Naik risau pulak Suffie dengan kes jenayah yang bermacam-macam jenis yang berlaku di sekeliling tempat kita.
Bukan apa, baru-baru nie orang kampung Suffie jugak yang kena tembak sebanyak 6 das tembakan di Penang. 5 tembakan kena tepat pada mangsa semasa magsa berada dalam kereta berseorangan.
Suffie hanya nak ingatkan pada diri Suffie dan sahabat semua agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita. Sebab zaman sekarang nie bukan boleh kira sangat, macam-macam boleh jadi.
Bukan sahaja kes bunuh sahaja, kes ragut, kes mencuri, kes langgar lari dan macam-macam lagi ada.
Jangan hampa semua pandang remeh benda-benda macam nie, sebab kita tak tahu bila atau terjadi dekat diri kita atau orang-orang disekeliling kita.
Suffie nak pesan kat hampa semua, kita nie hidup di dunia untuk mencari sahabat atau kawan, bukan mencari musuh yang membuatkan hidup kita hidup tidak senang.
Buat kaun hawa pula, berhati-hati dengan kes rogol yang kerap berlaku. Jaga pemakaian dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Bagi lelaki pun jangan ambik mudah dengan soal keselamatan diri.
Kita nie jangan buat jahat dekat orang atau bagi sakit hati mana-mana pihak. Sebab kita tak tahu hati orang nie boleh maafkan atau berdendam. Kalau berdendam sahaja tidak apa, tapi takut dendam itu akan membawa kepada perkara yang tidak diingini.
Tapi kita semua seharusnya bersyukur kerana Malaysia masih aman dari negara-negara yang bergolak lain. Sehingga nak keluar rumah pun rasa tidak aman.
Walau bagaimana pun jangan kita ambik mudah dengan soal keselamatan. Walau kecederaan kecil sehingga kecederaan yang boleh membawa maut.
Yang paling baik selalu beringat dengan apa yang kita lakukan.
#Doa Untuk Keselamatan Diri.
#Suffie harap apa yang kita lakukan janganlah ada sampai bermusuhan. Biarlah kita berkawan dengan semua orang dalam keadaan baik dan aman. Beringat ke hadapan dalam apa jua yang kita buat. Supaya tidak ada musibah yang berlaku.
No comments:
Post a Comment