KHILAF KETIKA SOLAT..

Assalammualaikum..

Mesti ramai yang selalu melakukan khilaf atau kesalahan ketika solat. Terutamanya terkurang atau terlebih rakaat.

Suffie kongsikan sedikit sebanyak mengenai khilaf ketika solat.


Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw berpaling(berhenti) sesudah 2 rakaat solat(bagi solat 4 rakaat), maka bertanyalah Dzu al-Yadain, “Adakah tuan mengqasarkan solat, ataupun tuan terlupa, wahai Rasulullah?” Maka Rasulullah saw pun bertanya para sahabat, “Benarkah kata2 Dzu Al-Yadain?” Maka orang ramai pun menjawab, “Ya!” Maka Rasulullah saw lalu bangun, maka beliau memberi salam, kemudian beliau bertakbir kemudian beliau sujud(sahwi) sebagai sujudnya dalam solat atau lebih panjang lagi; kemudian beliau bertakbir, maka beliau bangkit, kemudian beliau sujud sebagai sujudnya atau lebih panjang lagi.” [Hadis sahih riwayat Imam at-Turmudzi]

Berdasarkan hadis di atas, Imam Nawawi mengatakan tidaklah batal solat seseorang jika merasakan dirinya sebagai bukan dalam solat dan dia bercakap dalam kadar yg sedikit secara terlupa. Inilah pegangan Ibn Abbas, Abdullah ibn Zubair, Urwah bin Zubair, Ataa, al-Hasan, asy-Sya’bi, Qatadah, al-Auza’iy, Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad dan Jmhur ulama’.

Manakala mengenai pergerakan yang banyak pula, pendapat yg masyhur menyebutkan solat itu batal bila banyak perbuatan dan langkah sekalipun terlupa. Namun begitu, Imam Nawawi mengatakan tidak batal bersandarkan kpd hadis di atas dan hadis riwayat Muslim di mana Nabi pergi ke batang kayu dan berdasarkan riwayat lain di mana Nabi pulang ke bilik isterinya, dan kemudian menyambung rakaat yg tertinggal.

Manakala mengenai niat pula, salah faham masyarakat kita ialah mengecilkan skop kaedah/pengertian niat itu. Sebenarnya apabila kita tersedar akan kekurangan rakaat dan ingin menyambung(melengkapkan) solat, itu sudah memadai kerana itulah niat sebenarnya. Jadi janganlah kita menyusahkan diri kita semata2 beranggapan niat itu membawa maksud menyusun perkataan sepertimana kita pelajari.

#Dalam apa yang kita lakukan, mesti ada perasaan yakin dalam diri kita. InsyaAllah dengan keyakinan dalam diri itulah akan menjadi kita percaya pada diri sendiri.

No comments: