KHIFARAH BUAT PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL KITA...

Assalammualaikum..

Suffie mintak maaf sebab sudah berapa hari tidak menulis. Suffie mengalami kecederaan di tangan yang menyebabkan Suffie sukar untuk menulis di halaman blog Suffie.

Suffie mengalami kecerderaan di tangan kanan dan kiri. Tangan kiri Suffie terbelah akibat terkena kaca dan tertusuk besi di tingkap kaca. Inilah dikatakan khifarah yang Suffie terima dari perbuatan dosa-dosa kecil Suffie.

#Tangan Suffie Yang Tercedera.

Suffie tercedera kerana tergelincir di tangga rumah Suffie akibat daripada tangga yang lincin dan terus terjatuh dan Suffie terkena tingkap kaca.

#Besi tingkap Yang Tertikam Tangan Suffie. Gambar Hiasan.

Selepas tercedera Suffie terus ke hospital untuk menjalani rawatan susulan yang tangan kiri Suffie terpaksa di jahit 7 jahitan jarum di Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas.

#Tangan Suffie Selepas Dijahit.

Terasa pedih dan sangat perit kerana kecederaan yang amat dalam.

Sehingga hari ini Suffie masih terasa sakit dan pedih kerana kulit tangan Suffie terasa cekang dan agak sakit apabila Suffie bergerak.

#Keadaan Tangan Kiri Suffie Pada Hari Ini Yang Dijahit.

#Keadaan Tangan Kanan Suffie Hari Ini Yang Di Gam Sahaja.

Doakan Suffie cepat sembut dan kembali baik seperti sedia kala kerana perbuatan dan pergerakkan Suffie agak terbatas.

#Semoga semua orang ambik iktibar dengan apa yang berlaku terhadap Suffie. Lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita. Lakukan apa sahaja perbuatan dengan peka kerana kejadian akan berlaku tanpa diduga.

No comments: