Pantang Larang Nenek Moyang Kita Dan Logiknya.

Assalammualaikum.

#Sekadar gambar hiasan.


Suffie nak kongsikan sedikit sebanyak mengenai pantang larang nenek moyang kita dahulu dan logiknya pantang larang tersebut. Suffie bukannya nak suruh percaya bula-bulat mengenai pantang larang yang di cipta oleh nenek moyang kita dahulu. Tapi kadang-kadang ada la logiknya yang kita sendiri tidak sedar.

Meh sama-sama kita kongsikan serba sedikit pantang larang nenek moyang kita dan logiknya pantang larang tersebut :-

1. Nenek anda selalu berpesan supaya jangan menyanyi di dapur kerana nanti anda akan berkahwin dengan orang tua.
Logiknya: Sekiranya anda menyanyi ia akan menghilangkan konsentrasi anda ketika memasak. Nenek risau anda akan terpotong jari ketika memotong bawang atau masakan akan hangus.

2. Ibu selalu mengatakan tidak elok untuk memotong kuku di waktu malam kerana bimbang kuku anda akan mati.
Logiknya: Suatu ketika dahulu, orang memotong kuku menggunakan pisau. Oleh kerana bimbang akan terpotong tangan kerana memotong kuku di dalam suasana yang gelap, mereka menakut-nakutkan anak mereka dengan pantang larang ini.
3. Jangan biarkan pinggan kering selepas makan, nanti boleh jadi papa kedana.
Logiknya: Sekiranya anda lambat mencuci pinggan selepas makan dan membiarkannya kering, ia akan membuatkan anda lebih susah untuk mencucinya.

4. Ibu marah duduk di atas bantal kerana katanya nanti akan tumbuh bisul.
Logiknya: Bukankah bantal digunakan untuk mengalas kepala? Bukankah kotor sekiranya anda duduk di atasnya?

5. Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Logiknya: Bahagian leher ayam tidak banyak dan orang-orang tua tidak mahu anda berebut sesama sendiri. Oleh kerana itulah mereka menakutkan anda dengan pantang larang ini.

6. Jangan memancing ketika isteri kita tengah sarat mengandung nanti anak keguguran atau sumbing sebab ikan yang si suami pancing sumbing sebab terkena mata kail.
Logiknya; Jika si suami pergi memancing sudah tentu si isteri di tinggalkan di rumah berseorangan dan tidak memperdulikan si isteri melakukan kerja-kerja berat dan kerja-kerja berat tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada di isteri dan kandungannya. Jika si suami adalah nelayan bagaimana pula, tidak boleh turun ke laut untuk mencari rezeki, sedangkan itu rezeki mereka. 

7. Masuk ke dalam rumah sebelum azam magrib atau sebelum senja nanti kena sorok dengan hantu.
Logiknya: Orang tua kita hanya tidak mahu anak-anak mereka merayap di luar rumah pada waktu magrib hanya untuk mempersiapkan diri dengan mandi dan bersiap sedia untuk solat magrib secara berjemaah dan makan malam bersama.

8. Berdiri di atas busut anai-anai nanti boleh bisul kaki.
Logiknya: Mereka tidak mahu anak-anak mereka jatuh dan boleh mendatangkan kecederaan kepada anak mereka sahaja, sebabnya busut anai-anai agak tinggi.

10. Tidur secara menungging nanti boleh mati.
Logiknya: Orang tua-tua tidak mahu anak-anak mereka tidur secara menungging kerana takut akan lemas ketika tidur dan boleh membawa kepada kematian sahaja.

11. Suka angkat kedua-dua kaki ketika tidur meniarap nanti mati mak.
Logiknya: Orang tua-tua tidak mahu anak mereka bersikap biadap jika dilihat orang luar atau semasa dia berbuat demikian ada orang berhampiran.

12. Jangan membazir nasi, nanti tiap- tiap butir nasi itu akan menangis. 
Loginya: Orang tua kita hanya tidak mahu anak-anak mereka bersika membazir sahaja, kerana pada zaman dahulu beras susah hendak di dapati.

13. Jangan bertukar- tukar/ berpindah- pindah tempat duduk semasa makan, nanti banyak kali bertukar ganti suami
Loginya: Hanya tidak mahu bersikap tidak sopan sahaja, takut apabila makan di satu tempat tumpat dan tempat lain juga akan tumpah dan keadaan akan jadi berselerak dengan sisa tumpahan makanan itu nanti.

14. Jangan menjahit baju yang sedang dipakai di badan, nanti semasa matinya pakaian susah ditanggalkan.
Logiknya: Hanya tidak mahu carum tercucuk badan sesama menjahit dan tidak mahu mendatangkan kecederaan sahaja.

15. Jangan bunuh ular berbisa didalam rumah nanti ibunya atau pasangannya akan datang cari.
Logiknya: Hanya tidak mahu bisa dari ular tersebut dalam tidak sengaja berada didalam rumah, takut terkena pada orang yang di dalam rumah.

Jika Suffie hendak kongsikan lagi pantang larang orang-orang melayu nie banyak sebenarnya. Suffie kira cukup dulu kot untuk hari nie mengenai pantang larang nenek moyang kita nie. Ini hanyalah pantang larang nenek moyang kita yang terdahulu hanya untuk menjadikan kita seorang insan yang ada adap dan ada sopan santunnya. Bukankn melayu itu indah dengan budi pekertinya dan sopan santun yang baik sejak dahulu lagi.

#Pesan Suffie dalam apa yag kita buat, biarlah berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

No comments: