Assalammualaikum..
Dah lama rasanya Suffie tak update blog Suffie nie. Suffie harap hampa semua baik-saik saja noo, musim-musin hujan la nie Suffie harap hampa semua jaga diri baik-baik la nooo, jangan sampai sakit pulak nanti, yang memandu tue hati-hati dalam keadaan hujan nie jalan lincin. Kalau jadi apa-apa susah pulak nanti.
Kali nie Suffie nak menulis mengenai "SAHABAT"...
Tentu hampa semua ada kawan baik kan...? Ada yang panggil "KAWAN", "RAKAN", "SAHABAT", "BFF", dan macam-macam panggilan lagi la yang selalu orang panggil diberi gelaran.
Tapi tahukah anda apa maksud "SAHABAT"...?
Mesti tak ramai yang ambik kisah tentang maksudnya, sebab apa..??
Sebab manusia nie ada satu perangai yang pelik, perangai yang suka tidak kisah tentang orang lain. Senang maksud tidak ambik kisah mengenai hati dan perasaan orang lain atau kawan. Kerana manusia nie suka lupa akan kawan, bila senang nak bersama-sama, tapi bila susah semua akan lari tak mau perduli akan kesusahan yang kawan dia lalui. Tentu ramai yang selalu kena dengan situasi macam tue kan..?
Bila senang semua nak rapat malah ada yang sampai nak mempergunakan..
Tapi...
Bila susah semua tak mahu nak dekat, malah ada yang siap tidak mahu mengaku kawan lagi...
Semua orang mesti ada pengalaman macam nie kan..
Macam tue jagak dengan Suffie, Suffie ada ramai kawan-kawan yang suka makan kawan.. Bukan makan Suffie la, tapi maksudnya tue suka pergunakan.
Kadang-kadang kita nie dah anggap kawan kita tue sebagai kawan baik, tapi hakikatnya kita tak tahu yang kawan baik tue la selalunya akan ambik kesempatan ke atas kita. Susah tau nak dapat kawan baik yang betul-betul baik dan memahami diri kita.
Bagi Suffie, kawan yang boleh digelar "SAHABAT" susah nak dicari dan susah nak jumpa. Biarlah kita berkawan mahupun sedang bercinta atau sudah berkahwin, kita terapkan erti "SAHABAT".
Apa maksud "SAHABAT"...?
"SAHABAT" dalam erti kata mudah ialah seseorang yang kita kenali itu serasi dengan kita. Mudah untuk kita berkomunikasi dengan kita, saling faham-memahami, susah senag sentiasa bersama, tidak mudah lupa kawan, dan yang paling mudah dalam peribahasa telah menyebut cubit paha kanan, paha kiri yang terasa.
Cara Suffie mudah sahaja,berkawaqn, berkasih sayang, sudah berkahwin, ada anak cucu cicit, biarlah kita anggap mereka tue sebagai "SAHABAT", bila kita anggap mereka semua sebagai "SAHABAT", satu perhubungan yang erat akan terjalin dan keretakan dalam perhubungan akan susah berlaku, malah jika berlaku pun dengan mudah keretakkan itu dapat diperbaiki kembali.
Apabila "SAHABAT" itu kita terapkan, maka kita akan mudah berkongsikan apa sahaja masalah mahupun keseronokan dengan kawan, pasanagan, emak ayah mahupun anak-anak. Kerana zaman sekarang ini adalah zaman dimana kita kena ambil perduli apa yang berlaku terhadap kawan dan yang paling penting terhadap keluarga kita. Biarlah kita tolak pangkat tua muda kita supaya kita tidak mendapat masalah dikemudian hari.
Suffie ada "SAHABAT" yang sentisa ada sebagai orang yang sentisa mendorong Suffie setiap kali Suffie jatuh dan "SAHABAT" inilah yang akan sentisa ada di belakang Suffie setiap kali Suffie down. Bukan seorang tapi 1 kumpulan yang sentisa ada dalam apa jua keadaan dan kami akan sentisa membantu antara satu sama lain dengan satu keputusan sebulat suara yang menjaga hati dan perasaan semua pihak.
Jagalah hubungan yang kita ada, buat sifat hasad dengki, iring hati, busuk hati, dan perkara-perkara yang buruk yang boleh merosakan hubungan yang telah terjalin. Jangan kita memutuskan hubungan yang terbina kerana memutusakan hubungan itu adalah berdosa dan tidak di sukai oleh Islam mahupun agama yang lain.
Dikatakan bahwa seseorang yang telah memutuskan tali silatuhrahmi, maka ia akan dilaknat oleh Allah SWT. seperti Sabda Allah SWT dalam Surat Muhammad ayat 22-23,:
“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan d imuka Bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah SWT dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka”
Nabi S.A.W bersabda maksudnya :
"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).
#Akhir kata daripada Suffie, biarlah kita berkawan seberapa ramai yang kita boleh kawan, tapi jangan kita sakiti hati mereka walaupun kita tidak suka dia sekali pun. Kerana dengan menyakiti hati kawan kita, kita akan kehilangan kawan dan kita sendiri yang berdosa dengan memutusan hubungan yang telah kita jalin.
No comments:
Post a Comment