MAMAK ROTI

Assalammualaikum... 

#Mamak roti yang penuh dengan pelbagai roti dan keropok.

#Motosikal pun tak nampak moto sudah.

Petang-petang macam nie kalau kena roti planta campoq sekaya memang terangkat. Tambah pulak dengan ayaq kopi panaih, memang menyandaq la.

Siapa yang selalu tunggu mamak roti naik moto masuk kawasan rumah hampa.? Mesti ramai yang ternanti-nanti si mamak roti nie kan. Tambah-tambah si budak-dudak. Lepa nak beli keropok yang ada permainan kat dalam tue ja. Yang keropok buang macam tue ja.

Sama la Suffie pun, zaman budak-budak Suffie suka jugak beli benda-benda yang ada hadiah kat dalam tue. Zaman dah berubah sekarang layang roti ja la petang-petang macam nie.

Layan-layan jugak, jangan lupa nak siapkan diri. Dah nak masuk waktu magrib dah nie. Selamat menunaikan solat magrib.

Wasalam.


No comments: