#Aiskrim Sumi Siap Untuk Dibekukan.
Suffie tengok sekarang nie viral di media-media sosial tentang aiskrim sumi nie. Tambah-tambah di facebook, mesti akan ada saja orang yang akan pos mengenai aiskrim sumi.
Suffie bulan apa, sekarang nie sudah jadi 1 trend, pantang ada saja benda viral di media sosial mesti semua akan tiru buat.
Jom Suffie nak kongsikan keburukkan atau bahayanya aiskrim sumi ni :-
1. Santan di kedai semua habis termasuk santan serbuk dan buah kelapa tua (untuk resepi yang guna santan).
2. Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah Suffie.
3. Susu pekat pun habis dibeli termasuklah Suffie.
4. Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat.
5. Sumi habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai.
6. Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap.
7.Diet Suffie pun kelaut gara-gara aiskrim sumi.
8. Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim sumi ini.
Hehehehe...
Jangan ambik hati atau marah ya kawan-kawan semua. Suffie hanya nak menghiburkan hati hampa semua saja.
#Yang penting dalam apa yang kita lakukan, tidak kiralah tiru apa sahaja tingkah laku orang lain. Jangan sampai memudaratkan diri kita sendiri dan yang penting jangan sampai menglalaikan dan haram buat kita sebagai umat islam.
No comments:
Post a Comment