KENAPA HATI TAK TENANG...???

Assalammualaikum buat sabahat semua...

#Sekadar Gambar Hiasan.

Kenapa hati kita tak tenang.?

Walaupun apa yang kita nak dan hajati semuanya kita dapat. Harta benda, kekayaan, pekerjaan, kehidupan berumahtangga, keluarga dan kawan-kawan tapi masih hati kita tidak tenang.

Cuba kita semua renung kembali setajam-tajamnya, apa yang kita lupa untuk lakukan. Apa yang wajib kita lakukan dan apa yang sunat kita lakukan. Mahupun sunnah yang perlu kita ikuti.

Suffie bukan nak kata kepada sesiapa, tapi ini hanya sekadar renungan buat diri Suffie dan sahabat semua.

Kadang-kala kita lalai dan leka dengan segala kemewahan dan kemajuan di sekeliling kita. Kita lupa yang kita hanya sekadar insan kerdil yang diciptakan di dunia ini untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Kenapa hati kita tak tenang...???

Kerana kita lupa dan lalai akan perintah yang kita sepatutnya lakukan.

Kita lalai dengan hasutan-hasutan syaitan dan iblis.

Kita lalai dengan cita-cita yang kita impikan.

Ingat, walaupun kita lupa akan Maha Pencipta. Akan tetapi Yang Maha Pencipta tidak pernah lupa akan umat -Nya.

Bagaimana untuk kita tenangkan hati kita yang tak pernah tenang...???

Ingatlah Allah swt dengan melaksanakan perintah kita di atas muka bumi ini.

Solat 5 waktu sehari semalam jangan ditinggalkan.

Buatlah Al-Quran sebagai panduan hidup.

Biarkan sekadar perbuatan sunat, janganlah diabaikan untuk terus menambah pahala dalam mengejar syurga Allah.

Sunnah Nabi Muhammad SAW janganlah ditinggalkan. Nescaya akan ada ganjaran yang menanti kelak.

Jadikan Masjid sebagai tempat lepak yang terbaik dalam menambah ilmu di dada dan tempat untuk menunaikan solat secara berjemaah dan Allah janjikan pahala yang berlipat kali ganda dari menunaikan solat secara bersendirian.

Jangan lalai dengan dunia yang sementara ini. Kerana Allah telah janjikan dunia yang kekal di akhirat kelak.

Walau sekaya mana kita, walau sebahagia mana kita, walau apa yang kita impikan kita perolehi jangan kita lupa dan lalai dengan khayalan mimpi indah kita di dunia yang dipinjamkan ini.

#Ingatlah wahai sahabatku, pesanan ini bukan sahaja buat sahabat semua, malah pesanan ini buat diri Suffie juga dalam mengejar ketenangan jiwa dan pahala buat bekalan di hari ahkirat kelak.

No comments: