HOBI MEMANCING

Siapa ada hobi memancing.? Mesti hujung minggu anda semua mempunyai hobi masing-masing.

Suffie suka memancing ikan. Tempat yang Suffie suka memancing ikan adalah di bawah jambatan pertama Penang. Selalunya Suffie akan pergi dengan kawan-kawan Suffie time ada masa yang lebih la. Sebabnya kalau duduk bawah jambatan Penang nie kena la duduk seharian, dari pagi sampai la petang nak senja. Barulah berbaloi.

#Gambar Suffie dibawah jambatan pertama Pulau Pinang.

#Suffie sedang menanti umpan diragut si mangsa di dasar.

Kalau nak pergi bawah jambatan nie kena la ada peralantan memancing yang lengkap. Meh kita tengok sikit barang-barang Suffie kalau pergi memancing di bawah jambatan Penang.

#Kelengkapan Suffie untuk memancing dibawah jambatan pertama Pulau Pinang.

Bukan senang nak pergi ke bawah jambatan pertama Penang. Ada satu cara saja yang boleh kita pergi dengan menaiki bot yang disediakan oleh nelayan di sebelah pulau dan di sebelah seberang. Harganya juga berbeza,jika naik di sebelah pulau di sebelah pangkalan Polis Marin harganya RM 15 seorang pergi dan balik. Jika naik di sebelah seberang di Hujung Batu, Bagan Dalam harganya RM25 seorang pergi dan blik.

#Menaiki bot untuk ke bawah jambatan pertama Pulau Pinang.

Banyak ikan yang ada di bawah jambatan pertama Penang. Antaranya ikan kerapu, siakap, jenahak, merah, senangin, alu-alu, sembilang, gelama, duri, pari dan banyak lagi ikan yang boleh di pancing di bawah jambatan pertama Penang.

#Antara ikan yang pernah Suffie naikkan.

Antara umpan yang sering kali digunakan oleh pemancing di bawah jambatan Penang adalah seperti udang hidup, anak-anak ikan bilis yang dipancing dengan menggunakan teknik appolo, ikan belanak hidup dan umpan mati seperti isi ikan termenung, isi ikan kayu, udang dan sotong.

Yang penting semasa berada di bawah jambatan kenalah berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan baranganan kita. Jika boleh siap sedia dengan jaket keselamatan dan tali untuk ikat diri dan barangan di tiang jambatan.

Dalam kita memancing pun ada doanya yang kita boleh amal untuk memanggil ikan dan memperilehi rezeki dari laut. Suffie juga selalu amalkan jika hendak memancing ikan di laut atau pun dimana-mana sahaja. Doa yang Suffie amalkan adalah: - 

#Doa memanggil ikan.

Dalam apa yang kita lakukan semestinya lakukan dengan niat yang baik dan untuk mencari rezeki yang halal.




4 comments:

Unknown said...

Bagan naik blah mana ea??
Harga berapa??

Unknown said...

Naik dekat mana??
Harga camna??

Mr Suffie said...

baBagan naik belah hujung batu dekat kedai makan.. masuk kot jalan yg bertentang dengan kuil hindu bawah flyover selepas sekolah bagan dalam klu tak silap..

Mr Suffie said...

Naik di bangan dalam.. Dekat dengan restoran tepian