BERSEGERALAH DAN JANGAN LENGGAH-LENGGAHKAN...!!!

Assalammualaikum...

#Sekadar Gambar Hiasan

Suffie tertarik dengan tajuk Khutbah Jumaat yang disampaikan semasa Suffie hadir untuk menunaikan Solat Jumaat.

Tajuk Khutbah Jumaat yang berkaitan dengan "Bersegeralah Di Dalam Melaksanakan Susuatu Perkara".

Islam menyarankan umatnya sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT dengan segera tanpa melenggah-lenggahkannya. Kerana mati itu pasti dan kita tidak tahu bila kita akan mati, sebab itulah di dalam Islam, umatnya seharuhnya melaksanakan ibadat solat lima waktu sehari semalam dengan segera tanpa melenggahkannya.

Bergitu juga dengan kehidupan seharian kita di muka bumi ini. Kita seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab kita dengan segera seperti pekerjaan yang kita lakukan tanpa tangguh-tangguh. Kerana perbuatan menangguh kerja akan mendatangkan kemudaratan kepada kita pada masa depan.

Setiap amanah yang diberikan seharusnya dilaksanakan dengan segera. Tidak membuang masa dalam apa saha perbuatan.

Jangan kita menjadi manusia yang malas di dalam melakukan apa sahaja kerja. Kerana manusia yang suka menangguh kerja dan malas akan sentisa di dalam kerugian.

Suffie kongsikan doa menghindari dari sifat malas.


#Pesanan Suffie buat sahabat semua, jika boleh jadilah manusia yang sentiasa melaksanakan kerja dengan segera dan tidak malas di dalam melaksanakan setiap kerja yang di amanakan.

No comments: