Assalammualaikum dan Salam Jumaat.
#Rahsia Solat
Bagi kaum lelaki hari ini sudah pastinya menunaikan Solat Jumaat di masjid yang berhampiran dan bagi kaum wanita pula sudah pasti menunaikan Solat Zohor.
Dalam menunaikan ibabah wajib bagi setiap Umat Islam di seluruh dunia ini, sudah pasti ramai yang tidak mengetahui di dalam solat adalah SENAMAN yang paling baik untuk tubuh badan manusia selain beriadah. Bukan sahaja dari segi fizikal malah rohani seseorang insan itu turut terperlihara.
Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak RAHSIA SIHAT TUBUH BADAN DALAM SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM KITA :-
#Gambar Hiasan. Berdiri Betul/Tegak Dan Takbir.
Sementara tumpuan mata ke tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu di dalam satu pusat konsentrasi dan kosongkan minda dalam menjadikan ia rehat dan tenang.
2.RUKUK DAN IKTIDAL
#Gambar Hiasan. Rukuk.
Berperanan merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang peha (Hamstring) dan betis (Satorius,Radius Femoris,Vastus Laterlis,Vastus Medialis).Darah pula di pamkan ke atas badan. Kesan daripada pergerakan tersebut akan merehat kan otot perut dan buah pinggang.
Perbuatan berdiri iktidal dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk kedalam saluran urat asalnya. Lalu dapat merehatkan dan menghilangkan ketegangan ( release tension ).
3.SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
#Gambar Hiasan. Sujud.
Mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan, sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan keseluruh badan. Kesannya adalah meringgankan badan dan emosi.
Terdapat juga kesan lain dari sujud. Iaitu :-
-Mengurangkan tekanan darah tinggi.
-Menambahkan keanjalan sendi-sendi.
-Bagi wanita mengandung dapat membentulkan kedudukan janin di posisi yg sempurna dan kesan rohaninya pulak,ia menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada ALLAH.
#Gamabr Hiasan. Duduk Antara Dua Sujud.
Perbuatan duduk antara dua sujud pula, apabila tumit kanan melentur dan di himpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, ia akan membantu mengeluarkan keracunan dari organ hati dan menggerakan tindakan otot pada usus besar.
Pada kaum wanita pula, mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas dan kesannya memberi keselesaan atau rehat yg selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke arah ke bawah, memberi kelawasan pada pembuangan najis dan mengelak sembelit.
4.KESAN BACAAN DALAM SOLAT
Selain rukun perbuatan dalam solat, gerakan rukun bacaan juga memberi kesan merangsang hati,kelenjar tirod, kelenjar pineal, kelenjar pitunari, kelenjar adrenal dan paru-paru.
Pesanan Suffie buat semua dan diri Suffie...
#Dalam apa pun perbuatan kita dalam islam sudah tetapkan kebaikkan yang kita sendiri lakukan tanpa sedar. Ingatlah, selagi kita ingat kepada Yanh Maha Mencipta kita, selagi itulah Yang Maha Pencipta akan memberikan kebaikkan kepada kita. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment