#Si Perokok Tegar.
Kali ini Suffie nak menulis mengenai si perokok pulak. Mesti ada di kalangan hampa semua atau kawan-kawan dan keluarga hampa yang perokok tegar mahupun perokok biasa.
Macam Suffie sendiri, Suffie tidak merokok dan Suffie sendiri tidak suka dengan perokok. Lagipun Suffie jugak tidak suka akan bau rokok yang busuk dan membuatkan paru-paru Suffie sesak.
#Kandungan Racun Yang Berada Di Dalam Sebatang Rokok.
Bagi si perokok yang ada di sekeliling kita sendiri mesti ada yang tahu adab dan tidak beradab.
Suffie paling pantang sekali bila ada si perokok yang hisap rokok tanpa memperdulikan orang-orang di sekeliling dan paling biadap sekali apabila lepas merokok puting rokok dibuang merata.
Merokok tue merokok jugak, tengok juga keadaan di sekeliling. Jangan ada orang lain yang tak merokok, kanak-kanak kecil, ibu mengandung dan orang-orang tua.
Di tempat terbuka terutamanya di tempat awam dan kedai makan jangan la terlalu biadap sampai tak reti nak hormat orang lain yang turrt ada di tempat tersebut.
Satu lagi ada juga jenis manusia yang tak reti nak hormat keluarga di dalam rumah. Isap rokok sesuka hati di dalam rumah. Ada pula yang jenis merokok ketika membuang air besar, kononnya kalau tak isap rokok tak boleh nak membuang.
Ini semua manusia perokok yang tidak ada akal dan hanya mementungkan diri sendiri. Bila nasihat yang si nasihat pula akan dimarah seolah-olah yang tidak merokok pula bersalah.
Banyak penyakit yang akan berlaku disebabkan oleh asap rokok. Asap rokok sangat merbahaya kepada peparu dan ibu yang hamil dan buat semua.
#Keadaan Peparu Yang Sihat Dan Yang Rosak Akibat Asap Rokok.
#Antara Penyakit Akibat Rokok.
#Penyakit Akibat Rokok.
#Contoh Peparu Yang Rosak.
Buat hampa-hampa semua yang merokok Suffie nak cakap satu saja, nak isap rokok mahupun makan rokok sekali pun jangan sampai menyusahkan orang lain yang tidak merokok.
Sebab ada kajian sainstifik yang dibuat, asap rokok yang disedut oleh orang yang berhampiran dengan si perokok lebih bahaya. Kerana 70% asap rokok itu disedut oleh bukan si perokok dan 30% disedut oleh paru-paru si perokok. Maknanya bukan perokok lebih mengalami bahaya asap rokok itu.
#Majlis agama islam kebangsaan sudah mengfatwakan bahaya rokok adalah haram untuk orang islam. Malah di dalam Al-Quran pun menyebut bahawa asap itu adalah makanan syaitan dan iblis. Fikir-fikirkanlah yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang yang tersayang.
No comments:
Post a Comment