RESPECT...!!!

Assalammualaikum.

#Sekadar Gambar Hiasan.

Tentu ramai yang apa yang dimaksudkan dengan "RESPECT" atau dalam bahasa melayunya ialah menghormati sesama insan. Tidak kiralah samada yang muda menghormati yang tua, yang tua menghormati yang muda dan pekerja menghormati ketuanya,mahupun ketua menghormati pekerjanya.

Bagi Suffie mudah saja konsep menghormati ini. biarlah apa jua keadaan pun yang tua atau yang muda biarlah sesama insan kita menghormati sesama sendiri. Jika tidak ada perasaan menghormati maka hubungan baik antara insan tidak akan terjalin dengan baik.

Pada zaman sekarang inilah Suffie lihat ramai anak-anak kecil yang tidak tahu menghormati orang yang lebih tua di antara keluaraga mahupun orang-orang di sekeliling mereka. Malah anak-anak kecil ini bertindak seperti mereka pula yang lebih tua dan berpengalaman. Malah anak-anak kecil ini ada juga yang tidak menghormati ibi bapa dan ahli keluarga mereka.

Suffie nak tanya kepada semua, jika kes-kes ini berlaku siapa yang kita patut salahkan...?
Keluarga...???
Keadaan Di sekeliling...???
Kawan-Kawan...???
Adik Beradik...???
Keluarga...???
Pengaruh TV...???

Siapa yang kita mahu salahkan jika sifat biadap anak-anak kecik ini sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kata yang kesat, bersikap kurang ajar dengan melakukan perbuatan menendang dengan kaki atau sampai tahap meludah...???

Sebenarnya hasil didikkan dan keadaan sekeliling yang menjadikan anak-anak kecil ini bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

#Sekadar Gambar Hiasan.

Cuba bayangkan jika dari kecil si anak kecil ini tidak diberi didikkan yang baik bukan didikkan ilmu sahaja, malah perlu ada didikkan dari segi didikkan moral yang baik untuk menunjukkan akhlak yang baik.

Tidak guna jika sudah besar baru mahu gunakan sedikit kekerasan dalam mendidik anak, kerana sudah terlewat untuk memberi pengajaran dengan memukul. Tidak salah memukul untuk memberi pengajaran semasa kecil, kerana memukul itu akan memberi sedikit pengajaran yang berguna buat anak kecil. Bukan memukul sehingga mendatangkan kecederaan, akan tetapi memukul untuk pengajaran sahaja.

Siapa pernah lihat filem Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk "Anakku Sazali". Di dalam filem tersebut sarat dengan ilmu dan pengajaran buat ibu bapa di dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya. Pesanan yang cuba disampaikan oleh Tan Sri P.Ramlee di dalam filem tersebut adalah jangan manjakan anak dengan kemewahan dan kasih sayang yang membabi buta, kerana besarnya anak itu nanti tidak akan kenal erti kehidupan yang baik.

Biarlah kasih sayang yang berpada-pada demi masa depan anak kecil itu lebih baik dari apa yang ibu bapa mahukan.

Sememangnya seronok melihat anak-anak kecil ini bersikap kurang ajar semasa kecil, akan tetapi jika sikap itu masih terbawa-bawa ke hari besar mereka, sudah tidak guna untuk ibu bapa menegur dengan kekerasan atau kata-kata yang keras. Biarlah dididik dari kecil agar anak kecil itu faham apa erti menghormati.

Suffie bercakap bukan untuk anak kecil sahaja, malah kepada insan yang sudah mampu berfikir dengan waras jangan sesekali kamu bersikap kurang ajar kepada sesiapa pun termasuk kepada tumbuhan dan haiwan. Selagi mana kamu bersikap baik dan hormat kepada setiap makhluk ciptaan Allah, selagi itulah diri kamu sentiasa dihormati.

#Biar kita diam walaupun kita marah, asalkan kita tidak balas kembali sikap tidak menghormati mereka... Biarlah Allah yang memberi hukuman kepada mereka yang bersikap tidak menghormati kamu.

No comments: