#Keadaan Road Tax Kenderaan Yang Susah Ditanggalkan Dan Mencacatkan Pemandangan.
Mesti ramai yang mengalami keadaan road tax kereta yang susah nak tanggal sehinggakan meninggalkan kesan yang mencacatkan kereta hampa.
Ini kerana keadaan road tax yang terkena sinaran matahari sehingga keadaan road tax menjadi reput dan susah untuk ditanggal.
Jom Suffie kongsikan sedikit tips bagaimana untuk tanggalkan road tax dengan baik dan tidak tinggalkan kesan di cermin kenderaan anda.
#Tips Untuk Tanggalkan Road Tax Dengan Sempurna.
1. Pastikan Road Tax kenderaan anda sudah mati dan diperbaharui.
2. Ambik tuala atau kain dan rendamkan kain tersebut di dalam besen yang berisi kain.
3. Setelah kain betul-betul basah. Letakkan kain yang basah itu di cermin luar kereta betul-betul di tempat road tax kenderaan anda.
4. Biarkan seketika sehingga cermin kenderaan anda betul-betul sejuk dan anda rasa cermin dalam kenderaan anda berwap.
5. Tanggalkan road tax kenderaan perlahan-lahan dan berhati-hati.
6. Road tax kenderaan anda ditanggal dengan baik dan bersihkan cermin kenderaan sebelum lekatkan road tax kenderaan yang baru.
Suffie ucapkan selamat mencuba buat hampa semua. Kalau rasa malas sangat nak buat benda-benda rumit nie, beli sahaja pelapik pelekat road tax di kedai. Tue bagi yang malas la.
#Dalam apa jua yang kita lakukan, jika kita tak perlu membazir, jangan la sampai membazir. Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat menjimatkan kos anda kerana zaman sekarang kewangan haruslah dikawal pengalirannya.
No comments:
Post a Comment