MANUSIA PEMALU ATAU TIDAK TAHU MALU...??

Assalammualaikum...
#Sekadar Gambar Hiasan. 

Malam nie Suffie nak kupas sikit tentang manusia yang tak tahu malu dengan manusia yang pemalu.

Bagi diri hampa macam mana pulak...?

Hampa pemalu atau memang jenis yang tak tau malu...?

Macam Suffie sendiri dua-dua perwatakan tue Suffie ada. Tapi bertempat la dan kena pada keadaannya.

Tak salah nak jadi pemalu atau tak tahu malu. Tapi kena la pada keadaannya dan gayanya.

Manusia yang pemalu. Pemalu nie kita boleh sifatkannya sebagai manusia yang jenis sopan-santun atau jenis yang beradab. Nak buat apa pun mesti dia akan lakukan dengan sopan-santun. 

Bak kata orang melayu dahulu "perempuan melayu terakhir", nak buat apa pun mesti pandang sekeliling dahulu demi menjaga maruah dan aib diri sendiri dan keluarga. 

Pemalu nie bukab sahaja untuk perempuan, lelaki pun ada jugak yang jenis pemalu. Macam Suffie, kadang-kadang Suffie akan datang perasaan pemalu apabila berdepan dengan seseorang yang Suffie belum kenal tambah-tambah perempuan. 

Kita sendiri boleh lihat bagaimana seseorang itu pemalu. Bila seseorang yang pemalu lakukan sesuatu, sudah semestinya gerak-geri si pemalu itu lembut dan yang penting mata si pemalu itu tidak akan memandang sesiapa yang berada di situ.

#Kata-Kata Mario Teguh.

Bagi yang tidak tahu malu pula lain caranya.

Dalam apa keadaan pun, si tidak tahu malu ini akan lakukan apa sahaja tanpa mengindahkan sesiapa yang berada di sekeliling. 

Orang yang tak tahi malu ini tidak akan kisah dengan perasaan orang lain. Yang dia tahu hanya diri dia sahaja. Bukan memikirkan perasaan orang lain atau ingat orang lain. Contohnya jika makan, dia tidak akan ingat orang belakang yang belum makan lagi, yang dia tahu dia akan makan untuk diri dia sahaja.

Tentang soal perasaan pula. Si tidak tahu malu ini tidak akan memikirkan perasaan sesiapa sahaja, walaupun keluarganya. Jika keluarganya suka atau tidak suka dengan tingkah-lakunya, si tidak tahu malu ini akan buat sesuka hati sahaja.

Suffie ada seorang yang Suffie kenali. Suffie tak nak sebut nama, tapi Suffie nak ceritakan sedikit tantang kisah tidak tahu malu kawan Suffie nie.

Ceritanya macam nie, dia sudah berkawin dan mempunyai anak kecil, si isteri pula baru mengandungkan anak ke dua mereka. Pada suatu hari si isteri dapat tahu bahawa si suami main kayu tiga. Bagaimana si isteri tahu, si isteri buka telefon pintar si suami dan di dapati si suami berchatting dengan perempuan lain dengan mesra sekali. Si suami ini pula kerja tidak menentu, duit poket jangan di sebut la, tidak pernah ada. Si isteri yang sara si suami, sudah terbalik pulak. 

Si isteri marah dan si suami takut, lari balik ke kampung tinggal anak bini di rumah mak si isteri. Memang mereka menetap di rumah mak si isteri. Malangnya si suami isteri ini lakukan mak si isteri ini seperti orang gaji mereka. Masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah, jaga anak mereka semuanya emak si isteri yang lakukan.  

Bila hampir sebulan si suami tidak balik lihat si isteri dan anak, tiba-tiba si suami balik dengan muka yang tidak bersalah nak tinggal balik bersama dengan si isteri di rumah emak si isteri. Tapi si isteri sahaja yang melayan si suami, ahli rumah yang lain tidak layan dan buat tidak tahu. Tapi si suami nie buat muka tak tahu malu, makan minum makanan yang emak si isteri masak. Padahal emak si isteri sudah pesang, jika nak baik balik dengan isteri dia, pindah rumah, cari rumah lain baru tahu hidup susah bersama keluarga. Tapi si suami tetap buat muka tahu malu, dan si isteri pun tidak memikirkan perasaan emaknya sendiri. Hanya mereka tahu kesenangan dan kegembiraan mereka sahaja.

Suffie hanya nak sampaikan cerita ada jugak manusia yang tak tahu malu yang tidak memikirkan hati dan perasaan ornag lain dan hanya memikirkan kesenangan diri sendiri sahaja. Suffie harap dengan penulisan Suffie kali ini dapat memberi sedikit pengajar buat sahabat semua.

#Pesanan Suffie agar, dalam apa pun keadaan kita nak lakukan sesuatu, jangan fikirkan diri kita sahaja. Fikirkan jika tindakkan yang kita lakukan itu betul atau tidak. Tindakkan kita itu menyinggung perasaan orang lain atau tidak. Fikir dahulu sebelum bertindak.

No comments: