#Gambar Suffie Bersama Dua Permain Import Pulau Pinang Bagi Musim 2016. Tengah Matias Cordoba (Argentina) Dan Sebelahnya Brent Griffiths (Australia).
Saja la Suffie nak sembang sikit pasai bola sepak nie. Ada yang minat nak tengok bola saja. Ada yang minat gila-gila sampai semua benda dia buat atau beli mesti tentang pasukan kegemaran dia.
Mai Suffie nak cerita sikit Suffie nie jenis macam mana dengan bola sepak nie. Suffie nie bukan la peminat gila-gila sangat, tapi hanya mengikuti perkembangan serba sikit tentang bola sepak dunia dan bola sepak tempatan.
Tentu semua ada pasukan yang hampa semua minat kan.? Macam suffie pun ada jugak minat pasukan luar dan dalam negara. Kalau dalam negara sudah semestinya Suffie sokong pasukan tempat kelahiran Suffie, Pulau Pinang atau gelaranya Penang Panthers. Kalau pasukan bola sepak luar negara pulak mesti la Suffie minat Arsenal atau gelaran yang di beri The Gunners.
Kalau hampa semua nak tahu perkembangan terkini mengenai bola sepak pasukan kegemaran Suffie iaitu Penang Panthers hampa boleh tengok dekat sini. Laman Web Rasmi Penang FA
Hampa nak tau sebab apa Suffie minat dengan pasukan Arsenal nie. Sebabnya Arsenal nie Suffie anggap dia sebagai satu pasukan yang seumpama kilang permain yang hebat-hebat. Bagi Suffie pengurus Arsene Wenger nie bijak memilih dan metih permain muda didalam menjadikan permain tersebut sebagai permain yang hebat dan menjadi rebutan oleh kelab-kelab gergasi. Arsenal
Suffie nie minat sikit-sikit saja, bukan minat sampai nak beli barang atau tak boleh nak berkawan langsung dengan peminat pasukan lain. Suffie minat hanya sekadar pengetahuan, bukan apa nanti bila sembang pasai bola ada la jugak yang Suffie tahu.
Bagi Suffie tak salah jika nak minat apa-apa pun, yang penting jangan sampai menglalaikan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Satu lagi jangan la sampai nak gaduh-gaduh pasai bola nie, Suffie rasa sapa yang dok gaduh pasai bola nie memang dah hilang akai. Biarlah kita berbeza minat, tapi kita boleh duduk semeja dalam apa jua keadaan.
Yang penting jangan kita lupa diri kita sebagai hamba kepada - Nya. Buatlah apa sahaja selagi perkara yang kita lakukan itu tidak dilarang oleh Yang Maha Esa.
#Sory nooo, kali nie Suffie banyak pakai bahasa utaqa sikit.
No comments:
Post a Comment