TIPS PENJAGAAN KEKILI ATAU MESIN PANCING.

Assalammualaikum.


Mesti ramai yang mempunyai minat atau hobi dalam dunia memancing. Macam Suffie memang mempunyai hobi memancing.

Hobi pun hobi jugak, tapi tak ramai yang tahu menjaga peralatan memancing terutama kekili atau mesin. Tidak semua tahu menjaga dengan baik.

Lepas memancing tentu akan tinggal macam itu saja.

Jom Suffie kongsikan cara menjaga kekili dengan baik.

Kekili merupakan alatan yang paling penting tidak kira yang berharga mahal atau murah. Secara kasarnya, kekili merupakan antara kompartmen pancing paling mahal kerana binaan mekanikalnyaa. Nilai kekili selalunya bergantung kepada rekabentuk yang sofistikated dan kualiti.



Oleh kerana kekili merupakan antara peralatan pancing yang paling penting, maka penjagaannya juga amat penting untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Selalunya sedikit penjagaan tambahan terutama setelah penggunaan di air masin perlu diketahui oleh kaki pancing.Kekili juga merupakan kompartmen yang paling perlu dititikberatkan penjagaannya. Ikuti beberapa tip di bawah untuk memastikan kekili anda tahan lebih lama:

1. Bersihkan kekili anda menggunakan air suam bersabun, bilas dan keringkan menggunakan kain yang bersih setiap kali jika anda memancing di kawasan air masin. Pastikan anda mengetatkan drag kekili semasa proses ini bagi mengelakkan air masuk ke dalam kekili.

2. Bahagian yang boleh digerakkan pada kekili perlu diletakkan sedikit minyak pelincir atau semburan menggunakan WD-40 atau CRC.

3. Tanggalkan kekili daripada rod dan simpan di dalam beg kekili atau kotak berasingan.

4. Kekili anda perlu diservis sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Kebanyakan kedai pancing menyediakan perkhidmatan servis kekili sekiranya anda tidak tahu caranya.

Moga tip yang Suffie kongsikan ini dapat memberi bermanfaat buat semua kaki pancing.

#Dalam apa yang kita lakukan mesti menjaga barangan kita mahupun barang orang lain dengan baik. Supaya barang itu dapat digunakan dalam jangka masa yang lebih lama. Ini dapat mengelakkan pembaziran yang menjadi amalan syaitan.

No comments: