JOM TANAM POKOK KEMBOJA CINA...

Assalammualaikum...

#Antara Pokok Kemboja Cina Di Rumah Suffie.




Hari nie Suffie nak kongsikan sedikit aktiviti petang Suffie untuk mengeluarkan peluh dengan aktiviti yang ringan. Suffie tunjukkan sedikit sebanyak cara menaman kembali pokok atau pindah pokok ke pasu yang lebih besar.

Petang tadi Suffie berkesempatan menanam pokok kemboja cina di rumah Suffie yang sudah terbiar lama di dalam pasu kecil dan tidak cukup tanah baja.

Jom Suffie kongsikan macam mana nak ubah pokok ke dalam pasu yang lain. Antara caranya ialah :-

1. Pastikan pokok yang hendak di ubah dan perlu diubah ke pasu yang lebih selesa atau besar dari yanh asal. Seperti gambar dibawah.

2. Sediakan pasu yang sesuai. Seperti gambar dibawah.

3. Sediakan tanam baja yanh sesuai yang sebaik-baiknya tanam bakar yang dicampur dengan sedikit sabut dan tanam merah seperti gambar dibawah.

4. Keluarkan pokok dari pasu yang lama dengan berhati-hati dan pastikan akar pokok tersebut masih dalam keadaan baik. Ini adalah untuk memastikan pokok itu dalam keadaan sihat.




5. Cantas sedikit akar yang kecil-kecil agar bila ditanam didalam pasu yang baru akar baru akan tumbuh dengan cepat.

6. Jika boleh cantas daun yang lama agar daun baru cepat akan tumbuh dan pokok akan sihat dan dalam keadaan baik.

7. Apabila pokok dimasukan di dalam pasu yang baru, pastikan pokok tersebut di dalam kedudukkan yang baik dan tidak mudah terbalik sementara tanam di dalam pasu padat.

8. Selesai tanam pokok di dalam pasu yang baru, pastikan pokok itu disiram dan harus di sirap hari-hari. Dan jika boleh letak baja yang sesuai untuk pokok tersebut supaya pokok itu hidup dengan baik.

9. Jika boleh letak penggalak akar untuk memudahkan akar tumbuh dengan cepat.

Selamat mencuba dan berusaha di dalam menjaga keindahan tumbuhan hujau. Bukan itu sahaja yang Suffie nak kongsi, dalam masa kita bercucuk tanam, kita juga boleh berpeluh dan badan kita pun sihat.

Antara pokok kemboja cina yang Suffie tanam.


#Dalam kita menjaga tumbuhan hijau kita juga dapat menjaga kadar oksigen di persekitaran kita. Malah tumbuhan hijau juga merupakan makhluk Allah swt. Jangan kita merosakkan makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berbakti kepada manusia dalam membekalkan oksigen. 

7 comments:

Unknown said...

Bole pokok kemboja. Tlg msg saya 0192250907

Mr Suffie said...

Terima kasih tuan..

Avit Vasarn said...

Boleh kasi teknik2 untuk buat bonsai kemboja x..Masa yang sesuai untuk pemangkasan akar dan cabang..

Elle said...


Salam,

Boleh saya tahu, dimana nak cari Kemboja Bonzai yang sudah berbunga.
Bagaimana cara untuk memulihkan Kemboja Bonzai yang hampir mati & tinggal Daun.
PM saya 012-2817008

TQ

Mr Suffie said...

Pokok kemboja ini sangat mudah untuk dijaga..
Untuk dapatkan bentuk bonsai yg cantik, tuan perlu tanam biarlah dalam. Dalam sebulan ke 2 bulan tuan cabut dan tanam semula..
Untuk akar tidak perlu dikerat kerana akar dia akn menjadi besar didasar tanah..
Tanah jika dilihat terlalu keras, baru gemburkan tanah atau tukar tanah baru..

Mr Suffie said...

Wasalam..
Untuk pokok bonzai yg hampir mati atau tidak sihat kita perlu buat rawatan..
1. Jika daunnya kurang atau cabang yg kurang.. Batang2 yg agak tidak sihat harus dipotong & buang batang yg tidak sihat.. Kerat sehingga habis daun tidak mwnjadi masalah kerana komboja mudah untuk tumbuh kembali..

2. Jika kemboja yg hampir mati.. Periksa akar kemboja dahulu, jika akarnya sudah lembut, keluarkn kemboja dari tanah, letakkan diatas tanah dahulu 2 ke 5 hari.. Jika akarnya sudah nmpak kembari keras dan sihat, buat penanaman semula..
Jika akarnya sudah lebik dan rosak,cuba potok akar yg rosak sehingga tempat yg keras.. Letak di atas tanah sahaja 2 ke 3 hari dan buat tanaman semula...
Jika perlu, gunakn serbuk pengalak akar..

ibnuahmad said...

Assalamualaikum.../Salam sejahtera


Semoga kita semua tetap dalam KeSehatan , diPermudah segala urusan & tetap dalam dakapan RahmatNYA

Selamat Menyambut/

Salam Maal Hijrah 1444H , Salam Kemerdekaan..Salam MaulidurRasul SAW..

MOHON MAAF ZAHIR BATIN SENTIASA TAK TERHINGGA DULU KINI & UNTUK SELAMANYA