#Suffie sedang beraksi di arena peperangan paintball.
Assalammualaikum.
Siapa pernah main paintball.? Mesti tak ramai yang tidak tahu dan tidak pernah main pantball. Bagi Suffie, Suffie pernah main pantball samada tembak secara target mahupun secara peperangan 2 pihak. Permainan pantball ini agak lasak dan memerlukan ketangkasan dan strategi yang baik untuk memenangi sesuatu pertandingan.
Jom kita belajar sikit sebanyak mengenai kelengkapan yang di perlukan di dalam permainan paintball ini :-
#Gun yang selalu digunakan di dalam permainan paintball.
#Ini pula sebahagian barang keselamatan yang perlu digunakan untuk elakkan dari kecederaan.
#Contoh peluru yang digunakan. Luarannya adalah getah dan cecair didalamnya adalah dari minyak sayur.
#Ini pula kecederaan yang akan dialami jika tidak memakai peralatan keselamatan. Akan mengalai lebam-lebam yang teruk dan boleh mengakibatkan pecah darah di kulit.
Antara peraturan asas yang perlu diikuti adalah kain di muncung gun tidak dibenarkan dibuka sehingga masuk ke arena peperangan, bergitu juga jika keluar dari arena peperangan muncung gun hendaklah ditutup kembali.
Penutup muka atau mask tidak dibenarkan dibuka ketika berada di dalam arena peperangan, jika dibuka pengadil di dalam arena peperangan akan batalkan penyertaan untuk pusingan tersebut.
Format yang digunakan semasa peperangan bergantung kepada keadaan tempat dan kehendak penganjur. Selalunya format tembak pihak lawan sampai tidak tinggal seorang pun akan dikira pemenang untuk pusingan tersebut.
Yang penting tidak dibenarkan sama sekali melepaskan tembakkan di luar arena peperangan kerana takut akan cederakan orang lain.
Sebenarnya permainan paintball ini menyeronokkan dan agak memenatkan jika kita kurang stamina. Ini adalah salah satu aktiviti riadah yang baik untuk ahli keluarga dan juga bersama sahabat kita di masa lapang.
Suffie nak kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar Suffie bersama sahabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Seberang Perai Utara Bersama sahabat GPMS Negeri Pulau Pinang di tempat permainan paintball di Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah.
#Ahli GPMS Negeri Pulau Pinang yang menjayakan program paintball GPMS SPU.
#Antara aksi ketika di arena peperangan.
#Diantara pasukan yang bertanding.
#Suffie bersama team sedang berbincang strategi kemenangan.
#Bersiap sedia sebelum masuk ke arena peperangan.
#Taklimat penggunaan gun sebelum peperangan dimulakan.
#Team Suffie.
#Gaya tue mau lebih.
#Team Suffie Sebelum mulakan peperangan. Di situ satu kesalahan oleh team Suffie sebab tanggalkan mask semasa di dalam arena peperangan.
#Demi kemenangan.
#Gun yang digunakan.
#Sebelum mulakan peperangan, peluru getah yang digunakan harus diisi dengan sepenuhnya.
#Arena peperangan yang digunakan.
#Team yang bertanding.
#Periksa kelengkapan dengan sebaiknya.
#Tekun mendengar arahan daripada penyelaras program.
#Sebahagian ahli yang turut serta.
#Kesimpulannya ada apa jua yang kita cuburi, itu semua adalah untuk mengeratkan lagi tali perhubungan diantara ahli dalam persatuan dan sesama keluarga.
Bersukanlah demi kesihatan kita di masa depan.
No comments:
Post a Comment