23. Penawar masalah limpa

Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.

#Disini bukan saja kita perlu tahu mengenai khasiat sesuatu yang menjadi rutin atau makanan kegemaran kita.. Tapi kita perlulah menjaga kesihatan kita sebaik-baiknya agar kita sentiasa sihat dan tidak salah menjaga permakanan kita.. Zaman sekarang terlalu banyak benda-benda beracun yang kita sendiri tidak sedar yang kita amalkan hari-hari.. Nasihat Suffie pilihlah cara hidup yanh sihat agar kita semua sentiasa cergas dan bertenaga..