Doa Dari Terkena Sihir Ketika Makan.

Pasti ramai yang sering kali makan atau minum di luar seperti kedai makan mahupun di rumah sahabat handal atau kenduri kendara.

Sedarkah kita akan ilmu-ilmu halus yang sering diamalkan oleh orang-orang yang mempunyai niat jahat di luar kawalan kita. Tahukah anda bahawa sihir-sihir yang diamalkan seperti pelaris dan santau sering kali digunakan oleh perniaga zaman sekarang.

Suffie bukannya mahu menuduh atau menghina mereka-mereka ini yang menggunakan ilmu-ilmu sihir ini selain memohon pertolongan dengan berdoa kepada Yang Maha Esa. Tapi kita sebagai manusia dan makhluk di muka bumi ini tidak terlepas dari diuji oleh - Nya.

Seperti Suffie juga sering kali lepak bersama-sama sahabat handal di kedai-kedai makan dan sering kali juga berjalan-jalan di tempat orang dan kita tidak tahu bagaimana keadaan dan keselamatan tempat yang kita menjamu selera. 

Jadi, di sini Suffie kongsikan satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa ini juga boleh kita amalkan di dalam doa harian kita dan bukan sahaja dapat mengindar dari terkena santau sahaja, malah boleh mengelakkan dari terkena perbuatan jahat orang dan mengelakkan dari terkana gigitan binatang berbisa. Doa yang Suffie dimaksudkan adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Selain daripada itu kita haruslah sedar bahawa kita sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini tidak lari daripada diuji oleh - Nya, kita seharunya bersabar dengan dugaan yang diberikan oleh - Nya. Nescaya di masa akan datang kita akan peroleh sesuatu yang indah daripada - Nya.

Suffie ingin ingatkan kepada semua, dalam apa yang kita lakukan, sentiasalah lakukan kerana Allah swt. Kerana Allah swt adalah perlindung kepada kita dalam apa jua keadaan. Selagi kita ingat kepada Allah swt, selagi itulah Allah swt akan sentiasa ingat kepada hamba -Nya.

No comments: