Assalammualaikum..
Dah banyak hari Suffie tak menulis di laman blog Suffie. Bukan Suffie tak mahu menulis tapi keadaan tangan Suffie yang masih tidak mengizinkan. Tetapi alhamdulillah sudah beransur pulih.
Hari ini Suffie nak kongsikan sedikit sikap atau gelagat manusia bila sampai atau berada di dalam masjid.
Kebetulan hari ini merupakan hari di mana umat islam menunaikan solat Jumaat terutama orang lelaki islam.
Hari ini Suffie siap awal dan sampai awal di masjid. Berbagai gelagat yang Suffie nak kongsikan bersama hampa semua.
Gelagat yang menarik minat Suffie adalah apa bila ada hamba Allah yang sedekahkan buah-buahan di masjid. Berebutnya seolah-olah dekat Malaysia ini sudah tidak ada makanan malah ada pula yang ambik berlebihan seperti orang yang tamak dan tidak ingat orang lain.
Ada pula yang pergi ke masjid bukan untuk lakukan amalan sunat, seperti itikhaf di dalam masjid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain. Akan tetapi hanya berjumpa kawan-kawan dan berborak seperti di kedai kopi.
Malah ada juga yang pergi ke masjid awal untuk mencari tempat atau port yang baik untuk landing sempoi punya dok lena sementara menunggu waktu solat jumaat.
Ada pula sekumpulan manusia yang datang ke masjid hanya tiba waktu untuk mendirikan solat dan tidak mendengar khutbah jumaat yang disampaikan. Ini kerana khutbah jumaat yang disampaikan wajib didengar di dalam keadaan yang baik kerana itu afalah syarat wajib di dalam menunaikan solat jumaat.
Apabila selesai pula solat jumaat masih ada lagi manusia yang tergesa-gesa meninggalkan masjid tanpa selesai doa dari tok imam.
Suffie bukan nak mengata atau memburukan sesiapa. Tetapi Suffie hanya mahu semua orang ambil iktibar dengan apa yang Suffie kongsikan.
#Biarlah kita laksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah. Biarlah kita lakukan dengan penuh kekusyukkan dan tawaduk.
No comments:
Post a Comment