NASI AYAM CHE KIAH KENA SKALI MESTI MAU LAGI...

#Nasi Ayam Che Kiah.

#Nasi Ayam Che Kiah Siap Dibungkus.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah petang tadi Suffie dapat tempahan nasi ayam pula untuk di sedekah kepada orang yang hadir di masjid untuk bacaan yassin malam jumaat.

Tadi pagi Suffie kongsikan macam mana nak buat nasi lemak Che Kiah. Sekarang Suffie nak kongsikan pula macam mana nak buat nasi ayam che kiah pula.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam 
(direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayamBahan untuk ayam 
(diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam


Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

#Ayam yang direbus diperap denagn bahan-bahan perapan.

#Ayam perap yang siap digoreng.

#Ayam perap sedang digoreng.

#Ayam siap untuk dibungkus atau dimakan.

Cara untuk memasak nasi:
Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

#Sup yang siap dimasak.

Cara untuk memasak sos:
Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

#Kicap dan sos yang siap dimasak.

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

#Timun segar.

#Tomato segar.

#Salat segar.

Selamat mencuba buat semua. Seperti yang pernah Suffie katakan, cara seseorang individu itu memasak yang akan menghasilkan sesuatu masakan itu sedap ataupun tidak. Yang penting kita masak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

#KALAU MALAS NAK MASAK BOLEH ODER DEKAT SUFFIE SAJA... NAK ODER PM SUFFIE NOOO... PM DEKAT FB SUFFIE PUN BOLEH...

No comments: