TIPS PENJAGAAN KEKILI ATAU MESIN PANCING.

Assalammualaikum.


Mesti ramai yang mempunyai minat atau hobi dalam dunia memancing. Macam Suffie memang mempunyai hobi memancing.

Hobi pun hobi jugak, tapi tak ramai yang tahu menjaga peralatan memancing terutama kekili atau mesin. Tidak semua tahu menjaga dengan baik.

Lepas memancing tentu akan tinggal macam itu saja.

Jom Suffie kongsikan cara menjaga kekili dengan baik.

Kekili merupakan alatan yang paling penting tidak kira yang berharga mahal atau murah. Secara kasarnya, kekili merupakan antara kompartmen pancing paling mahal kerana binaan mekanikalnyaa. Nilai kekili selalunya bergantung kepada rekabentuk yang sofistikated dan kualiti.



Oleh kerana kekili merupakan antara peralatan pancing yang paling penting, maka penjagaannya juga amat penting untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Selalunya sedikit penjagaan tambahan terutama setelah penggunaan di air masin perlu diketahui oleh kaki pancing.Kekili juga merupakan kompartmen yang paling perlu dititikberatkan penjagaannya. Ikuti beberapa tip di bawah untuk memastikan kekili anda tahan lebih lama:

1. Bersihkan kekili anda menggunakan air suam bersabun, bilas dan keringkan menggunakan kain yang bersih setiap kali jika anda memancing di kawasan air masin. Pastikan anda mengetatkan drag kekili semasa proses ini bagi mengelakkan air masuk ke dalam kekili.

2. Bahagian yang boleh digerakkan pada kekili perlu diletakkan sedikit minyak pelincir atau semburan menggunakan WD-40 atau CRC.

3. Tanggalkan kekili daripada rod dan simpan di dalam beg kekili atau kotak berasingan.

4. Kekili anda perlu diservis sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Kebanyakan kedai pancing menyediakan perkhidmatan servis kekili sekiranya anda tidak tahu caranya.

Moga tip yang Suffie kongsikan ini dapat memberi bermanfaat buat semua kaki pancing.

#Dalam apa yang kita lakukan mesti menjaga barangan kita mahupun barang orang lain dengan baik. Supaya barang itu dapat digunakan dalam jangka masa yang lebih lama. Ini dapat mengelakkan pembaziran yang menjadi amalan syaitan.

SOLAT TAHAJJUD

Assalammualaikum..


Siapa tahu apa itu Solat Tahajjud.?
Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak mahir bagaimana hendak dirikan solat tahajjuf.

Nak kata Suffie pandai sangat pun tak, tapi Suffie nak kongsikan sedikit sebanyak bagaimana hendak dirikan dan pengertian solat tahajjud.

Jom Suffie kongsikan...
- Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur,
- Afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.
- Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
- Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”Surah Isra’, ayat 79

Rasulullah SAW bersabda:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud:

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah

1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut:

Doa:
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu.

Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2. Niat Solat Tahajjud:

Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala

“Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.”

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali), Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;

b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun,Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau;

c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran, (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

Kelebihan Solat Tahajjud:

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Mudahkan untuk hampa semua faham dan Suffie ucapkan selamat mencuba buat hampa semua.

#Yang penting apa yang kita semua lakukan mestilah ikhlas kerana Allah swt dan dengan niat yang betul. Kita hanya berusaha dan Allah yang tentukan segalanya. Yang penting kita jangan mudah berputus asa dan menyerah kalah dengan ujian-ujian yang kita tempuhi.

SI ABANG MENGAJAR SI ADIK MENGAJI

Assalammualaikum..

Semoga hampa semua sihat dari cuaca yang sangat panas sekarang nie dan Suffie nasihatkan banyak-banyak minum air masak untuk tidak mengalami strok haba.

Mesti hampa semua mempunyai adik atau saudara mara yang masih kecik dan mempunyai gelagak dan telatah yang tersendiri. Cara mereka yang pelbagai, bermain, makan, merajuk mereka, semuanya akan mengusik jiwa kita dan membuat kita tersenyum.

Kadang-kadang telatah anak-anak kecik ini akan membuatkan kita hilang stress dan tenang dari serabut seharian kita.

Bagi Suffie pula mempunyai sepupu yang masih kecil dan mempunyai telatah sendiri. Baru-baru nie mak sedara Suffie kongsikan video anaknya sedang mengaji. Si abg mengajar si adik mengaji dengan emosi yang garang, geram, kasih sayang dan pelbagai lagi emosi. Si abg namanya Muhammad Amirul dan si adik bernama Auni Sofea.

Jom Suffie kongsikan sedikit video bagaimana si abg mengajar si adik mengaji.



#Walau apa pun yang anak-anak atau kanak-kanak kecil lakukan kita sebagai orang dewasa kita harus pantau dengan baik. Sebab kita adalah contoh dan teladan yang sering kali menjadi ikutan kepada anak-anak kecil ini. Didiklah dan berikan yang terbaik buat mereka supaya menjadi khalifah yang baik di masa hadapan.

MAKSIAT DALAM TAK SEDAR...???

Assalammualaikum...

#Suffie Kongsikan Buat Semua.

Hari ini Suffie nak kongsikan sikit tentang perbuatan yang mungkin Suffie sendiri lakukan tanpa sedar dan perbuatan itu mendatangkan dosa dan menggalakkan apa yang tidak perlu kita lakukan.

Pernahkah kita terfikir mengenai maksiat tanpa sedar yang kita lakukan. Selalunya kita akan fikirkan maksiat seperti lelaki dan perempuan tidak ada ikatan perkahwinan bersekedudukkan dan melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama.

Maksiat ini ada banyak maksiat yang kita sendiri kadang-kadang tidak sedar dan tidak tahu. Cuba kita fikirkan kembali maksiat apa yang kita pernah lakukan.?

Maksiat mata..?
Maksiat telinga (pendengaran)..?
Maksiat perbuatan..?
Maksiat percakapan..?

#Sekadar Gambar Hiasan.

Ini semua maksiat yang kita sendiri lakukan tanpa sengaja.

Suffie kongsikan salah satu maksiat yang kita sendiri lakukan tanpa sengaja dalam kehidupan harian kita.

#Dimanakah Kita.?

Benda paling mudah dalam kehidupan harian kita. Suffie tahu hampa semua mesti mempunyai akaun facebook, twitter, instagram, wechat dan pelbagai lagi laman sosial yang hampa semua boleh lihat, like dan komen.

Hampa semua sedar tak setiap kali kita lihat, like mahupun komen di gambar-gambar atau status yang boleh mendayangkan maksiat, hampa semua sudah melakukan maksiat dan yang lebih teruk lagi hampa semua menggalakkan maksiat itu terus berlaku.

Suffie bukan nak kata hampa saja yang buat, Suffie pun kadang-kadang buat jugak. Biasa la like itu adalah benda yang mudah hanya klik sahaja.

Nampak mudah, tapi mendatangkan dosa yang kita sendiri tak sedar.

#Gambar Hiasan. Di Acheh Indonesia Penzina Dihukum Di Khalayak Ramai Mengikut Undang-Undang Islam.

#Suffie bukan ingatkan untuk hampa sahaja, malah Suffie ingatkan untuk diri Suffie juga. Yang penting kita jangan lalai dengan teknologi yang semakin canggih sekarang ini. Gunakan teknologi dengan perkara yang berfaedah sahaja dan tidak menglalaikan dengan ibadat yang kita wajib lakukan.

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Assalammualaikum...

Esok merupakan hari di mana kita dapat melihat gerhana matahari yang akan bermula di awal pagi.

Umat islam disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Cuba lihat gambar rajah untuk mengetahui cara solat sunat gerhana matahari.



Suffie ucapkan selamat menunaikan solat sunat matahari ada hari esok pagi.

#Dalam apa jua kita lakukan, samada sunat atau wajib seharusnya kita lakukan dengan seikhlas yang mungkin agar segala apa jua yang kita lakukan akan diterima dan diberkhati oleh Yang Maha Esa.

JOM TANAM POKOK KEMBOJA CINA...

Assalammualaikum...

#Antara Pokok Kemboja Cina Di Rumah Suffie.




Hari nie Suffie nak kongsikan sedikit aktiviti petang Suffie untuk mengeluarkan peluh dengan aktiviti yang ringan. Suffie tunjukkan sedikit sebanyak cara menaman kembali pokok atau pindah pokok ke pasu yang lebih besar.

Petang tadi Suffie berkesempatan menanam pokok kemboja cina di rumah Suffie yang sudah terbiar lama di dalam pasu kecil dan tidak cukup tanah baja.

Jom Suffie kongsikan macam mana nak ubah pokok ke dalam pasu yang lain. Antara caranya ialah :-

1. Pastikan pokok yang hendak di ubah dan perlu diubah ke pasu yang lebih selesa atau besar dari yanh asal. Seperti gambar dibawah.

2. Sediakan pasu yang sesuai. Seperti gambar dibawah.

3. Sediakan tanam baja yanh sesuai yang sebaik-baiknya tanam bakar yang dicampur dengan sedikit sabut dan tanam merah seperti gambar dibawah.

4. Keluarkan pokok dari pasu yang lama dengan berhati-hati dan pastikan akar pokok tersebut masih dalam keadaan baik. Ini adalah untuk memastikan pokok itu dalam keadaan sihat.




5. Cantas sedikit akar yang kecil-kecil agar bila ditanam didalam pasu yang baru akar baru akan tumbuh dengan cepat.

6. Jika boleh cantas daun yang lama agar daun baru cepat akan tumbuh dan pokok akan sihat dan dalam keadaan baik.

7. Apabila pokok dimasukan di dalam pasu yang baru, pastikan pokok tersebut di dalam kedudukkan yang baik dan tidak mudah terbalik sementara tanam di dalam pasu padat.

8. Selesai tanam pokok di dalam pasu yang baru, pastikan pokok itu disiram dan harus di sirap hari-hari. Dan jika boleh letak baja yang sesuai untuk pokok tersebut supaya pokok itu hidup dengan baik.

9. Jika boleh letak penggalak akar untuk memudahkan akar tumbuh dengan cepat.

Selamat mencuba dan berusaha di dalam menjaga keindahan tumbuhan hujau. Bukan itu sahaja yang Suffie nak kongsi, dalam masa kita bercucuk tanam, kita juga boleh berpeluh dan badan kita pun sihat.

Antara pokok kemboja cina yang Suffie tanam.


#Dalam kita menjaga tumbuhan hijau kita juga dapat menjaga kadar oksigen di persekitaran kita. Malah tumbuhan hijau juga merupakan makhluk Allah swt. Jangan kita merosakkan makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berbakti kepada manusia dalam membekalkan oksigen.