KECURANGAN DALAM ALAM MAYA...

Assalammualaikum..

#Gambar Hiasan.

Sejak zaman meningkat maju kini macam-macam perkara buruk dan baik berlaku. Sebagai contoh perkara yang kerap sekali belaku adalah keretakkan perhubungan rumahtangga.

Ramai suami isteri yang bergaduh kerana teknologi masa kini. Seperti application facebook, what's app,  wechat, line dan macam-macam lagi application lain yang memudahkan perhubungan berlaku secara terus.

#Application Yang Semakin Maju.

Lagi mudah perhubungan berlaku lagi mudah berlakunya keretakkan rumahtangga. Dah banyak Suffie tengok disebabkan teknologi ada saja yang bergaduh dan bercerai. Tambah-tambah pula bagi orang-orang yang sudah meningkat usianya sebelum ini tidak pernah tahu akan kemudahan teknologi tiba-tiba baru nak mula dengan teknologi terus jadi seperti kebudak-budakan.

Suffie lebih suka guna perkataan "kejutan budaya" kepada orang-orang jenis ini. Sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga tiba-tiba roboh dengan sekelip mata sahaja akibat kerakusan dalam dunia teknologi.

Lagi maju teknologi lagi bermasalah bagi rumahtangga yang rapuh.

Adakah masalah ini berpunca daripada teknologi.?

Sebagai contoh penggunaan "whatsapp". Hampa semua mesti ada app whatsapp nie, untuk berhubung dalam perhubungan seharian. Ada yang berhubung secara individu dan ada yang berhungung secara "group". Daripa group nie la yang akan jadi bermacam-macam, mula-mula nak kenal. Akhir sekali terus ada perasaan tangkap cintan.

Satu lg contoh Suffie nak bagi penggunaan application "wechat". Wechat nie lagi bagi jahanam anak muda dengan pasangan suami isteri. Sebab apa Suffie kata macam tue. Sebab application wechat nie lagi mudah nak cari pasangan dengan hanya menggunakan "people nearby" yang boleh cari pasangan berdekatan tanpa perlu nombor telefon pun.

Banyak lagi application yang boleh merosakkan perhubungan yang Suffie boleh bagi contoh. Setiap application ini mempunyai kelebihan sendiri.

Bagi Suffie masalah ini berpunca dari sikap individu sendiri. Kerana tidak tahan dengan nafsu sendiri, dan kerakusan diri sendiri. Jangan salahkan teknologi.

Biarkanlah kita gunakan teknologi dengan sebaik-baiknya. Jangan teknologi mempergunakan diri kita.

Gunakan teknologi untuk rapatkan hubungan silatturahim dan bukan memutuskan hubungan yang ada.

#Pesanan Suffie jaga hubungan yang ada, jangan kerana teknologi hubungan yang dibina sekian lama itu retak dan roboh. Ingatlah, sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya. Dan syaitan akan terus melalaikan kita.

BAU BADAN YANG TIDAK MENYENANGKAN...!!!

Assalammualaikum...

#Sekadar Gambar Hiasan.

Siapa ada kawan atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah bau badan.?

Mesti ada punya yang mempunyai masalah bau badan sama ada adik beradik, kawan mahupun diri sendiri. Masalah bau badan ini bukannya satu masalah baru bagi kita semua. Ianya kadang-kadang mengganggu fokus kita dalam sesuatu yang kita lakukan.

Macam Suffie sendiri, dulunya memang Suffie ada masalah bau badan yang amat teruk sehinggakan Suffie sendiri tidak tahan dengan bau badan Suffie sendiri. Bermacam-macam produk Suffie pakai sehingga Suffie jumpa satu produk yang amat sesuai dengan Suffie. Suffie sendiri pakai pewangi ketiak "Rexona For Men". Ada yang tidak suka pakai pewangi ketiak ini kerana akan merosakkan pakaian sehinggakan memutihkan bawah lenggan baju dan meroskkan baju. Bagi Suffie setelah gunakan Rexona Invisible Dry tidak ada lagi masalah keputihan di bawah lenggan baju.

Bukan itu sahaja Suffie nak kongsikan, lain orang lainlah kesesuain jenama produk yang dia gunakan. Jangan mencuba satu sahaja jenama produk, carilah mana-mana produk sehinggakan sesuai dengan diri kita dan tidak ada lagi bau badan.

Bagi yang mempunyai bau badan yang kuat, cubalah buang bulu ketiak kerana punca utama bau badan adalah bulu ketiak yang tidak di buang. Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa membuang bulu ketiak adalah "Sunnah".

ونتف الإبط سنة لأنه من الفطرة ويفحش بتركه وإن أزال الشعر بالحلق والنورة جاز ونتفه أفضل لموافقته الخبر قال حرب : قلت لإسحاق نتف الإبط إليك أو بنورة ؟ قال نتفه إن قدر

“Mancabut bulu ketiak adalah sunnah karena bagian dari fitrah. Membiarkannya tidak dicabut adalah perbuatan yang buruk. Jika dihilangkan dengan mencukur atau dengan tawas hukumnya boleh, akan tetapi dicabut lebih afdhal, karena lebih sesuai teks hadis. Imam Harb mengatakan, “Aku bertanya kepada Ishaq: ‘Mana yang lebih anda sukai, mencabut bulu ketiak ataukah menghilangkannya tawas?’ Jawab Ishaq, ‘Mencabutnya, jika dia mampu’.” (Al-Mughni, 1/65).

Suffie juga nak kongsikan pertua orang lama nak hilangkan bau ketiak yang masam atau bau badan yang amat busuk. Bukan Suffie kata mandi tak sabun, tapi ada juga orang yang dan sabun walaupun guna sampai sebotol sabun pun masih berbau badan lagi. Jom Suffie kongsikan antara petua orang dulu-dulu :-

1. Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
2. Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
3. Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya.
4. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.
5. Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
6. Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
7. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
8. Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
9. Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
10. Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
11.Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
12. Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.


#Suffie ucapkan selamat memcuba ya semua. Yang penting jaga kebersihan. Jaga kebersihan nie bukan saja semasa kita melakukan perbuatan seharian atau jumpa kekasih hati mahupun sesiapa sahaja. Ingat kita pun kena dalam keadaan bersih dan wangi ketika bertemua Yang Maha Esa semasa dalam solat kita.

KENAPA PERLU DIAM...?

Assalammualaikum...

#Lebih Baik Diam...!!!


Diam...?

Apa maksud diam yang Suffie cuba sampaikan di dalam penulisan Suffie kali ini.? 

Mesti hampa semua mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja, family, kawan, sahabat karib, kekasih hati, dan sesiapa sahaja. 

Kadang-kadang masalah boleh diselesaikan dengan berbincang dengan baik tapi kekadang masalah boleh diselesaikan dengan cara berdiam sahaja.

Macam Suffie, Suffie memang seorang yang suka diam dalam apa jua keadaan masalah yang Suffie berdepan. Kerana apa Suffie lebih rela berdiam.? Sebabnya Suffie nie jenis yang emo dan suka mengungkit perkara-perkara lama, dari Suffie keruhkan keadaan dan perkara jadi lebih buruk lebih baik Suffie diamkan diri dan masalah akan dilupakan sahaja.


Banyak bercakap juga boleh mengundang kepada kebencian dan sakit hati orang lain. Ada manusia yang tak suka bercakap banyak dan tak suka dengar orang bercakap banyak. Cakap banyak juga boleh membawa padah kerana Kadang-kadang apa yang kita sampaikan itu akan menyakitkan hati meraka atau kita terlepas cakap dan boleh membawa kepada perbalahan yang mengundang kepada pergaduhan. 

Tak semua perkara atau masalah akan selesai jika perbalahan mulut antara satu sama lain. Kadang-kadang ada masalah yang boleh diselesaikan dengan satu pihak berdiamlan diri tanpa melawan apa yang dibincangkan. Masalah tersebut dapat diselasaikan dengan cepat dan tanpa perbalahan atau pergaduhan.

Bagi pendapat Suffie la, tak perlu ego dalam selesaikan masalah itu. Tengok pada keadaan masalah itu, jika masih tak boleh diselesaikan lebih baik salah seorang berdiam diri sahaja untuk tidak keruhkan keadaan. Suffie suka berdiam diri, sesiapa yang mengenali Suffie akan tahu sifat diam Suffie.

Tapi ada buruknya jika terus berdiam dan simpan semua dendam dan perasaan itu. Kelak dia akan lepaskan jua semua yang dia pendamkan. Jadi jika mahu berdiam, lebih baik diam dan lupakan apa yang terjadi. Sebab kalau kita lupakan apa yang terjadi, hati kita akan lebih tenang dan aman.

Sifat manusia nie tak sama, lain manusia lainlah sifatnya. Kena faham dan tengok sifat setiap manusia yang kita kenal. Sebab jika kita kenal seseorang itu, segalanya mudah untuk kita kawal segalanya, seperti emosi dia, cara nak ambik hati dia, macam mana nak tenangkan dia, dan lain-lain lagi.

Suffie bukan sahaja suka diam dalam sesuatu masalah. Tapi Suffie juga banyak berdiam dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang ada yang anggap Suffie nie seorang yang sombong. Memang Suffie akan diam dan tidak pandai nak mulakan perbicaraan, tapi kalau sudah mula nak berhenti susah pulak.

Macam Suffie katakan tadi, berdiam nie ada buruk dan baiknya. Jadi pilihlah keadaan yang mana sesuai untuk kita berdiam dalam menjadikan sesuatu keadaan itu baik. Jangan terlalu diam sampaikan orang akan anggap kita lari dari masalah atau sombong.

#Satu saja pesanan Suffie, dalam apa jua keadann kita biarlah bibir kita tidak lekang dengan selawat keatas Nabi Muhammad dan Menyebut nama Allah. Setiap kali kita ingat kepada Maha Pencipta kita selagi itulah Allah akan ingat kepada umat -Nya.

EGO BOLEH HILANG KAWAN..


Assalammualaikum.. Hampa semua dok buat apa tue...? Dan lunch ka belum...? Kalau belum hampa lunch la dulu, takut masuk angin nanti perut tue.

Suffie nak cerita sikit pasai bab nak betul dia saja. Hampa ada tak kawan yang kerja dia kalau cakap nak menang dia saja, walau dia cakap tue tak betul. Mesti ada punya.

Suffie ada jugak kawan-kawan yang jenis nak menang dia saja. Hampa tau Suffie suka buat macam mana dekat orang-orang jenis ? Suffie suka kacau dia sampai dia ngaku salah. Suffie nie pun jenis nakal jugak, suka kacau orang yang jenis cakap besar dan nak menang lepa saja.

Tapi jangan la sampai gaduh-gaduh. Suffie pun tengok orang jugak kalau nak melawak kasar nie. Kalau jenis boleh melawak ok la, takut yang jenis tak boleh nak melawak boleh sampai gaduh nanti.

Kalau sudah salah tue ngaku saja salah. Jangan ego sangat nak ngaku salah. Sebab nanti kawan-kawan pun lari tak mau berkawan dengan kita dah. Kan dah rugi hilang kawan.

#Apa-apa pun Suffie nak habaq la kat hampa kalau nak melawak ka nak lawan cakap ka, jangan sampai bergaduh. Buat rugi saja kalai bergaduh nie...

TIPS MEMANCING UDANG GALAH ATAU SANG SEPIT BIRU.

Assalammualaikum...

#Udang Galah Yang Suffie Berjaya Naikkan.

Siapa ada pernah memancing udang galah atau lebih popular di panggil sang sepit biru tak kira di sungai ataupun kolam berbayar?

Bagi Suffie memang memancing udang galah ini adalah salah satu hobi masa lapang Suffie.

Memancing udang galah ini adalah lebih mencabar kesabaran daripada memancing ikan di laut ataupun di sungai.

Memancing udang galah ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan cara yang amat teliti, jika tidak kena caranya, alamatnya balik dengan tangan yang kosong la.

Baik mancing udang galah di sungai mahupun di kolam berbayar, caranya tetap sama.

Walaupun mata kail pancing sudah di pagut atau dimakan si udang galah, itu belum tentu hampa dapat daratkan di sepit biru. Kerana permulaan pertama si sepit biru hanya menyepit mata kail yang mempunyai umpan dan tidak memakan umpan tersebut lagi.

Jom Suffie kongsikan sedikit cara untuk menjinakkan udang di kolam pancing udang berbayar.

Langkah pertama :-
~Pilih pancing yang baik dan mempunyai mata kail yang bengkok ke sisi dan bukanya bengkok lurus mata kail. Pilih umpan yang terbaik seperti umpun-umpun atau hati/pedal ayam.

Langkah kedua :-
~Ukur paras kedalaman air di dalam kolam samada menggunakan pancing atau kayu yang disediakan.
~Pastikan mata kail dan pelampung mengikut ke dalaman air dan tidak melebihi ke dalaman air. Ini adalah untuk memudahkan hampa tahu bila udang sudah makan umpan.

Langkah ketiga :- 
~Letak umpan secukupnya di mata kail agar udang dapat bau hanyir umpan yang hampa pakai.
~Mula memancing dan pastikan hampa letak mata kail hampa di tempat yang oksigen naik atau di tempat yng hampa rasa ada udang.

Langkah keempat :-
~Jika pelampung hampa sudah tenggelam, jangan panik atau rentap pancing hampa macam mancing ikan.
~Caranya, bagi cekang/tegang tali pancing hampa dan perlahan-lahan tarik pancing hampa dengan hati-hati.

Langkah lima :-
~Semasa proses menarik tali pancing hampa dan terasa rentapan pertama oleh udang, biarkan dan terus tarik pelanhan-lahan.
~Jika terasa rentapan kali kedua dan terus di rentap-rentap oleh udang galah, itu tandanya udang galah sudah terkena mata kail dan hampa boleh terus angkat udang galah tersebut kedarat.

*Tips ini juga diguna pakai sesama memancing udang di sungai. Cuma bezanya hampa tak boleh ukur kedalaman air la. Hampa perlu gunakan batu ladung dan tak boleh guna pelampung macam hampa guna untuk pancing udang galah di kolam.

Suffie kongsikan sedikit gambar-gambar hasil sang sepit biru yang Suffie berjaya daratkan :-





Udang galah atau sang sepit biru ini sedap dimasak dengan pelbagai cara. Antaranya masak tomyam, masak pedas, goreng kunyit, bakar dan macam-macam lagi masakkan. Bagi Suffie, Suffie suka masak si sepit biru ini dengan meggi, memang terangkat. 

Tapi sekarang Suffie dah tak boleh nak makan udang. Kalau Suffie makan jugak udang, padah akan menimpa Suffie. Kulit Suffie akan naik gatal-gatal dan alegik yang amat teruk. Jadi Suffie terpaksa lupakan makan udang galah mahupun udang laut.

#Meggi Udang Galah.

#Udang Galah Masak Pedas.

#Tomyam Udang Galah.

#Suffie nak ingatkan kepada hampa semua. Dalam apa jua yang kita lakukan, satu saja Suffie nak pesan kat hampa. Jangan lupa akan tanggungjawab hampa semua dekat Yang Maha Esa. InsyaAllah rezeki hampa akan bertambah-tambah.

TANDA-TANDA SANTAU DAN CARA MENGELAK DARI SANTAU

#Antara Tanda-Tanda Santau.

Assalammualaikum...

Sejak-sejak akhir ini kerap Suffie dengar orang kena santau. Mungkin musim dia kot, sebab ada yang ambik ilmu ini nak test power. Jadi kita kena hati-hati dengan keadaan sekeliling dan apa jua yang kita makan.

Suffie kongsikan sedikit mengenai santau.


"PENTING SANGAT2 BAGI YANG SUKA MAKAN DILUAR"....
*****************************************

SANTAU... Mungkin ada tanda-tanda yg mencurigakan pada bahan makanan anda kebiasaannya bahan kotor seperti rambut dan kuku. Apabila terjumpa dan terlihat bahan tersebut baca surah Al Furqan ayat 23 lalu dibuang bahan tersebut.
InshaAllah..

Antara tanda-tanda Santau terkena pada makanan

● Pening dan mengantuk menjelang mahgrib
● Kuku dan bawah mata menjadi hitam dalam masa yang singkat
● kurang selera makan dan muntah walaupun hospital tidak dapat kesan pnyakit tersebut
● Sakit perut tanpa sebab
● Hilang focus
● Mimpi bahan-bahan tajam seperti sembilu, buluh, ranting-ranting yg tajam tulang.

Berusahalah dan amalkanlah 
AlQuran dalam kehidupan harian anda
"AYAT NI PENDEK SAJA"
Kongsikan kepada orang yang anda sayangi

Jom SHARE kepada kawan-kawan dan family kita...

#Ingat dalam apa jua yang kita lakukan, iringi dengan doa yang mustajab untuk elak diri kita daripada terkena perkara-perkara yang tidak baik.

BERSUKAN UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum...

#Berbasikal Untuk Kesihatan.

Selamat petang kepada semua, apa aktiviti hampa petang nie...? Suffie pulak suka lakukan aktiviti berbasikal petang-petang nie.

Adakah hampa semua suka bersenam...?

Adakah hampa sihat tubuh badah untuk tidak bersenam...?

Apakah bentuk senaman yang hampa lakukan...?

Boleh dikatakan semua orang di Malaysia ini malas bersenam dan mengalami obesiti. Kerana apa berlakunya obesiti kerana mengamalkan permakanan yang tidak sihat dan malas untuk bersenam.

Rakyat Malaysia ini mewah dengan makanan yang mudah didapati dan pelbagai jenis. Sebab itulah hampir 80% rakyat Malaysia mengalami obesiti.

Suffie kongsikan piramid makanan yang seimbang buat keseimbangan badan kita.

#Piramid makanan yang seimbang.

Kita rakyat Malaysia disarankan untuk senaman selama 15 minit setiap hari. Bagi menjadikan tubuh badan seseorang itu sihat.

Macam Suffie senaman yang Suffie lakukan adalah dengan berbasikal berseorangan atau bersama-sama sahabat Suffie.

Berkayuh sejauh 5km hingga ke 10km sudah bermadai buat badan kita berpeluh dan stamina kita pasti akan baik.

Suffie juga pernah masuk #fitmalaysia dalam acara berbasikal sejauh30km. Berkayuh di batas sawah padi, kayuh dari rumah Suffie di seberang ke Pulau Pinang. Walaupun nampak santai tetapi berkayuh basikal ini memerlukan stamina yang kuat untuk elakkan daripada penat terlalu awal atau kekejangan otot.

Jom Suffie kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar Suffie bersama sahabat Suffie melakukan aktiviti berkayuh.

Gambar Suffie bersama pengerusi GPMS Pulau Pinang semasa #fitmalaysia 2015:-














Suffie bersama sahabat kayuh di bendang, R&R Bagan dan ke Penang.













#Bersukanlah demi kesihatan yang baik untuk diri kita di masa depan. Jaga permakanan juga untuk seimbangkan dengan kehidupan harian kita.

SI ULAR SAWA BATIK YANG CANTIK...

#Ular Sawa Batik Berada Di Tangan Suffie.

Siapa ada haiwan peliharaan...?

Suffie pernah ada haiwan peliharaan seperti ayam serama, kucing, arnab, burung merpati, burung merbuk, tupai dan yang paling Suffie sayang adalah ular sawa.

Suffie pernah ada haiwan peliharaan seekor ular sawa batik yang Suffie jumpa berhampiran rumah Suffie.

Ular sawa yang Suffie jumpa baru berusia sebulan lebih dan agak liar sedikit. Suffie ambik bela dan belajar bagaimana nak bagi jinak ular sawa batik tersebut daripada sworang abg yang juga peminat haiwan-haiwan exotic ini.

Suffie berjaya jinakkan ular sawa batik tersebut dengan cara yang agak mudah. Letakkan ular sawa batik tersebut di dalam baldi yang berisi air dan pusingkan ular tersebut bersama air di dalam air buat beberapa ketika dan ulang perkara yang sama setiap hari sehingga ular tersebut betul-betul jinak.

Makanan si ular sawa ini senang sahaja. Hanya seekor atau dua ekor tikus putih seminggu sekali sahaja ikut pada saiz tikus tersebut.

Tapi sayang Suffie bela tak lama kerana terlalu sibuk dengan kerja, Suffie tak sempat nak jaga si ular sawa Suffie, Suffie lepaskan kembali ular sawa tersebut ke dalam hutan.

Jom Suffie kongsikan sedikit gambar-gambar si ular sawa batik yang Suffie pernah bela swbwlum ini.






#Walau Apa Pun Yang Kita Bela, Jangan Sampai Kita Menyiksa Haiwan Tersebut. Biar Haiwan Itu Terus Sihat Dan Hidup Dengan Baik. Kerana Haiwan-Haiwan Ini Juga Makhluk Allah...

MINTAK NASIHAT ORANG, TAPI TAK SUKA NASIHAT ORANG ITU...!!!

Siapa rasa diri dia cukup sempurna untuk menilai orang lain...???

Suffie hanya nak menulis mengenai orang-orang Suffie lihat dan tengok suka menghukum orang lain dalam tekanan yang diri dia rasa.

Bukan Suffie nak salahkan sesiapa atau bercakap mengenai sesiapa. Tetapi Suffie menulis bagi apa yang Suffie rasa.

Pernah tak hampa semua rasa tekanan untuk masalah orang lain...?

Suffie selalu rasa semua tue dan kerap kali Suffie pula yang akan dipersalahkan. Kenapa Suffie cakap macam tue.? Sebab setiap kali Suffie cuba bantu orang yang dalam sesuatu tekanan Suffie pulak yang akan dipersalahkan bila Suffie nasihat mereka. Tapi tak tahu la kalau-kalau nasihat Suffie tue macan nasihat kosong yang tak berguna.

Bila orang mintak tolong untuk bagi nasihat dan kekuatan untuk diri mereka, Suffie cuba bagi yang terbaik. Tapi kadang-kadang bila nasihat kita itu di salah sangka, kita pulak yang akan dipersalahkan. Orang cari kita untuk selesaikan masalah, tapi bila kita nasihat kita yang dipersalahkan.

Suffie senang saja, mula-mula Suffie nasihat dengan baik. Tapi kalau dah malas nak dengar apa yang kita nasihat, jawapannya Suffie buat tak tau saja la. Suffie pun tak serabut nak fikir untuk mereka.

Ada pula orang yang sudah mempunyai keputusan sendiri, tapi masih nak kita ambik tahu atau bantu dia dalam buat keputusan dan bagi semangat kepada dia. Tetapi apa yang kita cakap seolah-olah tidak ada apa yang berguna buat dia. Macam kita nie hanya "melepaskan batuk di tangga", sebabnya dia dah ada keputusan yang dia sendiri nak buat dan nasihat-nasihat yang kita bagi tak ada guna.

Suffie nak bercakap pula mengenai "ego" manusia nie. Bila nak kita bagi nasihat, tapi masih degil dengan keputusan yang dia nak buat. Salah atau tak kalau Suffie gelar dia ego.? Suffie rasa tak salah kot, sebabnya dia masih dengan keputusan dia walau di sendiri nak nasihat dari kita.

Entah la, Suffie pun kadang-kadang tak faham dengan apa yang meraka mahukan untuk diri mereka. Kita hanya bantu dengan nasihat. Tapi jika mahu dengan keputasan diri sendiri, tak guna mintak nasihat dari orang lain. Duduk sorang-sorang, fikir sendiri dan buat keputusan terus. Tak payah fikir apa yang akan terjadi di masa-masa depan.

#Nasihat Suffie senang sahaja, kalau kita nak mintak tolong orang lain kita dengar sahaja. Kalau tak suka duduk diam dan buat saja keputusan sendiri. Tak payah nak sakitkan hati orang yang kita mintak tolong. Kadang-kadang manusia nie ada juga batas-batas kesabaran dia.

NASI DAGING TOK NAH... AIR ASAM SEMPOI PUNYA...

#Nasi Daging Tok Nah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, hari nie Suffie dapat makan nasi daging tok Suffie. Hari nie family Suffie pakat-pakat kemas rumah tok Suffie. Maklum la rumah kampung lama, kayu banyak, anai-anai dah mula buat sarang.

Hari ini Suffie nak kongsi sikit cara macam mana nak buat Nasi Daging resepi tok Suffie.

Penyediaan untuk 6 orang makan.
Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitamBahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebihBahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelagaBahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis


Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. 
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 
Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. 
Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. 
Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam:

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Bagi sesiapa yang sukakan gulai boleh la buat gulai dengan citarasa sendiri, buat gulai daging dengan ubi pasti sedap.

Selamat mencuba Suffie ucapkan. 

#Pesanan Suffie hanya satu sahaja, ikut resepi macam mana pun. Air tangan dan citarasa sendiri untuk rasa sedap dan enak. Kalau suka pedas, tambah lagi cabai. Kalau suka masin sedikit tambah garam. 


KEPIMPINAN GPMS PULAU PINANG

#Suffie Bersama-Sama Sebahagian EXCO GPMS Negeri Pulau Pinang..

Alhamdulillah tahun ini dengan azam baru dan semangat baru Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang di dalam memertabatkan lagi anak bangsa melayu.

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). GPMS ini ialah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak untuk memastikan anak-anak melayu tidak keciciran di dalam pelajaran. Membantu dari segala aspek pendidikkan yang boleh menjadikan anak melayu terus berjaya.

Boleh lihat link ini untuk mengetahu Sejarah penubuhan GPMS

Sebelum semua tertanya-tanya, Suffie ini merupakan salah seorang Exco GPMS Negeri Pulau Pinang,  Bendahari GPMS bagi daerah Seberang Perai Utara dan Yang Di-Pertua bagi Cawangan GPMS Sungai Dua.

Suffie bersama-sama barisan kepimpinan GPMS Pulau Pinang akan cuba yang terbaik untuk tahun ini bagi memastikan GPMS terus menjadi satu badan yang membantu anak-anak melayu terutamanya di Pulau Pinang tidak tercicir di dalam pendidikkan yang baik untuk masa depan anak bangsa melayu.

Pada 23 Januari 2016 hari Sabtu, Jam 9.15 malam bertempat di Wisma UMNO Kepala Batas mesyuarat Exco GPMS Pulau Pinang yang pertama kalinya bagi tahun 2016 diadakan.

Alhamdulillah banyak isu-isu dan pendapat baru yang di bincangkan untuk pergerakan GPMS Pulau Pinang bagi tahun 2016. Semoga tahun ini diberi lebih kekuatan untuk Suffie bersama-sama sahabat GPMG Pulau Pinang terus berjuang.

Jom Suffie kongsikan sedikit gambar-gambar yang diambil semasa mesyuarat berlangsung.

#Suffie Sedang Berbincang Untuk Program Yang Akan Datang.

#Saudara Hasanul Amir Sedang Memberi Taklimat Program Yang Bakal Dilakukan. Saudara Muzaidi Tuan Pengerusi GPMS Pulau Pinang (Berbaju biru muda).

#Saudara Mahazan (Baju Melayu Putih) Sedang Meneliti Minit Mesyuarat.

#Timbalan Setiausaha Sedang Mencatit Minit Mesyuarat.

#Taklimat Program.

#Taklimat Program. 

#Gimik quputih menceriakan lagi suasana.

#Semoga Suffie Bersama Sahabat GPMS Pulau Pinang Kuat Dan Tabah Dalam Memikul Amanah Yang Diberikan. Doakan Yang Terbaik Buat Suffie Dan Sahabat. Insya Allah Setiap Kerja Mulia Ini Akan Mendapat Berkat Dan Redha Daripada Yang Maha Esa.