APA GUNANYA " SIGNAL" ???

#Isyarat untuk membelok ke kiri dan ke kanan.

Assalammualaikum dan selamat tengah hari. Selamat "ber lunch" bagi yang baru nak lunch.

Bagi yang nak keluar lunch tue berhati-hati. Sebut berhati-hati Suffie nak kongsikan sedikit tentang rakyat Malaysia yang berat tangan nak gunakkan "SIGNAL".

Signal ataupun isyarat ke kiri dan ke kanan yang ada di setiap kenderaan bermotor. Apakah kegunaannya?

Adakah hanya perhiasan di setiap kenderaan anda atau hanya sebatang "kayu buruk" untuk digantung pewangi atau sebagainya.

Kadar kemalangan di Malaysia terus meningkat dan kesedaran terhadap penggunaan lampu isyarat ke kiri dan ke kanan masih kurang.

Suffie bercakap mengenai lampu isyarat ini kerana kerap kali Suffie terkena dengan pemandu-pemandu di Malaysia ini yang masuk ke simpang tanpa memberi isyarat lampu atau sudah mahu simpang baru nak bagi lampu isyarat, seolah-olah seperti sudah tak tahan nak membuang baru nak cari tandas. Akibatnya kenderaan di sisi dan belakang akan mengalami kejutan dan boleh membawa kepada kemalangan. Terutamanya kepada pembonceng motosikal yang sering kali di langgar atau terbabas apabila kereta atau kenderaan besar lain mahu membelok.

Kita seharusnya sedar dan mengambil berat mengenai penggunaan "signal". Kerana akibat tidak menggunakan lampu isyarat membelok nyawa seseorang akan dalam keadaan bahaya. Nampak mudah, tapi boleh membawa kepada kecederaan yang serius ataupun maut.

Jika semua pengguna jalan raya mengikuti peraturan yang sudah ditetapkan sudah semestinya kadar kemalangan dapat dikurangkan atau dielakkan.

Ingatlah, lampu isyarat membelok sangat-sangat penting dan jika boleh berilah isyarat membelok lebih awal daripada simpang untuk membelok. Kesedaran anda semua dapat mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku.

#Pesanan ikhlas daripada Suffie buat semua pengguna jalan raya. Signal bukan perhiasan tapi dapat menyelamatkan nyawa kita.

No comments: