TRIP MEMANCING SAHABAT "SENTAP FISHING CLUB" KE PULAU KENDI

Assalammualaikum...

#Suffie.

Alhamdulillah Suffie selesai sudah trip memancing di Pulau Kendi, Kapal Simen, Pulau Rimau dan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang pada hari Ahad 31 Januari 2016 lepas.

Jom Suffie kenalkan sahabat "Sentap Fishing Club" yang menjayakan trip kali ini. Abg bob/bad, Che Mey, Suffie sendiri, Bob Sg2, Arm, Adik Mirul dan tekong bot yang rajin dan sporting yang mesra dikenali sebagai Tekong Adik.

Pada hari trip memancing, Suffie gerak awal pagi dari rumah Suffie untuk terus ke tempat ambik umpan udang hidup di Telaga Air, Bagan.

Semasa dalam perjalanan ke tempat perlabuhan bot, Suffie singgah di kedai makan dahulu untuk sarapan dan tidak mahu perut kosong. Ini untuk elakkan hampa sakit perut dan mabuk laut.

Suffie nak bagi petua sikit untuk elakkan dari "Mabuk Laut". Yang paling utama jangan biarkan perut kita kosong dan masuk angin. Jika perut angin maka kita akan pening dan muntah di atas bot semasa di laut. Satu lagi elakkan minun minuman bergas semasa di atas bot, kalau boleh cari minuman isotonik untuk tenaga kita.

Tapi kalau yang tak yakin takut-takut mabuk laut jugak. Suffie sarankan hampa semua ambik pil anti mabuk di farmasi yang disahkan. Kalau boleh makan setengah jam atau sejam sebelum hampa nak naik bot.

Suffie bersama sahabat Suffie bertolak dari perlabuhan bot di Inderawasih, melalui Sungai Perai tetap pukul 7 pagi. Perjalan ke destinasi pertama Pulau Kendi yang mengambil masa hampir 30 minit dengan kekuatan enjin bot 200 kuasa kuda, jadi bot memang laju dan tak membosankan.

Dalam perjalanan ke dari perlabuhan bot Inderawasih Pulau Kendi akan melalui Sungai Perai, Penang Port, Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang, Pulau Jerejak, Pulau Rimau dan sampai ke destinasi.

Dalam trip kali ini Suffie bersama sahabat menggunakan umpan udang hidup dan ikan termenung segar.

Teknik pancingan pula Suffie dan sahabat gunakan teknik bottom dan juga mengunakan teknik jigging.

Ikan yang berjaya dipikat pula adalah ikan utama iaitu ikan kerapu, ikan jenahak, ikan talang (menggunakan teknik jingging) dan ikan kebiasaan seperti ikan duri dan gelama.

Trip kali ini bukan sahaja sekadar trip memancing. Malah trip memancing kali ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat "Sentap Fishing Club". Boleh berborak, makan bersama, berpanas bersama dan yang paling penting boleh bersenda gurau bersama.

Jom Suffie kongsikan video pendek yang Suffie buat untuk trip memancing kali ini. Tapi maaf la, sebab gambar tak banyak sebab masing-masing seronok memancing dan berborak.


#Suffie Bersama Sahabat Sentap fishing Club.

Suffie nak pesan bagi semua yang nak turun memancing di laut atau mana-mana yang terdedah kepada panas terik sang mentari. Jangan lupa bawa :-
1. Topi.
2. Penutup muka.
3. Baju lenggan panjang.
4. Seluar panjang.
5. Kasut bertutup.
6. Kalau ada sun block pakai untuk elakkan kulit hampa terbakar.

Kalau boleh jika nak memancing di atas bot jangan la gunakan batang joran yang terlalu panjang. Gunakan joran 5 ke 6 kaki sudah memadai. Kerana mudah untuk dikendalikan dan tidak terkena kawan-kawan kita di dalam bot.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Suffie nie.

#Walau apa yang kita lakukan, jangan lupa tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa dan jangan lupa amalkan doa-doa yang mustajab dalam apa jua perbuatan kita.

No comments: