NASI DAGING TOK NAH... AIR ASAM SEMPOI PUNYA...

#Nasi Daging Tok Nah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, hari nie Suffie dapat makan nasi daging tok Suffie. Hari nie family Suffie pakat-pakat kemas rumah tok Suffie. Maklum la rumah kampung lama, kayu banyak, anai-anai dah mula buat sarang.

Hari ini Suffie nak kongsi sikit cara macam mana nak buat Nasi Daging resepi tok Suffie.

Penyediaan untuk 6 orang makan.
Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitamBahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebihBahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelagaBahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis


Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. 
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 
Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. 
Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. 
Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam:

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Bagi sesiapa yang sukakan gulai boleh la buat gulai dengan citarasa sendiri, buat gulai daging dengan ubi pasti sedap.

Selamat mencuba Suffie ucapkan. 

#Pesanan Suffie hanya satu sahaja, ikut resepi macam mana pun. Air tangan dan citarasa sendiri untuk rasa sedap dan enak. Kalau suka pedas, tambah lagi cabai. Kalau suka masin sedikit tambah garam. 


No comments: