PANTANG TENGOK ATAU PANTANG BETUL...???

Assalammualaikum...
#Gambar Hiasan.

Suffie nak kongsi sikit la bab pantang dalam keadaan sakit yang berluka atau tidak berluka.

Bukan apa, Suffie kongsi bab pantang nie pun sebab Suffie sendiri dalam keadaan pantang akibat kecederaan yang Suffie lalui dalam penulisan Suffie yang lepas. KLIK DI SINI

Rupanya bukan senang nak pantang dalam keadaan sakit nie. Pantang pula ada dua jenis pantang, pantang dari makan minum dan pantang perbuatan atau pergerakkan.

Ramai yang hanya mampu buat pantang tengok, kerana tak tahan dengan godaan nafsu makan kita sendiri. Macam Suffie juga la, kadang-kadang terbabas jugak dari pantang nie.

Pantang makan nie yang susah orang kita nak lakukan sebab Malaysia nie mewah dengan pelbagai makanan dan minuman yang sedap-sedap.

Macam Suffie sendiri yang mengalami luka yang dalam kena pantang seperti ibu yang melahirkan anak. Makanan sejuk dan makan yang boleh menyebabkan gatal Suffie memang tak boleh makan.

Jika nak bagi baik cepat bagi luka yang dalam, elakkan daripada makan telur. Kerana telur ini akan menyebabkan luka di dalan lambat baik dan akan menyebabkan nanah. Ayam juga boleh menyebabkan luka menjadi nanah bagi sesiapa yang tidak tahan.

Makanan laut seperti udang, ketam, sotong, kerang akan menyebabkan kegatalan yang teruk di tempat luka.

Minuman sejuk juga menyebabkan badan hampa akan menjadi lemah dan seperti nak demam sebab kesakitan akibat luka itu dari minum atau makan benda-benda yang sejuk.

Pantang daripada pergerakkan pula. Bagi luka yang dalam atau luka berjahit. Pantangnya jangan terlalu buat banyak pergerakkan dan melakukan kerja yang berat. Kerana hasil daripada pergerakkan yang keras itu akan membuatkan sekitar tempat luka akan menjadi bengkak dan luka yang ada akan lambat baik.

Dalam apa jua pantang yang kita semua amalakan itu jangan hampa lupa untuk makan ubat yang doktor berikan dan makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.

Pantang nie bukan apa, hanya untuk mempercepatkan proses untuk menyembuhkan segala kesakitan yang dialami. Bagi sesiapa yang tahan sakit, terpulanglah nak pantang ataupun tidak mahu pantang. Itu atas diri sendiri.

#Suffie nak pesan sikit untuk hampa semua, walau macam mana pun kesakitan yang kita terima itu adalah ketentuan daripada Yang Maha Esa. Baik sembuh penyakit kita itu hanya Allah swt yang tentukan. Yang penting kita jangan lupa berdoa kepada -Nya dan jangan kita lupa akan perintah -Nya...

No comments: